Friday, October 09, 2009

aku berubah keranaNya, dan kembara malam

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 09, 2009
buat tatapanmu: satu langkah ke majlis ilmu adalah lebih baik dari beramal 100 tahun.

malam tadi DPP EON menganjurkan forum perdana bertajuk 'Aku berubah kerana-Nya' yang bertempat di Dewan Cenderawasih, dibincangkan oleh dua orang panel, Ustaz Isa Rahman dan Dr Jamnul Azhar.

Perubahan merupakan satu fitrah yang Allah tentukan kepada manusia, kerana manusia itu bersifat baharu. Antara isu yang dikupas ialah perubahan menurut islam, kenapa manusia perlu berubah, cara terbaik untuk berubah, dan, sebab dan punca manusia berubah. aku taktahu nak huraikan macammana disini, sebab terlalu banyak ilmu aku dapat, siapa yang hadir beruntung sangatlah :)

Cuma aku ingin tekankan perkataan profesional di sini.
Aku sedar, kini aku berada di menara gading, tapi masih banyak mahasiswa-mahasiswi yang tidak matang, bersikap kebudak-budakan dan tidak bertindak profesional dalam tindakan dalam banyak hal, tidak terkecuali juga aku. Dalam hal mencari titik perubahan, mahasiswa harus bertindak matang, bijak memilih, bijak berfikir, dan bijak bersosial. Seperti yang dikatakan oleh ustaz panel, buat apa pandai tapi tak cerdik, tak pandai pilih kebaikan... kata-katanya itu merujuk kepada siswa-siswi kini yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti, tapi merokok, terjebak dengan dadah, maksiat, dan perkara-perkara mungkar..tidak berubah walaupun memiliki ilmu, tetapi tidak digunakan.

Perubahan terbahagi kepada dua, berubah kepada kebaikan, atau keburukan. telah Allah berfirman dalam surah As-Syams: "..dan telah aku ilhamkan kepada manusia untuk memilih jalan kebaikan atau keburukan.."

cara terbaik untuk berubah:
-ada turning point
-ada identiti, iaitu perubahan secara in-out atau out-in,
-ada management of changes! (ada hijrah diri dari buruk-->baik, baik-->lebih baik, lebih baik-->terbaik.
-mengingatkan diri bahawa perubahan adalah fitrah, manusia yang tak mahu berubah bermakna tidak ada nilai tambah dalam diri.
-penting: berubah dalam lingkungan syarak, dengan cara yang diredhai Allah.

punca dan sebab perubahan terbahagi kepada beberapa bahagian; berubah kerana takut, malu, semangat, dan manusia, dan yang terbaik, berubah kerana Allah. Kalau kita berubah kerana selain Allah, kemungkinan untuk kembali ke takuk lama adalah besar, malah mungkin menjadi lebih buruk. Tapi jika perubahan kita adalah ikhlas Lillahi Ta'ala, insya-Allah, perubahan kita itu akan dibantu oleh Allah walaupun dalam kesusahan.. bukan sahaja mendapat kekuatan untuk istiqamah dalam perubahan yang dilakukan, malah juga mendapat pahala :)

Allah berfirman: "Jika seseorang buat sesuatu bukan kerana Aku, di akhirat kelak Aku suruh dia meminta pahalanya dari orang yang dia buat sesuatu kerananya"... jadi.. buatlah sesuatu kerana Allah!

berubah bukan sahaja dari segi niat, tetapi juga tindakan.
tindakan bukan kerana kebiasaan, tapi kerana ilmu.
buat kerja bukan kerana budaya, tapi kerana Allah.

bertawakkal dalam merubah diri kearah yang lebih baik, berdoalah supaya hati berada di landasan Allah, supaya iman dikuatkan dan hati ditetapkan. amalkan membaca: Laa haula walaa quwwata illaa billaah..

forum tu berakhir pada pukul 11.30, dan sampai saja di pintu bilik, kawan-kawan sedang bersiap mahu pergi add-drop subjek, susun jadual untuk semester depan..dan Ainul bertanya aku: "ko tak pegi add-drop ke?"
aku jawab: "pegi, tapi taktahu macammana, laptop takdek"
"jomlah".

pukul 11.40, kami berangkat mencari port wireless yang sesuai. mula-mula singgah di DKG 5. bila connection amat teruk dan tenat, kami berkeputusan pergi ke DKG 4 plak. haha. memang kembara malamlah. tak pernah aku tengok orang pegi dewan kuliah secara berjemaah waktu malam gitu.. pukul dua pagi pun masih ramai pelajar.  Portal UUM memang amat susah untuk di-access malam tadi, sampaikan Aqilah amat kecewa dan putus asa bila subjek wajibnya sudah tiada tempat.

dan aku selamat meng-add-drop subjek pada tepat pukul 3.40 pagi. terima kasih banyak kat kawan-kawan: Aqilah, Ainul dan Abang A'an.

sampai ke EON pukul 5.05 pagi, dan kami bertiga terus menyiapkan food untuk KEPEON. dan aku, tidak tidur sehingga post ini ditulis. :O 


menerima perubahan sebagai satu fitrah, kembali kepada kekuatan yang stabil dan KEPEON di hatiku :)

2 komen best:

penaberkala said...

biasanya perubahan sinonim sgt ngan tahun baru (tak kira masihi/hijrah)
asal tahun baru, msg2 nk berubah.
letak azam berderet2,tp kbnyakan tak tercapai pun..same goes to me!

erm,thanx for sharing this artikel
perubahan mmg perlu,tp tak semudah apa yg dikata
smua org blh kata nk berubah, tp kbyakan di bibir saja

perubahan dr baik ke buruk mmg mudah..ckp2 mudah
tp perubahan dr buruk ke baik yg jd masalah kita..
kerana perubahan ke arah kebaikan itu perlu membulatkan tekad,memerlukan iltizam yg tinggi,dan yg pntg sentiasa istiqamah

jom berubah
"ubah sebelum parah"

norashikin rahmat said...

tak susah pun nak menjadi baik. sebab kebaikan itu suatu fitrah, yang wujud dalam setiap hati manusia. sape yang taknak masuk syurga, kan? syurga sinonim dengan pengamal kebaikan.

tapi saye tak setujulah dengan hijrah sinonim dengan tahun baru. sebab saye pernah sekali je buat azam tahun baru. walaupun separuhnya memang terlaksana, tapi islam mendidik kita supaya sentiasa memperbaharui diri:

"sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam adalah bertuah, sama dengan semalam adalah biasa dan sesiapa yang lebih teruk dari semalam adalah celaka"

perubahan membina diri menjadi ahsannas. ada orang berubah kerana malu dikutuk orang. itu lebih memalukan.

mari berubah dan beristiqamah :)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea