Tuesday, June 14, 2011

bersyukur, masih beriman.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 14, 2011
Dalam hidup ni, bila hati dihimpit-himpit resah, kita terlupa nak memberitahu diri supaya bersyukur, kerana kita masih beriman.

Iman kita, kunci syurga.

Dalam dunia ni, tak ada kebenaran yang paling besar berbanding mengakui bahawa Allah itu Maha Memiliki segalanya. Menyedari bahawa kita masih beriman membuatkan jiwa rasa tenang dan hati kembali lega, kerana rasa syukur telah menyedarkan kita bahawa kita masih dalam pengawasan Allah, Allah sedang memerhatikan kita.

Sudah seminggu saya dilemma rasa sakit jiwa sampai rasa nak berhenti kerja dan merasakan bahawa saya perlu menyegerakan perkahwinan saya. (lihat, dilemma saya begitu parah). Saya merasakan yang dalam hidup ni tak ada ujian paling susah berbanding bila Allah uji part hati. Tapi, adakah berhenti kerja atau kahwin cepat boleh selesaikan masalah? Masalah saya sebenarnya, ialah masalah hati. Masalah iman lesu. Namun, bila tersedar bahawa Allah tidak pernah menguji untuk menjadikan kita lebih lembab dan lemah, rasa syukur, kerana masih beriman. Mungkin, bila kita terlalu fokus pada masalah, kita terlupa membelai jiwa kita dengan sentuhan iman. Menyegarkan kembali keyakinan, bahawa Allah mencintai kita.

Pernah juga, ketika menghadapi dua paper  'beracun' pada hari yang sama, saya menangis. Saya, seumur hidup ni tak pernah menangis kerana exam kecuali hari itu. Mungkin kerana rasa tak bersedia, resah, dan pressure. Namun, pada hari itu, Allah telah membuka hati ini, bahawa saya perlu bersyukur, saya masih beriman. Iman ini nilainya tidak sama dengan seribu juta cinta, dunia dan isinya. Dan, sekurang-kurangnya saya tidaklah sampai hilang akal atau berbuat sesuatu yang diluar jangkaan.

Mungkin dalam hidup ni, kita terlalu banyak fokus kepada masalah, sehingga kita terlupa mengucapkan alhamdulillah, syukur, bahawa Allah masih mengurniakan nafas untuk kita mengucapkan kalimah tayyibah dan menyedari hakikat keimanan itu lebih tinggi nilainya berbanding dunia yang kita kejar.

Keimanan ini, satu-satunya perkara yang tidak pernah membuatkan kita gusar dan resah berbanding kita risaukan dunia. Keimanan hanya memberi rasa cinta, rasa aman, dan rasa tenang.

Semoga Allah mengizinkan keimanan ini untuk terus subur dan mekar dalam jiwa. Kalaulah perasaan ini boleh diawetkan!

1 komen best:

shameel Iskandar said...

Salam alaik.
Banyak bersabar. Mehnah dan tribulasi akan sentiasa singgah dalam hidup selagi kita bernafas.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea