Wednesday, October 07, 2009

bila hati terluka

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 07, 2009
dekat-dekat nak exam, emosi selalu down kan.

perasaan sedih selalu membuat aku melakukan hal-hal yang luarbiasa sikit daripada biasa. kalau geram dan marah aku pegi basuh baju, kalau sedih aku pegi bilik orang, study. dan bila tak bersemangat, aku akan telefon orang-orang yang inspiring untuk memperoleh sedikit nasihat dan pembakar semangat.

semalam aku menghadiri seminar 'menjadi perundingcara yang unggul dan sedikit wacana ilmu'. sebenarnya seminar ini, walaupun terbuka untuk semua tetapi ia khusus ditujukan buat pelajar bidang pure counselling dan sains kaunseling. aku diajak oleh seorang senior, jadi aku pergi. sebenarnya aku perlu memilih antara dua acara pagi semalam, sama ada menghadiri 'coconut day' anjuran DPP EON yang meriah dengan games dan acara-acara menarik, atau menghadiri seminar/ceramah ni. so..buat apa coconut day..

banyak ilmu yang aku serap daripada encik penceramah dari UWAIS Consultant nih. ilmu paling berguna adalah tentang mengubah persepsi, merombak cara berfikir dan menukar masalah menjadi peluang. Aku agak terpana dengan game 'mari menaiki kapal terbang'. game ni menyedarkan aku yang manusia sentiasa cenderung memandang masalah sebagai makanan rutin, sedangkan peluang luas terbentang. selama ni aku tahu peluang ada, tapi tidak tahu bagaimana mewujudkan dimensinya di celah-celah masalah rumit.

muqadimahnya juga amat membuka hati, beliau membacakan surah As-Syams, 1-10, dan menghurainya satu demi satu. dalam surah ini, Allah menyumpah tujuh hamba-Nya: matahari, bulan, siang, malam, langit, bumi dan jiwa. dalam tujuh hamba Allah ini, enam yang lain tidak pernah gagal melaksanakan tugasnya. adakah yang ketujuh itu melestarikan amanah Allah? hmmm...

setujukah dengan fungsi hati untuk berfikir? ini juga salahsatu perkara yang baru sahaja aku pelajari semalam.

tentang menjadi perundingcara, model yang digunakan UWAIS Consultant, aku dapati ada sedikit kelainan berbanding consultancy yang lain. dan aku pun ada juga cita-cita nak buka consultancy, buat membuka peluang kerja kepada masyarakat, dan memberi bantuan kepada yang memerlukan nasihat dan rundingan. hehe..since i'm not yet somebody, my mind can force myself to be anybody, even just virtually and not in reality. ekeke. :)

encik penceramah sedikit sebanyak membuka minda aku untuk menjadi penasihat buat diri sendiri juga :)
ceramahnya sampai tengah hari, pukul satu. mengisi masa dengan hal yang sibuk membuat kita terlupa tentang hal yang menyakitkan hati.

memaafkan adalah yang terbaik.

"pakaian yang paling cantik dan takkan lusuh sehingga kiamat adalah hati yang baik"

bila hati terluka: pergilah cari minyak gamat atau plaster..aduiai..itupun nak kena ajar ke? bengal ke hape? ekkeke. hehei. orang yang pandai mencari bahagia pun akan rasa gusar juga dengan sekeping hati yang tercalar...

4 komen best:

penaberkala said...

"perasaan sedih selalu membuat aku melakukan hal-hal yang luarbiasa sikit daripada biasa. kalau geram dan marah aku pegi basuh baju, kalau sedih aku pegi bilik orang, study. dan bila tak bersemangat, aku akan telefon orang-orang yang inspiring untuk memperoleh sedikit nasihat dan pembakar semangat."

okla tu..kbykan org kat luar sana
klu sedih-menangis smp bengkak mata2
klu marah-hbs sgala org jadi mangsa
klu tertekan-terjun bangunan dan bunuh diri tak tentu hala
bila tak semangat-mula jd layu,mudah longlai dan kecewa

hati luka pakai minyak gamat?hak3

norashikin rahmat said...

@encik penaberkala,

LETS HAVE THE STRENGTH TO KEEP GOING!

terry bogart said...

boleh jadi ckgu kaunseling ni..

norashikin rahmat said...

@encik terry bogart,

i have no passion to be a teacher-lah. nanti saya ajar anak murid hal yang bukan-bukan pula. ekkeke :D

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea