Banyak manfaatnya menonton TV alHijrah berbanding channel lain. Kalau boleh jangan tukar2 dah. Rasanya sepanjang menonton tu 'masyuk' je semua. Officially, since 29 Jamadilakhir bersamaan 1 Jun, alHijrah sudah mula bersiaran di Astro, saluran 114. Alhamdulillah. Ramai juga sebenarnya pengguna Astro yang sebelum ni tak berpeluang menonton alHijrah, sebab tak tahu pun kewujudan channel ni.
Saya ingin berkongsi sedikit dapatan daripada The Deen Show. Saya ingin berpesan, bahawa anda semua mesti memegang pen dan buku nota untuk mencatat apa yang diperoleh daripada TV alHijrah. Ilmu yang bermanfaat, insyaAllah.
The Deen Show mengetengahkan beberapa point hujjah jika berhadapan dengan nonM. Hujjah untuk membuktikan kewujudan Allah. Pada masa yang sama, ia mengajar kita untuk merasa 'izzah (bangga & meninggikan) Islam.
1. Organisasi sel dalam tubuh kita sangat kompleks. Secara analoginya ia sangat tersusun dan teratur. Kalau orang 'Jawa' selalu menyebut "Rome isn't built in one night", Samalah juga dengan konsep tubuh manusia. Logik ke kalau organisasi kompleks ini tak ada pencipta?
2. Jika mesej yang dihantar dan dikomunikasikan dalam satu unit sel tubuh manusia boleh didokumenkan, ia memerlukan 900 buah buku ditulis dengan setiap satunya mempunyai 500 halaman.
(Bukan setakat tulis buku, saya ni nak baca buku manhaj yang tak sampai 200 halaman tu pun tak habis-habis lagi.)
3. Manusia tidak pernah dapat mencipta satu unit sel yang berfungsi. Not even one.
Dua point lagi saya terlepas sebab ibu saya call.. Tapi anda bolehlah mengikuti lagi program TV alHijrah yang sangat special ini. Sebagai Muslim, kita patut berbangga dengan kejayaan ini, dan jika kita melihat kelemahan2 TV ini dalam menjaga 'apa2 yang tak dijaga'.. bolehlah bagi cadangan dan idea.. jangan tahu nak complaint & mengumpat je tanpa ada usaha menegur..
p/s: 'Doctor of the soul' yang dimaksudkan dari entri tajuk ialah da'ie, penasihat dan nasihat yang baik :)