Hati pula adalah enjin bagi menggerakkan tubuh (yang kemalasan) ini.
Saya pun tak faham kenapa malas menjadi barah dalam diri saya. Malas bukan sifat orang islam yang cemerlang. Saya pun tak tahu apa yang malas boleh buat untuk saya. Yang saya tahu, malas takkan menjadikan seseorang itu kaya. Atau menjadi raja. Atau mendapatkan peluang yang terbaik dalam hidupnya. Yang saya tahu, malas akan menjadikan manusia miskin harta dan jiwa.
Meskipun saya tahu semua ini, malas masih terus membarah dalam diri saya. Jadi saya tidak dapat menulis entri di blog dek kerana penyakit yang menyusahkan ini. Jika saya terus menulis dalam keadaan hati saya rosak, saya akan merosakkan orang-orang yang membaca entri di blog saya.
Ustaz Muhtad ada menyebut; "Kata-kata dari hati akan sampai ke hati, namun kata-kata daripada lidah hanya mampu tertadah oleh telinga sahaja kerana tidak mampu untuk menggali sampai ke hati."
Doakan saya cepat sembuh dari penyakit yang hina ini.

0 komen best:
Post a Comment