Tuesday, May 31, 2011

Tak memberi manfaat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, May 31, 2011 2 komen best
Apabila sesuatu itu tak memberi manfaat, maka tinggalkanlah.

Andai menulis blog ini tak memberi manfaat, maka saya perlu tinggalkan ia.
Andai memiliki twitter tak memberi manfaat maka saya perlu tinggalkan ia.
Andai facebook tak memberi manfaat maka saya perlu bersedia untuk meninggalkannya.

Sejujurnya, saya perlu menjawab kepada diri, apakah manfaat yang saya peroleh dari semua ini?

Kadang-kadang saya terlupa bahawa saya perlu menjawab tentang persoalan masa dan tanggungjawab saya di hadapan Allah. Sejujurnya saya amat sedih dan berdukacita dengan posisi hati saya sekarang.. Ia sangat aneh, saya tak tahu bagaimana untuk memperbaikinya..

Andai post ini tak memberi manfaat, saya juga perlu mendelete-nya.. Teringat sebaris kata-kata dari seseorang yang saya telah lupa siapa, katanya; kita boleh mendelete apa sahaja kata-kata dan tulisan dari facebook, twitter dan blog, tapi kita tak boleh memadam dosa yang telah tertulis dalam buku catatan amalan kita.

Alahai, dunia ini terlalu menyedihkan!


Saturday, May 28, 2011

Road to Kelantan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 28, 2011 2 komen best
Alhamdulillah, buat pertama kali dalam hidup saya, Allah izin saya dapat menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini, Kelantan Darulnaim.. untuk suatu misi dan visi yang merentasi masa dan cinta.

Perjalanan ke Kelantan menaiki kereta macam satu perjalanan sebuah kehidupan. Secara muhasabahnya sebuah perjalanan mesti mempunyai tujuan dan menjawab 3 persoalan terpenting dalam kehidupan: Dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi, dan untuk apa kita dihidupkan.

Perjalanan ini penuh berliku, dan sesekali kita perlu berhenti untuk berehat. Rehat, untuk mendapatkan kembali tenaga untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan ini sangat mencabar, kerana ia banyak sekali bukit bukau. Memeningkan kepala. Namun, di pertengahan jalan yang penuh berbukit dan macam ular dipalu ini, Allah telah menghadiahkan pemandangan yang indah, kami berhenti rehat di sebuah tempat yang berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa. Tempatnya sejuk dan sangat cantik!

Namun, saya hanyalah penumpang..yang hanya tahu tidur di sepanjang perjalanan. Dalam hidup, saya selalu menerima pesanan, bahawa kita adalah pemandu. Jangan jadi penumpang je, kerana penumpang yang tidur hanyalah menjadi bebanan kepada orang lain, merugikan, dan tak bermanfaat langsung!

Perjalanan ini panjang, kadang-kadang pemandu perlu memandu laju, dan adakalanya perlu perlahan bergantung kepada keadaan. Apabila sampai ke destinasi, alhamdulillah, rasa syukur diluahkan, kerana Allah mengizinkan perjalanan ini mudah.

Yang terpenting dalam sesebuah perjalanan ialah tawakkal. Kerana segala yang berlaku itu hanya dengan izin Allah semata-mata.

Sunday, May 22, 2011

Recommendation & Suggestion

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 22, 2011 0 komen best
Menuntut ilmu tanpa membaca adalah sesuatu yang agak aneh. Ibaratnya macam mandi tapi tak basah, atau makan tapi tak kenyang. Tak lengkap dan tak sempurna.

Saya melihat ramai antara sahabat-sahabat, kawan-kawan, adik-adik dan teman-teman mula berminat untuk berkongsi ilmu. Ini suatu perkembangan yang amat baik, alhamdulillah. Namun perkongsian mestilah dengan ilmu, kerana kita ingin membina dasar dan asas ilmu yang kukuh. Membentuk pengetahuan samalah macam kita bina bangunan, kena ada foundation..

Ilmu itu ibarat pokok. Ada akar, kemudian ranting-ranting dan cabang-cabang. Kalau kita cuma nak belajar bahagian ranting-ranting dan cabang-cabang sahaja, maka mudahlah ia dipatah-patahkan. Fragile, dan rapuh. Kalau kita faham dari bahagian akar-akar, insyaAllah, kalau patah sekalipun dahan pokok, ia masih kukuh.

Saya ingin mencadangkan buku-buku yang perlu dibaca setiap muslim dan mukmin.. yang ingin memahami Islam dan ingin berkongsi keindahannya.

1) Maza Ya'ni (Apa ertinya saya menganut Islam) oleh Fathi Yakan
Buku ini adalah yang paling dan sangat basic.. Namun ia memerlukan kita untuk membacanya secara berjemaah atau dengan kawan. Di UUM, Ustaz Yusnaidi ada membuat bedah buku untuk buku ni setiap Selasa malam di Pusat Islam. Boleh dapatkan sumber PDF dari internet, insyaAllah.

2) Manhaj Hidup Muslim (karangan Syed Qutb dan Abu'l A'la al-Maududi)
Buku ni adalah buku kedua selepas Maza Ya'ni yang ditelaah. Saya belum habis membaca buku ini.. Buku ini menerangkan tentang jalan hidup mukmin yang sebenarnya. Membaca buku ni ibarat lepas start enjin kereta kita gerak ikut jalan yang ditetapkan.. kalau baca Maza Ya'ni pula ibarat macam servis kereta yang tak pernah diservis setelah 20 tahun kehidupan.. Juga boleh dapatkan sumber PDF dari 4shared.com.

