Saturday, October 17, 2009

memilih.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 17, 2009
"Punca penderitaan jiwa adalah kerana cinta dunia.
Sebabnya, apabila sedang berusaha mendapatkannya, hati berasa bimbang.
apabila nyata tidak dapat, hati berasa kecewa.
Apabila sudah dapat, takut luput pula..."
 manusia memang tidak pandai bersyukur atau apa ya?

kebelakangan ini memang banyak aktiviti anjuran DPP, dan banyak juga yang aku tidak hadir. Mengikut turutan: Coconut Day, Expose Islam, OneMalaysia Night, Shakespear's Drama Night, dan malam ini, apa ya? Kemudian, di DPP-DPP lain juga banyak aktiviti yang meriah dan pelbagai, SUDOKU challenge, Festival of light charity, pesta tanglung, ceramah agama, dan macam-macam lagi..amat banyak.. dan setiap  penyertaan biasanya mengutip wang, paling tidak RM1, dan untuk pertandingan biasanya bayaran penyertaan RM5. cuma ceramah agama tidak perlu paksaan, pujuk rayu atau penyertaan berbayar, hadir langkah kaki saja Allah kasi pahala banyak.

biar aku sebut kenapa entri ini diberi nama memilih.

sebagai mahasiswa dan mahasiswa yang cerdik bijak lagi pandai serta berakal, pandai memilih itu adalah satu hal yang perlu. aku melihat mahasiswa hari ini kurang cerdik dalam memilih. memilih kawan, tatacara berpakaian, mengurus masa, dan memilih majlis untuk dihadiri.  termasuk aku juga.

aku tahu, AJK EXPOSE ISLAM kecil hati bila melihat penyertaan pelajar dalam projek OneMalaysia mendapat sambutan menggalakkan, sedangkan sepanjang majlis dan program Expose Islam berlangsung, kehadiran cumalah oleh para AJK, peserta pertandingan, peserta persembahan nasyid, drama dsbg, dan sedikit-sedikit pelajar.. memang lengang..kerusi yang ada pun tak penuh.. sedangkan projek OneMalaysia dihadiri  oleh tak terkira ramainya, student dari DPP lain pun ada.. dan sorakan yang didengar pada malam tu pun memang meriah, sampai ke blok-blok terdekat. ada juga pelajar stay sampai lewat untuk mendengar reflection oleh pengarah projek.

Adilkah?

Expose Islam tidak perlu dibayar. Langsung! tapi OneMalaysia Night yang penuh gilang-gemilang dengan pelbagai tarian, nyanyian dan persembahan itu perlu berbayar. RM1. Mana pula rasionalnya pelajar muslim beragama Islam?

telah Ku ilhamkan manusia memilih jalan kebaikan atau keburukan...-(surah As-Syams, 10)
jadi...terpulanglah. Sebenarnya aku pun baru tersedar hal ini, yang aku juga bodoh dalam membuat pilihan. Sekarang, aku akan lebih berhati-hati. Harap entri pendek ini dapat memberi satu kesedaran buat orang lain.

6 komen best:

ayisy said...

Manusia memang begitu. Lebih sukakan hiburan. Tapi ada cara nak tarik manusia ke tempat yang baik macam ceramah agama dan sebagainya. Dulu masa mula-mula masuk IPGM, kalau ada ceramah agama memang ramai tak pergi termasuk saya. Tapi sekarang, pensyarah, AJK2 surau, MPP Biro Agama tempat saya dah berjaya tarikh pelajar ke tempat2 ilmu. Saya tengok diaorang ada cara tersendiri. Mesra, tak memilih berkawan dan kita selesa berkawan dengan diaorang walaupun kita ni nakal2. hehe.. Sesetengah budak2 agama ni kadang2 pandang serong, memilih kawan, budak-budak yang bukan dari kelompok diaorang, mereka tak mesra.

huhu.. apa-apa pun, memang susah kita nak pergi ke tempat yang baik dan berfaedah. Kalau tempat hiburan laju jek kita pergi. Saya pun camtu gak.

nifi a.k.a beliamuda said...

payah juga memilih.. kadang2 alasan diberikan sebab kurannya promosi event mcm tu..

sebut pasal memilih, UUM dah habis vote ke untuk MPP?

norashikin rahmat said...

hakikatnya kita berada dalam kelpompok generasi manusia hedonistik. kalau tersilap memilih, kita juga akan terjebak, terutama dengan adanya pengaruh kawan.

@ayisy,
memang kadang2 org baik beragama ni dilihat memilih kawan dsbg, mungkin juga menganggap diri mereka lebih baik. mungkin juga itu cuma persepsi buruk manusia..cuba ubah sedikit, mereka memang amat baik dan ramah jika didekati..

nak buat baik bukan susah, cuma kenalah buka hati untuk membuat n menerima kebaikan, kan?

norashikin rahmat said...

@encik beliamuda.

page anda sudah dapat diakseskah?
pemilihan mpp hari isnin lepas, 12 oktober. bila anda tanya, barulah saye tergegeh nak buka portal, dan YDP MPP baru dah lantik pun pada 15 hb..

tak alert betullah saye nih :D

penaberkala said...

soal memilih?
herm,big question mark
tapi jgn smp terslah pilih la kn
btw,nice quote kat ats skali tuh

norashikin rahmat said...

belilah barangan buatan Malaysia.
Pilihan yang Bijak!!
hehe..

er..
bijaklah memilih jalan sendiri. quote yang kat atas tu diambil dari sebuah majalah: Blues untuk Aku tak silap. saya jumpa masa masih bersekolah rendah. tapi sebab ayatnya banyak memberi kesedaran, saya ingat samoai sekarang :)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea