Its too nostalgic to be remembered. Saya tak simpan sajak tu,sebab originally lepas tulis terus saya bagi pada cikgu tu.. ada 3 rangkap tapi bait-baitnya yang saya ingat cuma lebihkurang begini:
Jangan terkilan guruku,
andai tiada gelar menghias namamu
cukuplah ungkapan 'guruku',
itu sudah seindah gelaran buatmu.
Masa sekolah, Badan Wakil Pelajar (BWP) rajin buat voting dan anugerah untuk cikgu-cikgu.. Cikgu Penyayang, Cikgu Cun, cikgu Hensem, Cikgu Profesional, Cikgu Proaktif dan segala anugerah lagi..Semasa belajar di MRSM Serting waktu tingkatan 5, cikgu yang saya suka takdelah nominated pun untuk gelaran apa-apa.. Tapi dia sangat istimewa di hati saya.. Sebab.. saya je tahu kenapa dia special. Bila saya call dia, dia masih mention tentang sajak tu..puisi bermakna, mungkin :)
Saya perasan, tak ramai cikgu dapat anugerah dan pangkat.. Datuk, Tan Sri, Toh Puan ke apa.. Biasanya once seseorang tu pernah mengajar kat sekolah, sampai bila-bila ada gelaran cikgu di pangkal namanya walaupun jumpa kat pasar atau kat masjid dan dia tengah pakai kain pelikat sekalipun.. Cikgu sangat special, dan sentiasa menjadi inspirasi anak murid..
Teringat saya pernah membaca cerita H.M Tuah tentang cikgunya.. sanggup meredah panas tiap-tiap hari mengajar seorang kawan H.M Tuah yang buta huruf.. budak yang buta huruf tu sekarang lebih berjaya dari H.M. Tuah. Cikgu dulu, kita nampak tingginya desired dan value mereka sebab masatu kesedaran untuk berilmu kurang.. Dan cikgu pada zaman kita, bukannya takde value, tapi nilai itu kita yang tak nampak..sengaja membutakan mata. Kita tak melihat sendiri betapa lelahnya cikgu di sekolah nak mendidik anak-anak yang bukan sahaja mengajar subjek tapi mengajar nilai kemanusiaan.. Kebejatan sosial yang ada sekarang memaksa guru-guru di sekolah untuk merancang program-program berbentuk luar kelas yang asalnya bukan tugas mereka.. Kadang-kadang kesian tengok makcik yang saya kenal.. Makcik Ana, guru sekolah.. dia ajar Kimia, dan selalu cerita kat saya tentang anak muridnya.. Kalau dalam satu kelas tu, cuma seorang dua je yang solat.. Saya tak rasa ia adalah masalah satu kelas ini sahaja.. mungkin ia menggambarkan satu sekolah. Cikgu yang ada terpaksa cover perkara-perkara macamnilah.. masalah anak murid, membentuk kefahaman mereka, dan menyedarkan mereka bahawa ada Allah untuk ditaati.
In term of campus life, pensyarah yang ada juga adalah pendidik.. sebelum menjejak universiti saya selalu rasa kerja seorang pensyarah itu lebih mudah daripada cikgu. Saya selalu fikir yang pensyarah kalau takde kelas dan tak duduk di biliknya maknanya dia rehat-rehat kat rumah. Ternyata saya silap besar, sebab pensyarah perlu melaksanakan research yang entah bentuknya macammana saya pun tak tau.. Kerana mereka perlu memenuhi kriteria universiti yang saya sendiri tak pasti apa. Kebanyakan pensyarah masih melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD, dan kalau yang dah habis PhD tu banyak pula jawatan yang perlu disandang.. saya ulang, "perlu". Contohnya, kalau nak pergi konferens, atau wakil jabatan untuk pergi meeting dsb, kadang-kadang universiti meletakkan syarat hanya yang ada PhD je perlu pergi.. sekali lagi, pensyarah yang saya kenal bercerita, kadang-kadang tu sampai bertolak-tolak ngan kawan-kawan satu jabatan untuk pergi konferens kerana terlalu banyaknya tanggungjawab.. Mereka juga perlu menjadi pemantau bagi pelajar PhD dan master, dan memeriksa tesis-tesis pelajar yang katanya kadang-kadang tak layak pun nak buat tesis..sebab minta idea dari pensyarah..
Pensyarah yang ada juga pendidik.. saya dididik untuk salam cikgu sejak sekolah. Salam pendidik ni merupakan satu amalan yang luarbiasa. Ia membentuk satu hubungan dimana pensyarah akan mengenali kita dan kita rasa hormat padanya.
Siapa yang belum pernah buat lagi boleh cuba praktis salam pensyarah dan cikgu.. saya suka kalau pensyarah kenal saya, sekurang-kurangnya kalau muka saya terlintas waktu dia berdoa, kan berkat tu! hehe :D
Doakan guru-guru kita, semoga ilmu yang disampaikan kepada kita diizinkan Allah untuk diingati dan sentiasa diamalkan sebagai bekalan untuk akhirat nanti..kalau kita amalkan ilmu, cikgu kita pun dapat pahala tau! (insyaAllah!)
Untuk guru-guruku, semoga diberkati Allah dari dunia sampai akhirat..!
SELAMAT HARI GURU!

6 komen best:
assalam...menarik dekat salam dgn cikgu tuu...jarang2 buat sbb malu...betul gak klo terlintas dpt berkat kn...huhuhu.insyaAllah hari-hari mendatang...suka gak klo cikgu ingat kite...yerlaa, cikgu kn tiap2 tahun anak murid bertukar...klo dia ingat sorg dua anak murid tuu kire bertuah dh...hehehe
mula-mula tu memang rasa segan dan malu.. ye lah, orang lain tak buat tapi kite buat macam aneh je kan..
tapi, demi redha dan doa guru, untuk dapat keberkatan ilmu, kena kuatkan juga hati untuk tak rasa malu.
doakan mereka, dan break the ice. :)
Salam Asikin.
sesiapa sahaja yg mengajar atau menyeru kpd perkara yg baik layak digelar sebagai guru atau pendidik, cuma istilah atau gelaran khusus ialah kepada guru-guru termasuk pensyarah.
Antara guru dan pensyarah(sesetengah keadaan sama sahaja dari segi kelulusan akademik sbb ramai juga cikgu yang ada master dan ada juga yg ada Phd) masing2 berjuang mendidik anak bangsa.
ya, betul tu, saudara shameel :)
tapi masa hari guru semalam (16 mei), saya ada terbaca, ada orang propose hari pensyarah plak.. :P
asalnya yang sukakan celebration semua ni adalah bangsa mana entah.. merekalah asalnya yan mewujudkan segala kera'ian dan suka membazir.. malangnya ia telah mula menjadi ikutan bangsa dan individu muslim..
sedangkan penghargaan kepada orang lain itu mestilah diberikan sentiasa!
selamat hari guru(^_^)
Selamat hari guru, Tokwan Muda.
kepada saudara Shameel Iskandar, Selamat Hari Guru.. tak sangka, cikgu rupanya. :)
Post a Comment