sedang baca:
ni sume buku-buku yang sedang baca. Shelf untuk yang sedang dicari, aku tapandai nak post.. 1511H [kombat] oleh faisal tehrani, aku dah tempah dari library- sedang dipinjamlah. yang ada cuma 1515.. dalam masa yang sama, sekarang aku membaca Tautan Hati oleh Fatimah Syarha, baru beberapa page sebab sebelum pukul 3 petang tadi sibuk menelaah untuk test Principle of Management. Sempat tak sempat, aku kalau dah panjat library tu, tarik juga buku fiksyen paling kurang dua buah: Loving him (Kate O'riordan) dan The Zahir oleh Paulo Coelho.
Sejak Kak Reen show aku buku 'Like The Flowing River' oleh Paulo Coelho, aku terus terpikat nak baca buku-bukunya. Buku-buku dia banyak tentang pemikiran, persepsi dan pengalaman. Aku pernah half-read buku Paulo Celho yang bertajuk 'The Devil and Miss Prym', tentang seorang lelaki dari bandar yang datang ke sebuah tempat peranginan terpencil di kawasan pergunungan dengan membawa 10 blok emas.Persoalannya, nak buat apa dengan 10 blok emas tu, kan? lelaki tu tanam blok-blok emas tu di beberapa tempat di kawasan berbukit, kemudian memberitahu perempuan yang dikenali sebagai Miss Prym tu tentang blok-blok emas yang ditanam. Katanya, dia membuat kajian sama ada manusia yang aman damai di sebuah tempat terpencil, mungkinkah akan menjadi jahat kerana harta yang sedikit... Best, tapi aku tak masa nak habiskan pembacaan sebab sibuk dengan test dan assignment. last-last aku pulang je bukunya...
tentang Tautan Hati oleh Fatimah Syarha, aku meminjam dari fasilitator TITAS aku, Kak Farhana. Memang dah lama mencari, tapi tak terjumpa. Bila dia menyebut tentang buku ni dalam perbincangan, terus aku minta pinjam. hehe.. :) Sebenarnya seseorang telah menyarankan aku membacanya sejak aku form 4, katanya bacalah buku Ayat-ayat cinta dan tautan hati kalau aku suka membaca novel..bagus untuk mendidik.. Ayat-ayat cinta pun aku pinjam dari Iman masa kat matrikulasi, dan ternyata menonton filem dengan membaca adalah hal yang berbeza, sebab yang difilemkan banyak sangat menyimpang dari landas islam yang sebenar..
Aku grab 'Loving him' semalam sebab review dia menarik.. jalan cerita macam lebih kurang je dengan 'Where Rainbows End', jadi aku nak try.. release tension di celah-celah kesibukan menelaah..
Tuesday, October 20, 2009
Monday, October 19, 2009
andai tadi subuh yang terakhir...
Lagu “Subuh Yang Terakhir”
Artis “Rabbani”
http://www.topliriklagu.com
Bilakah Kali Yang Terakhir Kau Ucapkan SaYang
Pada Insan Yang Setia Berkongsi Susah dan Senang
Luahkan Isi Hati
Andainya Sudah Ditakdir
Tadi Subuh Yang Terakhir
Bila Berdekatan Kadangnya Makin Kita Leka
Bila Bejauhan Barulah Merindu Didada
Selagi Berkesempatan Ucapkan Terima Kasih
Andai Esok Takkan Hadir
Tika Terkasar Bahasa Mungkin Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan Kerna SaYangkan Dirimu
Namun Di Hati Mampukah Dilupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa Dipulangkan
Bilakah Kali Yang Terakhir Kau Kucupi Pipi
Ayah Bonda Yang Tak Mungkin Kau Terbalas Budi
Tunjukkanlah Syukurmu Bertuahnya Kau Dilahir
Tika Terkasar Bahasa Mungkin Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan Kerna SaYangkan Dirimu
Namun Di Hati Mampukah Dilupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa Dipulangkan
Lihatlah Saja Isterimu Berkorban Separuh Nyawa
Demi Menjamin Kebahagian Anak dan Suami Tercinta
Buktikan Padanya Pilihan Jodohmu Tepat
Sebelum Semua Terlewat
Lafazkan Rasa Cinta
Andainya Sudah Ditakdir
Tadi Subuh Yang Terakhir
----------------------------------------------------------------
Subuh Yang Terakhir - Rabbani
Artis “Rabbani”
http://www.topliriklagu.com
Bilakah Kali Yang Terakhir Kau Ucapkan SaYang
Pada Insan Yang Setia Berkongsi Susah dan Senang
Luahkan Isi Hati
Andainya Sudah Ditakdir
Tadi Subuh Yang Terakhir
Bila Berdekatan Kadangnya Makin Kita Leka
Bila Bejauhan Barulah Merindu Didada
Selagi Berkesempatan Ucapkan Terima Kasih
Andai Esok Takkan Hadir
Tika Terkasar Bahasa Mungkin Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan Kerna SaYangkan Dirimu
Namun Di Hati Mampukah Dilupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa Dipulangkan
Bilakah Kali Yang Terakhir Kau Kucupi Pipi
Ayah Bonda Yang Tak Mungkin Kau Terbalas Budi
Tunjukkanlah Syukurmu Bertuahnya Kau Dilahir
Tika Terkasar Bahasa Mungkin Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan Kerna SaYangkan Dirimu
Namun Di Hati Mampukah Dilupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa Dipulangkan
Lihatlah Saja Isterimu Berkorban Separuh Nyawa
Demi Menjamin Kebahagian Anak dan Suami Tercinta
Buktikan Padanya Pilihan Jodohmu Tepat
Sebelum Semua Terlewat
Lafazkan Rasa Cinta
Andainya Sudah Ditakdir
Tadi Subuh Yang Terakhir
----------------------------------------------------------------
kisahnya lagu ini;
suatu pagi aku terdengar lagu ini melalui corong radio, ikim.fm..masatu memang baru lepas subuh.. masa di asrama, MRSM Kuala Klawang, aku tingkatan dua.. kebetulan waktu tu aku merajuk dengan ibu kerana suatu hal, dan kebiasaan aku menelefon ibu waktu tu aku lupakan. tiga hari aku tak telefon dia sejak balik ke asrama. dan bila dengar rangkap lagu ni "bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang.." dan "andai tadi subuh yang terakhir..", aku terus sebak, dan aku telefon ibu hari itu juga. dan, ibu tahu yang aku merajuk dengannya.
sungguh, aku menyesal. atas sebab apa sekalipun, aku takkan merajuk dengan ibu lagi. ucapkanlah sayang pada ibumu hari ini.
siapa tahu kalau tadi subuh yang terakhir buat ibu. atau abah. atau orang-orang kesayangan kita. ucapkan sayangmu hari ini.
entri di nenanora.blogspot.com hari ini: cinta tanpa syarat.
entri di nenanora.blogspot.com hari ini: cinta tanpa syarat.
(audio bawah ni, sparuh je..kalau nak dengar full, kena klik kat link tu..)
Subuh Yang Terakhir - Rabbani
Categories
family,
nasyid,
reflection
Saturday, October 17, 2009
ini entri aku yang ke seratus: my family tree
malam ni buat assignment kenegaraan, tentang salahsilah keluarga. dah nak date due baru hantar. dengan bantuan Geni.com, baru aku dapat membuat assignment ni dengan lancar sikit.
Geni.com ni merupakan laman web bagi keluarga untuk berkomunikasi dan saling bertanya khabar serta berkongsi berita-berita baru. maklumlah, duduknya merata-rata. teknologi pun dah canggih... melalui laman ini, aku dapat tahu apa updates baru tentang saudara-mara, pakcik-makcik, atuk-nenek, anak2 sdara.. huh, sedar atau tak, dah ramai sebenarnya dua pupu aku yang dah berkeluarga, kira anak mereka yang merupakan anak sedara aku juga dah tak terkira ramainya. pastu bila jumpa aku pon panggil kakak je..
ni merupakan 'home' yang menunjukkan pelbagai updates.
yang xbestnya, aku nak tunjukkan family tree yang gedabak tu kat sini, tapi masalahnye tak boleh dicapture oleh screenshot mahupun screengrab. hmm..nak wat cemane yaa..
ok, seb baek aku dapat jumpa embed code nih. aritu godek punye godek page geni tu, hampeh tak jumpe. lampi juga aku ni rupanya. silalah pandai2 tengok family tree nih, ni family sebelah abah. dalam tree ni ada >63 orang, tapi kalau expand lagi ada >500 orang. gila ramai, kan.. yang kawin dengan orang putih, cina, ngan pak arab pon ade..
okok. mengumumkan, ini entri aku yang ke seratus.
Categories
family
memilih.
"Punca penderitaan jiwa adalah kerana cinta dunia.
Sebabnya, apabila sedang berusaha mendapatkannya, hati berasa bimbang.
apabila nyata tidak dapat, hati berasa kecewa.Apabila sudah dapat, takut luput pula..."
manusia memang tidak pandai bersyukur atau apa ya?
kebelakangan ini memang banyak aktiviti anjuran DPP, dan banyak juga yang aku tidak hadir. Mengikut turutan: Coconut Day, Expose Islam, OneMalaysia Night, Shakespear's Drama Night, dan malam ini, apa ya? Kemudian, di DPP-DPP lain juga banyak aktiviti yang meriah dan pelbagai, SUDOKU challenge, Festival of light charity, pesta tanglung, ceramah agama, dan macam-macam lagi..amat banyak.. dan setiap penyertaan biasanya mengutip wang, paling tidak RM1, dan untuk pertandingan biasanya bayaran penyertaan RM5. cuma ceramah agama tidak perlu paksaan, pujuk rayu atau penyertaan berbayar, hadir langkah kaki saja Allah kasi pahala banyak.
biar aku sebut kenapa entri ini diberi nama memilih.
sebagai mahasiswa dan mahasiswa yang cerdik bijak lagi pandai serta berakal, pandai memilih itu adalah satu hal yang perlu. aku melihat mahasiswa hari ini kurang cerdik dalam memilih. memilih kawan, tatacara berpakaian, mengurus masa, dan memilih majlis untuk dihadiri. termasuk aku juga.
aku tahu, AJK EXPOSE ISLAM kecil hati bila melihat penyertaan pelajar dalam projek OneMalaysia mendapat sambutan menggalakkan, sedangkan sepanjang majlis dan program Expose Islam berlangsung, kehadiran cumalah oleh para AJK, peserta pertandingan, peserta persembahan nasyid, drama dsbg, dan sedikit-sedikit pelajar.. memang lengang..kerusi yang ada pun tak penuh.. sedangkan projek OneMalaysia dihadiri oleh tak terkira ramainya, student dari DPP lain pun ada.. dan sorakan yang didengar pada malam tu pun memang meriah, sampai ke blok-blok terdekat. ada juga pelajar stay sampai lewat untuk mendengar reflection oleh pengarah projek.
Adilkah?
Expose Islam tidak perlu dibayar. Langsung! tapi OneMalaysia Night yang penuh gilang-gemilang dengan pelbagai tarian, nyanyian dan persembahan itu perlu berbayar. RM1. Mana pula rasionalnya pelajar muslim beragama Islam?
jadi...terpulanglah. Sebenarnya aku pun baru tersedar hal ini, yang aku juga bodoh dalam membuat pilihan. Sekarang, aku akan lebih berhati-hati. Harap entri pendek ini dapat memberi satu kesedaran buat orang lain.telah Ku ilhamkan manusia memilih jalan kebaikan atau keburukan...-(surah As-Syams, 10)
Categories
reflection,
umat-Islam-harus-cemerlang
Subscribe to:
Posts (Atom)


