Thursday, July 07, 2011

Rome wasn't built in a day.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 07, 2011 1 komen best
Meruntuhkan tak sesusah membina, itu satu kenyataan yang amat pahit untuk ditelan.

Hati kita kalau tak dibina dengan asas iman yang kukuh, ia akan mudah terlarut dengan suasana.

Betapa susahnya menjaga hati.

Sunday, July 03, 2011

mencipta tujuan, membina kemahuan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 03, 2011 3 komen best
Dalam sebuah program rekreasi yang disertai bulan lalu, saya menyedari sesuatu. Dalam trekking, sepanjang perjalanan, denai dan ranjau yang dilalui membuatkan kita rasa lelah. Tapi bila dah nampak tujuan dan destinasi, kita akan rasa lebih bersemangat.

Contoh paling mudah, meletakkan target nak menjejaki universiti semasa masih hingusan, semasa masih sekolah rendah. Atau menanam azam untuk menjadi dokter pada umur 8 tahun. Walaupun ia bermula dengan hanya cakap-cakap sahaja, jik Allah izin, ia akan mula menjadi kemahuan dan tujuan.

Contoh lebih mudah lagi, tanam azam nak kahwin, bina rumahtangga dalam masa 2-3 tahun. Saya masih ingat, ketika form 3, cikgu saya, Puan Noreha menyuruh kami plan timeline hidup kami.. Walaupun tak faham, tapi buat jelah.. masatu semua rasa malu nak tulis pasal kahwin~~ bajet masatu semua tulis pasal bila nak masuk univ, bila nak kerja, bila nak beli kereta etc etc. Cikgu Noreha tegur, katanya; "tak salah nak plan awal.. its your life".

Ada betulnya juga kata Albert Einstein, 'imagination is more important than knowledge".

Asiah, srikandi yang telah meninggalkan mahkotanya kerana bayangan syurga. Para sahabat Rasulullah sentiasa merindukan syurga dan keharumannya. Sumaiyah sanggup terjun ke dalam air yang menggelegak kerana bayangan syurga dan keindahan-keindahannya.

Bayangan dan keinginan, cita-cita dan kemahuan telah mencipta kemanisan dan keyakinan bahawa tujuan yang ingin dicapai itu dekat. Tekad yang ditanam dalam jiwa akan menyokong keinginan ini, sehinggakan ranjau pun dinikmati sebagai makanan bagi hati.

astaghfirullahal'adzim. Ciptalah kemahuan yang paling menguntungkan.

Monday, June 27, 2011

Puisi dari Gembala Rindu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 27, 2011 2 komen best
Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan 
melalui jiwaku yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain
Sesungguhnya kau telah berhasil 
menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan. 
Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. 
Sudah bertahun malamku berlalu dengan menghubungi Maha Pencipta 
di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. 

Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku namun saat ini, kau juga adalah penyakitku. 
Kau seperti mahkota yang dibuat untukku, tetapi menghiasi insan lain. 
Kau adalah syurga, aku yakini itu. Namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. 
Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. 
Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. 

Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. 
Demi cinta, kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita 
Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa. 

Maka, biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. 
Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa. 
Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, menghadap dan bersujud. 
Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya.  
Dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati,
kerana cinta buatNya akan kekal abadi. 

Salam dari Gembala Rindu, Wali.

~~Dari Kitab Cinta.

Puisi ini dituliskan watak Wali kepada Mustika sebaga balasan kepada surat Mustika yang memberitahu perasaannya dan menanti jawapan Wali.

Kitab Cinta adalah drama yang ditayangkan di TV alHijrah pada setiap Rabu-Jumaat, 8.30 malam. Ia merupakan sebuah cerita adaptasi novel "Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha" karya Taufiqurrahman el Azizy. Menurut perspektif Islam sebenar, ia tak sesuai ditonton bagi adik-adik yang baru 'nak naik' dan belum bijak menilai.. Saya pernah membaca karya Taufiqurrahman el Azizy, Syahadat Cinta namun ada beberapa percanggahan hukum dalam penulisan Taufiqurrahman.. contohnya, pengharaman foto dan adab pergaulan lelaki perempuan. Apabila bertanyakan pendapat orang, saya disuruh berhati-hati menilai pembacaan, dan sebaik-baiknya menghentikan pembacaan jika ia boleh menjejaskan aqidah. (Terdapat ramai penulis yang mempunyai fahaman yang menyasar dari Ahlul Sunnah wal Jamaah, jadi pembaca perlu bijak menganalisa dan menilai dengan ilmu).

Kalau dinilai drama Kitab Cinta setakat 8 episod ini, terdapat beberapa nilai yang kurang menyenangkan, contohnya, hukum hudud yang dilaksanakan seperti terlalu keras, padahal hukum yang sebenar hanya akan dijatuhkan dengan adil setelah disiasat dengan teliti. Saksi kepada kes juga mestilah orang yang dipercayai imannya, bukan sesuka hati main ambil je orang munafik jadi saksi. Kelemahan inilah yang mampu membawa fitnah kepada Islam, nauzubillah. 

Menilailah dengan bijak. Islam tidak pernah cacat dan tempang.

Sunday, June 26, 2011

Ketegasan Muslim Beriman

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, June 26, 2011 2 komen best
Apabila iman menjadi paksi, akhirat berada di jiwa dan dunia di tangannya.

Seorang Muslim itu, jika dia benar-benar mengenal apa yang diimaninya, pasti, dia akan berusaha menegakkan keimanan itu biarpun yang lain sedang runtuh. Kerana iman itu adalah maruah di hadapan Allah.

Cuba lihat, Muslim yang tegas tidak pernah dibiarkan Allah begitu sahaja dalam urusannya. Dia mendapatkan kekuatan dengan mengharungi ujian, mendapatkan kelancaran daripada kesulitan, berusaha bangun daripada mehnah dan tribulasi, menganggap kejatuhan akan membawa kebangkitan yang lebih besar. Tidak ada nikmat yang lebih besar berbanding nikmat ini, nikmat beriman.

Tegas menjaga aurat, tegas menjaga pergaulan, tegas menjaga waktu, tegas mengendalikan urusan. Ketegasan ini datang dengan keyakinan bahawa Allah ada untuk memudahkan segalanya, sekalipun ketegasan itu mampu merosakkan hubungan orang lain kepadanya.

Seorang Muslim akan lebih dipercayai apabila dia menjaga urusannya dengan Allah.

Biasanya bukan Muslim di negara kita faham bahawa seorang muslim mesti solat dan puasa. Pergaulan dengan ramai teman bukan Muslim mendedahkan saya kepada persoalan "kenapa ada Muslim yang tak bersolat dan tak jaga aurat".

Sayang, kerana ada orang tak bersolat di tempat kerjanya kerana bimbang bos marah atau takut kena buang kerja, sedangkan menegakkan hak allah itu adalah sesuatu yang mulia.

Mari kita berfikir, bagaimana mahu melepaskan diri daripada tali-tali yang membonekakan kita kepada sistem hidup yang rosak ini, mencari sistem syumul yang mendekatkan kita hanya kepada Allah.

Jadilah Muslim yang tegas menjaga iman dan amalan, semoga Allah menilai ini sebagai amal soleh. (pesanan untuk diri yang lemah menjaga ketegasan dalam apa jua perkara).

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea