Friday, February 11, 2011

Menjadi takut untuk berceloteh panjang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, February 11, 2011 0 komen best
Manusia memang banyak kelemahan.

Manusia memang suka nak takut---takut nak cakap, takut nak cuba, takut nak itu nak ini..

Manusia memang suka nak malu. Malu bercakap di khalayak, malu bertanya, malu mencari etc etc..

Saya pun takut nak menulis banyak. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan Allah. Takut-takut, apa yang saya tuliskan tak dibuat. Memetik kata-kata yang terkenal; "Semakin banyak seseorang itu tidak melaksanakan apa yang dilakukan, semakin kata-katanya tidak didengari khalayak". Semakin banyak dosa, tepatnya.

Asasnya untuk melakukan sesuatu ialah, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Berkata-kata pada tempatnya, malu pada tempatnya dan takut pada yang selayaknya. Kerana, apabila sesuatu itu tidak diletakkan pada tempatnya, ia bererti zalim dan sistem kehidupan akan menjadi menyimpang dan boleh jadi kucar-kacir.

Say the right thing, at the right place, at the right time, to the right person. Dan yang penting, pastikan apa yang dibuat itu mempunyai kepentingan dan bermanfaat. Penting juga untuk kita berfikir sebelum berkata-kata, agar apa yang dilakukan dan dikatakan itu mendapat pandangan yang baik di sisi Allah.

Abbas As-Sissi telah menggariskan dua syarat dalam memberi nasihat (mungkin lebih lagi, tetapi yang saya noted cuma dua); iaitu--- berilah nasihat secara kiasan (bukan secara terang-terangan) dan bertujuan untuk membimbing, bukan menyakitkan hati.

"DAKWAH adalah seni, bersabar dalam dakwah adalah JIHAD".


Monday, February 07, 2011

untuk jiwa yang kehilangan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 07, 2011 0 komen best
khas post ini didedikasikan buat seseorang yang kehilangan

Kehilangan tak semestinya kematian, tak semestinya tentang tak ketemu, bukan, bukan. Kehilangan juga sebenarnya adalah akibat perubahan-perubahan yang diizinkan Allah.

Terimalah kehilangan sebagai satu titik tolak untuk pertemuan yang baru. Kehilangan merupakan satu penyebab untuk kita berusaha mencari, dan pencarian akan lebih mudah dengan usaha dan kemahuan.

Untuk jiwa yang kehilangan, ketahuilah bahawa mencari itu adalah fitrah setiap manusia. Dan pencarian yang terbaik adalah mencari redha Allah.

Andainya seseorang tidak dapat memberimu yang terbaik yang engkau mahukan, maka ketahuilah bahawa orang itu tidak dapat memberinya kerana ia tidak memiliki apa yang engkau cari daripadanya.

Saturday, February 05, 2011

Penang Blues~

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, February 05, 2011 0 komen best
I have never been in Penang for more than a day.

But as for now, I am going to stay for a bit longer. From yesterday, to the day after tomorrow. Oi, ada apa dengan Penang?

Dah bertahun-tahun saya tak naik motor, kali ni saya naik motor pakai baju kurung.

Dah lama tak pergi pasar malam, baru sekejap tadi saya redah pasar malam.

Saya rancang nak naik feri waktu balik nanti. Waktu datang saya pilih bas ke Sungai Nibong terus.. Tak Penang rasanya kalau tak naik feri~.. Kawan abah saya jumpa jodoh kat jeti Butterworth tu lah.. (Uncle Zili ngan Makcik Nah which anak sulung dia sebaya dengan saya).. Penang blues or something?

Musafir saya kali ini begitu bermakna. Program yang saya hadiri entah kenapa memberi banyak hikmah yang terselindung di sebaliknya.

Nanti, saya kongsi. The World of the Unseen, program yang perlukan penyediaan jiwa sepenuhnya. Sekarang saya tak dapat nak fokus menulis sebab dah banyak kali tulis dan padam---signal mata yang mengantuk---

Sehingga nanti, insyaAllah.

Tuesday, February 01, 2011

Kehadiran jiwa sebelum jasad

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 01, 2011 0 komen best
Macam complicated je tajuk entri ni.

Tapi tak complicated pun.. Sebenarnya menghadirkan jiwa sebelum kehadiran jasad biasa berlaku dalam kehidupan kita seharian, iaitu dengan merancang setiap yang kita akan lakukan, dimana kemudiannya tubuh kita akan bergerak untuk melaksanakan perancangan kita sebelumnya. Dalam sudut pandang yang lain, ia sebenarnya bertepatan dengan kata-kata; "Innamal a'malu binniat" yang bermaksud, 'setiap amalan bermula dengan niat'.


Saya, insyaAllah akan menghadiri sebuah kursus di USM pada hujung minggu ini. Kursus alKauthar yang bertajuk The World Unseen: Believe in The Last Day ini akan berlangsung pada 5 dan 6 Januari 2011. Apa yang menarik tentang seminar ini ialah AJKnya menghantar e-mel sebagai preparation menghadiri program ini. Selain suruhan menyediakan diri secara fizikal, apa yang memikat hati saya ialah beberapa persediaan jiwa/spiritual (kerohanian) seperti yang tertera di bawah ini;

  • Read deeply about loving Allah and ensure that you train your heart to love Him.
  • Increase in your salutations on our beloved Prophet sallallahu alaihi wa sallam so that Allah may send His salutations upon you and thus help you gain knowledge. Do this especially on the Friday preceding the course.
  • Pray an extra two rakaat of nafl salah at the end of which you should make duaa to Allah to increase you in knowledge and to accept your deeds.
  • Lighten and soften your heart and ask Allah to hide the mistakes of others from you and to help your teacher in teaching the truth.
  • Lastly, do not come to the course except after purifying your heart that you are doing it purely for the sake of Allah the most Gracious, the most Generous.

Suruhan-suruhan ini sungguh amat sangat memikat!

Selepas membaca nota tersebut, saya faham yang ia takkan berhenti di sini saja. Saya perlu, untuk setiap hari, berdoa agar Allah menambah ilmu saya, menerima amalan saya, memohon Allah menyembunyikan kelemahan orang lain dari saya dan membantu para guru saya untuk mengajarkan kebenaran kepada saya.

Dan, untuk setiap kali, saya mesti berusaha menjadikan cinta saya tulen hanya kepadaNya!

**Sesiapa yang nak ikut hadir, program ini hanya RM50 sahaja untuk pelajar. Link: http://www.alkauthar.org/content.asp?pgc=less_unseenworld&From=Our%20Courses
***InsyaAllah, saya akan cuba berkongsi isi kursus ini jika ia berbentuk ceramah yang boleh saya salin isinya.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea