Tuesday, September 27, 2011

totalitarianism

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 27, 2011 2 komen best
Cara menyebut perkataan di atas ialah totally-tarian-nizam. hehe.

Saya kembali kepada topik-topik kegemaran dalam subjek-subjek yang diambil semester ni. Rasa seronok, bila belajar dengan penuh perasaan. Rasa marah, sedih, kelakar dan aneh.. Rasa kelakar bila kaji sistem buatan manusia sebab saya mempelajarinya, kemudian membandingkan dengan sistem yang real di dunia nyata kemudian mengkaji kelemahan-kelemahannya dan mengetawakan dalam hati terhadap kebodohan manusia kerana sistem yang ideal telah ada didepan mata tapi masih memusuhinya dan mengatakan sistem buatan tangan manusia itu jugalah yang terbaik.

Dalam masa yang sama, saya sedang mengetawakan keculasan diri yang masih jahil dan lalai dan masih duduk disini, menaip kata-kata ini, membunuh ruang dan masa yang sangat berharga ini.

Rasa kelakar, sebab dengan mengkaji ini semua, saya wajib menjawab soalan tentangnya dalam peperiksaan tentangnya kelak pada hujung semester dan saya akan dihukum dengan rasa bersalah apabila mendapat markah rendah akibat main-main dan tidak fokus, sedangkan ada hukuman lain yang menanti yang pada waktu ini saya mungkin terhijab daripadanya kerana kerosakan yang berlaku pada sistem hati saya.

Entahlah. Kebelakangan ini saya kecewa dengan diri sendiri. Kecewa adalah perkataan yang tepat bagi menggambarkan perasaan hati ini. Kekecewaan ini datang tatkala saya membaca baris demi baris setiap buku yang baru dibeli dan yang dah lama dibeli atau dihadiahkan orang tapi tak pernah baca.

Hari ini, saya belajar sesuatu: hargailah masa lapang, sebab kita tak tahu bila masanya kita sempit... Untuk hari-hari yang seterusnya mulai saat ini, mungkin kesibukan akan merampas waktu-waktu yang ada dalam hidup ni..

Semoga, kesibukan ini tidak merampas apa yang berharga dari jiwa saya..........

Monday, September 26, 2011

System of a down.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 26, 2011 1 komen best
Dunia yang kita hidupi pada hari ini, bukan lagi dunia yang sejahtera. Kata seorang murobbi, orang yang tidak membenci sistem jahiliyyah dan tidak berfikir bagaimana untuk meruntuhkannya adalah orang yang tidur.

Masalah yang ada pada kita ialah kita ingin membangunkan Islam tapi tak buang jahiliyyah yang masih bertapak dalam diri.

Kata murobbi itu lagi, kita telah kehilangan bukan sahaja tingkap, tiang mahupun dinding, tapi kita telah kehilangan kesemuanya sekali: sebuah rumah. Jadi, sebagai seorang mukmin, kita hendaklah bekerja untuk meruntuhkan 'rumah' yang ada sekarang dan membina rumah baru dengan tiang kukuh dan atap yang utuh.

Katanya lagi, kita taknak membina Islam yang menjadi penampal 'kebocoran' kepada rumah yang sedia ada sekarang. Islam bukanlah agama tempelan, hanya menjadi alternatif kepada sistem yang sedia ada. Islam adalah sistem kehidupan kita secara keseluruhannya, bukan hanya pada nama.

Kalau kita masih tak sedar bahawa rumah kita telah dirobohkan orang, bermakna kita masih terperangkap dalam dunia ilusi kita. Berdoalah agar Allah mengilhamkan kita untuk bekerjasama, membina kembali rumah yang kita cintai..

Saturday, September 10, 2011

lama, hanyalah hitungan masa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 10, 2011 4 komen best
Cuti sudah berakhir, semester baru sudah bermula. Terasa benar yang masa berlalu terlalu pantas macam kilat. Tak puas rasanya menjamah masakan ibu tetiap hari. Hidup terasa nikmat semasa bercuti walaupun kadang-kadang terpaksa mengadap abah atau ibu bising sebab kerenah kami yang tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang.

Cuti memang nikmat, tapi jiwa tak perlukan rehat yang panjang macam itu. Kita ada kerja yang lebih banyak berbanding masa yang ada.

Semalam saya travel dengan menaiki bas.Saya naik di stesen sulung, Kajang. Kerana terlalu letih (agaknya), saya tertidur. Namun, sampai di stesen Bukit Jalil, saya tersedar. Ada orang jual naskhah ayat Qur'an potongan kecil naik, beredar dari seorang ke seorang penumpang. Waktu ni, saya buat-buat tidur sebab tak mahu diganggu orang itu. Tapi, sewaktu melepasi saya untuk turun dari bas, saya menghulurkan satu not wang kertas.

Ada dua sebab kenapa saya jadi macamni.

Pertama, saya buat-buat tidur kerana takmahu diganggu sebab saya masih sakit hati (kot) dengan apa yang berlaku pada saya tahun lalu. Dulu masa kat Alor Setar ketika saya dalam bas, datang seorang perempuan berbaju lusuh menjual naskhah-naskhah kecil Yaasin. Katanya harganya RM1 tapi bila saya bagi not RM5 dia kata takde duit kecil dan cepat-cepat blah.

Kedua, saya menghulurkan wang kemudiannya kerana terfikir, mungkin orangtu adalah sama macam pemuda jual buku yang datang ke rumah. mereka adalah orang pelarian dari negara-negara tertentu yang berada di malaysia dibawah akta pelindungan pelarian, namun tak boleh bekerja di mana-mana premis. Saya tidak ada hak untuk berlaku sombong pada dia dengan meremehkan kehadirannya.

Saya bukanlah tak cerdik untuk tak merasa serik sebab kena tipu.. tapi semua orang itu ada haknya. Abah saya ajar, duit yang ada dalam poket kita tak semestinya milik kita. Ia mungkin milik pencuri, ia mungkin milik kawan kita yang ingin meminjam, ia mungkin menjadi milik sesiapa saja. Apa yang kita ada, bukanlah milik kita secara total.

Dianiaya bukan alasan kita untuk berdendam, tapi ujian sama ada kita akan memaafkan orang atau menambah beban dalam hati kita dengan rasa benci.

Itu yang saya pelajari daripada seorang yang saya tak kenali.. Mungkin darjat dia lebih baik di sisi Allah, siapa tahu?

Monday, September 05, 2011

Tips menjaga privasi.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 05, 2011 4 komen best
1. Nombor akaun bank
Lupuskan resit-resit ATM machine, surat-surat bank dan semua yang mengandungi maklumat akaun bank dengan betul, jangan buang merata-rata. Ini kerana pak long- pak long di luar sana sentiasa mencari mangsa dengan cara memasukkan duit ke dalam akaun pastu menghubungi pemilik akaun menyatakan yang si pemilik akaun ada meminjam wang dan telah berhutang dengan encik paklong.

Keep yourself private & confidential at all costs.

2. Gambar
Kalau boleh jangan ambil gambar buka aurat.. sebab in case henfon @ camera @ laptop anda hilang akibat dicuri atau kecuaian sendiri, anda pasti tak tahu apa yang bakal terjadi dengan gambar anda..
Kalau gambar tu penting sangat, terutamanya yang berkaitan dengan kerja, rajin-rajinlah upload kat online album..

3. Buku.
OK. Yang ni takde kena mengena dengan tajuk. Sesiapa yang nak sebuah buku istimewa bertajuk "7 Formulas of Excellent Individuals" yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin, sila komen kat ruangan komen entri ni. Sebab saya nak beri sebagai hadiah, siapa cepat dia dapat! :D
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea