sebenarnya aku tak alert pun pasal nak beli tiket balik raya. tapi sepanjang tiga hari lepas pelajar balik dari bercuti mid-sem, aku diasak dengan pertanyaan 'sudah beli tiket ke?' dari setiap orang. jawapan aku membuat mereka berkata: 'kenape tak beli lagi? tiket kat Changlun dah habis.' jadi pertanyaan-pertanyaan itu membuat aku terisau juga tentang tiket, seb baik tiket yang aku beli adalah yang kedua terakhir untuk ke Kuala Lumpur dari UUM. maklum, belum pernah balik rumah lagi sejak menjejak kaki di sini..
bulan puasa ini, selain berkelas dan bertugasan, aktiviti petang aku macam dah terhilang. asal petang je sibuk dengan mencari juadah berbuka bersama teman-teman. tak fleksibel betullah aku nih. hmm..
aku sedang membaca buku Quranic Law of Attraction. masih separuh jalan. sebagai pengisian masa untuk menggantikan hobi aku yang sebelum ini asyik dengan buku sudoku semasa menunggu di luar kuliah. bacalah, bagus untuk mengetahui rahsia diri melalui al-Qur'an.
yang aku lihat, di bookmart Varsity Mall UUM, banyak kad raya dijual. dari yang kecil, kartun-kartun, formal, besar, dan ada bunyi. bermacam-macam warna. erm... masih praktikal kah? dulu, semasa masih bersekolah, rajin juga aku menghantar kad raya. dan yang diterima kembali pun banyak. hehe. seronok sangat masa tu.. tapi, saban tahun, jumlah penerimaan semakin merosot sehingga menjadi zero. ekeke. best kan, waktu dulu? hmm.. aku masih menyimpan kad-kad raya yang diterima dulu.. ucapan biasa dalam kad raya dulu:
haha...kinda nostalgic kan budak sekolah.. lagi-lagi yang dapat dari adik-adik junior..
- assalamualaikum
- selamat berpuasa
- baju raya berapa pasang?
- banyak tak buat kuih raya?
- jemputlah datang ke rumah
- nak duit raya...
- puasa penuh-penuh tau!
- jangan main mercun
- salam tulus ikhlas, maaf zahir je.. batin takyahh.. (ni aku tak paham)
dan, tiba-tiba aku tersedar yang aku tak pernah berminat untuk menjadi seorang yang terlibat dalam aktiviti kesukanan. malassnye.... ada orang bagi nama aku untuk KEPEON (kelab pesorak EON) sebagai ajk, dan itu bukan atas keputusan aku, okay! aku rasa macam tak puas hati, tapi mencuba itu adalah hal yang baik, kan? bukan aku tak minat bersukan, tapi aku tak minat mencarikan orang untuk bersorak demi DPP. okok. its good to go and try. i hate quitting.

2 komen best:
ecece..xgelabah beli tiket konon..
agak aa....gelabah bila orang-orang sume dah sibuk membising suro beli tiket. ekeke.
Post a Comment