3) Dasar-dasar Islam (karangan Abu'l A'la al-Maududi)
Buku ni saya baru pinjam dari library.. hanya ada dua buah je. Buku ni basic, tentang ibadah. Solat, Puasa, Zakat, Haji & Umrah, dan Jihad. Completely saya baru view je, belum baca lagi. Walaupun kita rasa macam dah tau apa sebenarnya Islam, tapi buku ni menerangkan secara terperinci, lebih dalam dari apa yang kita faham. Juga boleh dapatkan dalam bentuk PDF.

4) Mauqif Sirah (membaca apa-apa buku sirah Rasulullah dan para sahabat yang authentic (sohih), bukan yang tak ada riwayat). Ini penting, sebagai rujukan dalam bertindak. Kita manusia biasa, penuh nafsu dan banyak menonong dalam tingkahlaku. Jadi kita perlukan sirah sebagai penguat jiwa dan untuk diteladani. Sangat penting untuk kita mengetahui hadis dan sirah. Kalau dapat hafal satu hadis yang diulang-ulang pun dah ok, kemudian bawa beramal..

Saya mula tahu tentang kepentingan memahami core kepada sesuatu sejak belajar marketing dengan Tn Hj Romle.. pada masatu, saya susah sangat nak faham marketing, sebab terlalu banyak cabang yang perlu dipelajari dan difahami. Bila saya tanya kat Hj. Romle, dia berkongsi yang saya hanya perlu faham core, dan cabang-cabangnya akan menjadi mudah untuk saya.. Dalam marketing, terasnya ialah 4P-product, price, place, promotion.. Sedangkan dalam Islam, teras kita ialah Rukun Islam dan Rukun Iman.

Rukun Iman ada 6 dan Rukun Islam ada 5, itu tahu. Mengenal Allah sebagai Rabb dan menjadikanNya sebagai Ilah, itu faham.

Sebenarnya.. inilah entri paling berat yang wujud dalam blog ni.. sebab saya tak baca habis lagi.. bahaya sebenarnya berkongsi apa yang kita tak buat lagi, bagi saya ia macam bagi orang makan racun sebelum diri sendiri..

Blog ini sebenarnya ingin menjadi pengayuh kepada kehidupan.. seperti menaiki basikal, simple dan relax menyusuri jalan yang penuh berwarna warni.. macam header blog ni.. :)

Saturday, May 21, 2011

Everyone is playing their part

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 21, 2011 5 komen best
Semalam saya menonton dokumentari Geographic Channel, tentang SMART Tunnel. Beberapa bulan sebelum ini, saya melihat bagaimana KLCC dibina melalui channel yang sama.

Untuk melaksanakan pembinaan, setiap orang mempunyai functionality. Bahagian equipment perlu memastikan segala peralatan lengkap dan diselenggara dengan sempurna, membaiki kerosakan dan mengesan kerosakan. Jurutera dan pembekal bahan perlu memastikan bahan yang dibekalkan adalah berkualiti, menepati saiz yang dikehendaki, mempunyai ukuran yang tepat. Pekerja perlu menepati masa, mengikut jadual yang ditetapkan dan kurang melakukan kesilapan. Semuanya berkaitan dengan masa dan kos yang besar. Kos masa, tenaga, wang ringgit dan maruah.

Keberjayaan projek bergantung kepada sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besarnya. Yang penting adalah perancangan yang strategik dan pembuatan keputusan yang tepat. Lebih penting daripada penting ialah semua orang memahami apa yang sedang dibuat dan apa yang ingin dicapai.

Realitinya dalam kehidupan, kita juga sedang membina sebuah kehidupan mengikut tujuan yang kita mahukan. Jika kita disakiti orang maka percayalah, dia merupakan pemahat 'bangunan' yang kita sedang bina. Maka sebab itu, kita perlu bijak melakukan refleksi, muhasabah dan berfikir, bukan asyik menyalahkan aau menuding jari yang orang itu salah dan orang ini tidak betul.

Kehidupan berorganisasi, contohnya. Kita akan selalu tidak bersetuju dengan cara orang lain mengendalikan sesuatu, semuanya tidak kena pada mata kita. Dia salah dan aku betul. Dia kecil dan aku hebat. Aku ada kuasa tapi dia tak ada apa-apa.

Dalam proses berdakwah, kita melihat banyak organisasi melaksanakan dakwah dengan metode tersendiri. Ada yang direct, ada yang indirect, ada yang cepat, ada yang lambat, ada yang sabar, ada yang tak. Tapi tujuannya sama. Orang-orang yang berada, atau merasakan dirinya berada di atas jalan ini, adalah biasa dihinggapi penyakit-penyakit hati. Kehalusan penyakit ini membuatkan dirinya merasakan dia sedang membuat sesuatu yang betul dan perfect sedangkan orang lain salah.

Mari kita perhalusi diri. Mereka sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang kita tak mampu cover. Kalau kita sedang membina acuan bangunan, mungkin bahagian mereka adalah mendirikan konkrit. Dan organisasi yang lain pula bertugas menyusun dan memasang. Yang lain pula di bahagian mengecat. Yang lain pula menghias.

Bangunan yang ingin kita bina, takkan siap sempurna tanpa wujudnya kesefahaman dan penyatuan ini. Kalau kita saling bertelagah atau memandang serong kepada orang lain, walaupun job kita adalah sempurna dan betul, tetapi ia masih cacat dan incomplete secara keseluruhannya.

Kata seorang sahibah saya, "Sedangkan nak pindahkan meja dalam rumah kita pun kita memerlukan bantuan, apatah lagi membentuk ummah!"..

Jadi, berhentilah bertelagah, ubahlah paradigma pemikiran, dan aturkan langkah memulakan gerak kerja!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea