Sunday, October 04, 2009

terbingung sebentar: cerita kawan Rindu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 04, 2009
Rindu mempunyai seorang rakan sekelas bernama Bangga.

Bangga merupakan seorang lelaki yang bijak. namun begitu Bangga bukanlah seorang yang suka membangga-banggakan kebijaksanaannya, malah dia suka membantu rakan-rakannya yang meminta bantuan, terutama dari segi pelajaran. Bangga merupakan anak kebanggaan ibubapanya, dan sesiapa saja yang berkawan dengannya akan merasa bangga mempunyai rakan sebaik dan sepintar Bangga.

setiap manusia mempunyai kelemahan, begitu juga Bangga. Bangga merupakan seorang yang amat suka bersaing. Dia mudah untuk berasa tidak senang jika ada yang melebihi dirinya, namun tidak ditunjukkan secara terang. Bangga mempunyai satu kebiasaan, iaitu membawa sebuah buku dan sebatang pen kemana-mana saja dia pergi. Buku itu, tidak pasti digunakannya untuk apa. mungkin untuk menulis catatan atau apa-apapun.

Bangga, walaupun ramai kawan tetapi dia agak pendiam. Dia kelihatan agak perahsia. Dia juga suka memerhati dan tidak banyak cakap.

Suatu hari, seorang rakannya, Kamil mendekatinya dan tiba-tiba mengambil buku catatan penting si Bangga. Bangga, dengan tiba-tiba juga menumbuk Kamil dan berlalu pergi. Kamil, walaupun terasa bersalah kerana melakukan hal yang tidak disenangi Bangga merasa bingung dengan perbuatan Bangga. peristiwa yang berlaku itu menimbulkan misteri, persoalan dan tanda tanya tentang Bangga.

Kamil pergi menemui Bangga untuk meminta maaf dan bertanyakan kesalahannya, namun Bangga hanya menyatakan kemaafannya dan meminta Kamil untuk tidak lagi mengulangi perbuatannya yang menyinggung hati dan sensitiviti Bangga.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-apa rasanya kalau tiba-tiba dimarah tanpa tahu sebab dan punca, walaupun mengetahui ada perlakuan kita yang tak menyenangkan?
-kenapa seseorang itu terlalu berahsia, sedangkan masalah yang dikongsi akan dapat meringankan beban?
-kenapa orang walaupun ada otak dan akal panjang tapi tidak dapat berfikir waras dalam kemarahan?

persoalan ini membuat aku sendiri bingung-lah.

2 komen best:

nifi a.k.a beliamuda said...

hmm.. saya pun tak faham jugak.. pernah juga kena marah kaw2 macam tu.. lepas dia dah waras sikit, baru selesai semuanya.. tak semua gak la, ada yang masih terbuku..

norashikin rahmat said...

saya tak fahamlah dengan perangai pelik orang.

kalau saya jadi kamil, saya akan tumbuk balik si Bangga. peduli hape saye..tapi jadilah si bodoh yang sama bodoh pula.

kemarahan akan menutup pintu kewarasan.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea