Tuesday, February 01, 2011

Kehadiran jiwa sebelum jasad

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 01, 2011
Macam complicated je tajuk entri ni.

Tapi tak complicated pun.. Sebenarnya menghadirkan jiwa sebelum kehadiran jasad biasa berlaku dalam kehidupan kita seharian, iaitu dengan merancang setiap yang kita akan lakukan, dimana kemudiannya tubuh kita akan bergerak untuk melaksanakan perancangan kita sebelumnya. Dalam sudut pandang yang lain, ia sebenarnya bertepatan dengan kata-kata; "Innamal a'malu binniat" yang bermaksud, 'setiap amalan bermula dengan niat'.


Saya, insyaAllah akan menghadiri sebuah kursus di USM pada hujung minggu ini. Kursus alKauthar yang bertajuk The World Unseen: Believe in The Last Day ini akan berlangsung pada 5 dan 6 Januari 2011. Apa yang menarik tentang seminar ini ialah AJKnya menghantar e-mel sebagai preparation menghadiri program ini. Selain suruhan menyediakan diri secara fizikal, apa yang memikat hati saya ialah beberapa persediaan jiwa/spiritual (kerohanian) seperti yang tertera di bawah ini;

  • Read deeply about loving Allah and ensure that you train your heart to love Him.
  • Increase in your salutations on our beloved Prophet sallallahu alaihi wa sallam so that Allah may send His salutations upon you and thus help you gain knowledge. Do this especially on the Friday preceding the course.
  • Pray an extra two rakaat of nafl salah at the end of which you should make duaa to Allah to increase you in knowledge and to accept your deeds.
  • Lighten and soften your heart and ask Allah to hide the mistakes of others from you and to help your teacher in teaching the truth.
  • Lastly, do not come to the course except after purifying your heart that you are doing it purely for the sake of Allah the most Gracious, the most Generous.

Suruhan-suruhan ini sungguh amat sangat memikat!

Selepas membaca nota tersebut, saya faham yang ia takkan berhenti di sini saja. Saya perlu, untuk setiap hari, berdoa agar Allah menambah ilmu saya, menerima amalan saya, memohon Allah menyembunyikan kelemahan orang lain dari saya dan membantu para guru saya untuk mengajarkan kebenaran kepada saya.

Dan, untuk setiap kali, saya mesti berusaha menjadikan cinta saya tulen hanya kepadaNya!

**Sesiapa yang nak ikut hadir, program ini hanya RM50 sahaja untuk pelajar. Link: http://www.alkauthar.org/content.asp?pgc=less_unseenworld&From=Our%20Courses
***InsyaAllah, saya akan cuba berkongsi isi kursus ini jika ia berbentuk ceramah yang boleh saya salin isinya.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea