Menuntut ilmu tanpa membaca adalah sesuatu yang agak aneh. Ibaratnya macam mandi tapi tak basah, atau makan tapi tak kenyang. Tak lengkap dan tak sempurna.
Saya melihat ramai antara sahabat-sahabat, kawan-kawan, adik-adik dan teman-teman mula berminat untuk berkongsi ilmu. Ini suatu perkembangan yang amat baik, alhamdulillah. Namun perkongsian mestilah dengan ilmu, kerana kita ingin membina dasar dan asas ilmu yang kukuh. Membentuk pengetahuan samalah macam kita bina bangunan, kena ada foundation..
Ilmu itu ibarat pokok. Ada akar, kemudian ranting-ranting dan cabang-cabang. Kalau kita cuma nak belajar bahagian ranting-ranting dan cabang-cabang sahaja, maka mudahlah ia dipatah-patahkan. Fragile, dan rapuh. Kalau kita faham dari bahagian akar-akar, insyaAllah, kalau patah sekalipun dahan pokok, ia masih kukuh.
Saya ingin mencadangkan buku-buku yang perlu dibaca setiap muslim dan mukmin.. yang ingin memahami Islam dan ingin berkongsi keindahannya.
1) Maza Ya'ni (Apa ertinya saya menganut Islam) oleh Fathi Yakan
Buku ini adalah yang paling dan sangat basic.. Namun ia memerlukan kita untuk membacanya secara berjemaah atau dengan kawan. Di UUM, Ustaz Yusnaidi ada membuat bedah buku untuk buku ni setiap Selasa malam di Pusat Islam. Boleh dapatkan sumber PDF dari internet, insyaAllah.
2) Manhaj Hidup Muslim (karangan Syed Qutb dan Abu'l A'la al-Maududi)
Buku ni adalah buku kedua selepas Maza Ya'ni yang ditelaah. Saya belum habis membaca buku ini.. Buku ini menerangkan tentang jalan hidup mukmin yang sebenarnya. Membaca buku ni ibarat lepas start enjin kereta kita gerak ikut jalan yang ditetapkan.. kalau baca Maza Ya'ni pula ibarat macam servis kereta yang tak pernah diservis setelah 20 tahun kehidupan.. Juga boleh dapatkan sumber PDF dari 4shared.com.
3) Dasar-dasar Islam (karangan Abu'l A'la al-Maududi)
Buku ni saya baru pinjam dari library.. hanya ada dua buah je. Buku ni basic, tentang ibadah. Solat, Puasa, Zakat, Haji & Umrah, dan Jihad. Completely saya baru view je, belum baca lagi. Walaupun kita rasa macam dah tau apa sebenarnya Islam, tapi buku ni menerangkan secara terperinci, lebih dalam dari apa yang kita faham. Juga boleh dapatkan dalam bentuk PDF.
4) Mauqif Sirah (membaca apa-apa buku sirah Rasulullah dan para sahabat yang authentic (sohih), bukan yang tak ada riwayat). Ini penting, sebagai rujukan dalam bertindak. Kita manusia biasa, penuh nafsu dan banyak menonong dalam tingkahlaku. Jadi kita perlukan sirah sebagai penguat jiwa dan untuk diteladani. Sangat penting untuk kita mengetahui hadis dan sirah. Kalau dapat hafal satu hadis yang diulang-ulang pun dah ok, kemudian bawa beramal..
Saya mula tahu tentang kepentingan memahami core kepada sesuatu sejak belajar marketing dengan Tn Hj Romle.. pada masatu, saya susah sangat nak faham marketing, sebab terlalu banyak cabang yang perlu dipelajari dan difahami. Bila saya tanya kat Hj. Romle, dia berkongsi yang saya hanya perlu faham core, dan cabang-cabangnya akan menjadi mudah untuk saya.. Dalam marketing, terasnya ialah 4P-product, price, place, promotion.. Sedangkan dalam Islam, teras kita ialah Rukun Islam dan Rukun Iman.
Rukun Iman ada 6 dan Rukun Islam ada 5, itu tahu. Mengenal Allah sebagai Rabb dan menjadikanNya sebagai Ilah, itu faham.
Sebenarnya.. inilah entri paling berat yang wujud dalam blog ni.. sebab saya tak baca habis lagi.. bahaya sebenarnya berkongsi apa yang kita tak buat lagi, bagi saya ia macam bagi orang makan racun sebelum diri sendiri..
Blog ini sebenarnya ingin menjadi pengayuh kepada kehidupan.. seperti menaiki basikal, simple dan relax menyusuri jalan yang penuh berwarna warni.. macam header blog ni.. :)