sekolah berasrama penuh memerlukan Rindu berteman, dan Rindu menemukan pelbagai jenis kawan. Rindu mulai kenal erti persahabatan. di sekolah, Rindu berkawan dengan Kasih, Nana, Nini, Nani, Nena dan Noni yang sekelas dengannya, iaitu kelas K. Rindu paling rapat dengan Kasih, sebab Kasih juga adalah teman sebiliknya.
Kasih dan Rindu saling berkongsi pendapat, idea, masalah dan semuanya. Rindu amat sayangkan Kasih, baginya Kasih merupakan seorang yang baik dan comel. Pada suatu hari, Kasih memberitahu Rindu bahawa dia kini sudah mempunyai seorang teman lelaki bernama Mel dari kelas I. Mereka, secara berahsia telah mula saling mengutus surat tanpa pengetahuan sesiapapun, al-maklumlah waktu sekolah tak boleh bercintan-cintun. Disebabkan Kasih dan Rindu berkawan rapat, maka Mel juga menjadi kawan Rindu.
musim persahabatan menjadikan mereka bertiga akrab. Rindu selalu menjadi orang tengah apabila Kasih dan Mel berbalah. Mel pula suka memberi hadiah, jadi selalu memberi hadiah kepada Rindu dan Kasih, kekasihnya. Kasih yang pintar pula selalu mengajar Rindu tentang pelajaran yang Rindu kurang mahir, dan kadang-kadang keluar bersama semasa musim cuti juga adalah hal yang biasa. Semuanya, adalah hal yang amat indah untuk disimpan dalam lipatan memori.
setelah tamat musim persekolahan di Harapan, tiga sahabat ini membawa haluan masing-masing. Rindu mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti Impian, Kasih ke universiti Maya manakala Mel ke universiti Mimpi. Dalam mengejar cita-cita, Rindu tidak kenal erti berkompromi. Disebabkan jarak yang jauh antara masing-masing dan kekangan masa, tanpa disedari, hubungan erat selama ini mula renggang. diluar kesedaran Rindu, Kasih dan Mel tidak lagi berhubungan istimewa. Kata Kasih, Mel tidak lagi boleh dipercayai. Kata Mel, Kasih sudah tidak seperti dahulu. maka perhubungan yang tidak ada kesefahaman, perlu apa lagi?
Rindu juga tidak dapat membantu.
Kini, Rindu dan Kasih jarang berhubung. Kasih kini juga telah peroleh ramai kawan baru, dan juga teman lelaki yang lebih menghargainya. Mel pula bagai tertinggal dalam dunia Mimpinya yang tersendiri, hinggakan terlupa untuk menelefon Rindu, memberi khabar baik atau buruknya.
kalau dulu saling memanggil masing-masing sebagai kawan, sekarang Rindu tidak pasti dia diistilahkan sebagai apa dalam kamus hidup Mel dan Kasih. masa berlalu, dan manusia berubah.
mungkinkah dapat diselamatkan lagi persahabatan mereka bertiga?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sekali lagi aku terfikir untuk bercerita tentang Rindu. dalam persahabatan juga biasa berlaku terputus hubungan akibat perbalahan kecil atau atas alasan apapun. perlukah kita menyalahkan sesama sendiri sebab hilangnya kemanisan persaudaraan, lantas melupakan saja apa yang telah pernah wujud dalam musim keikhlasan yang telah berlalu? adakah persahabatan yang pernah berlaku cumalah kenangan dan tinggal sejarah?
kita merancang, dan Allah juga merancang. dan rancangan Allahlah yang terbaik. salahkah menyalahkan?
mungkin.bukan sesiapa boleh kita tunjukkan salah, dalam memberitahu kesalahan orang lain kita juga memperbaiki kelemahan diri. mungkin sesuatu hubungan itu Allah putuskan sebab kalau diteruskan akan menjadi sesuatu yang buruk, atau Allah hendak memberi sesuatu yang lebih baik. Dalam mengejar tingginya cita-cita, pasti ada hal yang perlu kita tinggalkan.
fikirkan hikmah.
di langit yang tinggi, burung yang kecil pun mampu terbang bebas.

9 komen best:
wah,best cerita ni..
hebat penulisan awak
cam kene ckit2 tempiasnya
hehe..trimass..
penulisan akan lebih realistik kalau bersandarkan sesuatu yang logik.
dan penulisan akan lebih menarik kalau ia mempunyai sesuatu maksud yang tersirat.
btw, encik pena..
kena tempias? mengalami situasi yang sama dengan Rindu ya?
tersirat?tp mmg susah nk faham
xde la situasi sama
bau2 bacang je,haha
pastu..Rindu bunuh kawan2 nya..baru tragis n ada tarikan ..
elee...en. pena nak ambil hati awak je..
yups...bnayak la ko punya rindu kat mrsm muar tu
@encik pena, boleh pulok ada bau2 bacang,...akekeke.
@si terry bogart,
awak ni memang suka mengajar saye yang bukan2. suruh bunuh kawan pulokk..ish..
encik pena jujur dan ikhlas tu, awak jeless cakap ar..
saye..er..jap..aku tak rindu pon kat mrsm muar tu..lagi2 psp..dan latar cerita si Rindu bukan MRSM Muar, okeh. :P :P ::bwekk:: :P :P
macam ada bau2 bacang gak ni.. hehe..
~setiap pertemuan, pasti ada perpisahan...
hehei. sume nak cakap pasal ada bau2 bacang.
takmau share cerita ke, encik belia ngan encik pena?
emmm...
hmmmmmmmmmmmmmmm?
Post a Comment