Macam biasa, aktiviti luar kuliah memang cuba saya programkan untuk diri sendiri; supaya tak rasa bosan tinggal di kampus. Sekurang-kurangnya, tak adalah kos lepas bagi tenaga muda macam saya.. Tiga perkara yang bakal memenuhkan masa sepanjang semester ialah;
- Program luar kampus
- assignment
- aktiviti luar kawalan (biasanya program DPP)
Hari ni saya telah berjaya memperoleh assignment pertama untuk semester ni. Memang menarik. Saya rasa sangat teruja dengan tugasan kali ni; tugasan untuk subjek Rural & Urban Transport. Apa yang perlu dibuat ialah, setiap kumpulan mesti menaiki bas/apa-apa pengangkutan awam ke tempat yang telah ditetapkan oleh pensyarah; kebanyakannya adalah kawasan-kawasan/daerah dalam negeri Kedah.
Kumpulan saya?
Dalam kumpulan saya, sayalah yang termuda.. hihi. 2 lelaki dan 3 perempuan: lelaki China dan Cina Kelantan, Gadis india dan dua muslimah. Group paling unik yang saya miliki selama belajar di UUM, sebab ada 3 kaum utama, dari 3 semester berbeza, dan ada foreigner. Destinasi kami ialah Serdang. Jangan tak tahu, Serdang juga berada di Negeri Kedah Darul Aman. Kedudukannya berada di selatan negeri Kedah, berhampiran dengan Penang. Lebih jauh daripada Kulim..
Seronok, kan, assignment ni? saya suka! :D

2 komen best:
ingatkan Serdang kat Selangor..
Serdang memang ada kat Selangor, dan lagi satu di bahagian selatan Kedah.
Post a Comment