Tuesday, July 27, 2010

prejudis.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, July 27, 2010
saat anda membaca tajuk post ini, anda sudahpun memiliki perasaan prejudis.

Ini kerana prejudis adalah satu tanggapan negatif, dan sesuatu yang negatif mudah sekali menjangkiti hati-hati kita yang lemah dan rapuh.

Apa yang saya nak kongsikan ni mungkin berunsurkan hal yang negatif. Jika anda tidak sukakan aura negatif menular dalam diri anda, sila berhenti membaca di sini.

Kawan-kawan, cubalah bergaul dengan bangsa lain. Telah disebutkan dalam al-Qur'an, bahawasanya Allah menjadikan kelainan itu sebagai satu anugerah, menciptakan bangsa yang pelbagai itu supaya kita mengenal dan saling bergaul antara satu dengan lain. Tidak ada bangsa terbaik yang Allah jadikan dalam dunia ni.. Rasulullah pun tak pernah ajar kita untuk berpuak-puak..Rasulullah telah menyatukan bangsa yang bermusuh dibawah nama Islam, dan Allah telah menjadikan Islam sebagai agama terbaik..

Berhentilah prejudis dengan bangsa lain.. sebab kalau kita ada perasaan prejudis, sebenarnya ia telah menambah kekurangan diri kita yang serba kekurangan ni..

Saya cuba nak ubah persepsi kawan-kawan saya yang sebangsa dengan berkongsi cerita saya tentang pengalaman macammana bekerja dengan bangsa lain, tapi masalahnya mereka takut mencuba. Dan, bagi yang telah mencuba, memberi alasan. Siapalah saya untuk mengubah persepsi, tapi mudah-mudahan usaha kecil saya ada hasilnya.

Come on.. profesional sikit, kawan. Ambillah sesuatu kesukaran sebagai ujian.. Sampai bila kita nak macam ni aja.. Bila kita nak maju kalau tak cuba belajar dari orang lain..

Jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri tak maju.. Orang Islam mesti berusaha untuk cemerlang!
Photobucket

3 komen best:

penaberkala said...

klu sesama sendiri asyik nk gaduh je, mana blh maju
stuju, kita perlu bergaul dgn bangsa lain

currently working with chinese and indian. the workers are nepal..nice to know them..different culture, different language..kdg2 pening gak,haha

apepun, prejudis perlu disingkirkan dari minda posotif kita
tp perlu sentiasa berwaspada sentiasa agar tidak tertipu dan terpedaya

norashikin rahmat said...

betul tu. kebetulan pula, topik kelas English Communication harini tentang Cultural Diversity (Kepelbagaian budaya), yang ada membincangkan hal yang sama: prejudis dan racisme.

norashikin rahmat said...
This comment has been removed by the author.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea