Tuesday, August 11, 2009

seminar bedah buku: Law of Attraction

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, August 11, 2009 2 komen best
salamm SATU MALAYSIA..
harini setelah menghadiri sesi SDG(self development group) atau mase kat MRSM dipanggil homeroom, aku menghadiri satu seminar ilmiah, iaitu seminar bedah buku yang bertajuk Law of Attraction: hukum tarikan dalam membangun potensi diri. memang banyak sangat ilmu berguna yang aku dapat dari seminar ni.

penceramahnya Encik Muhammad Arif, kalo aku tak salah aa.. Memang penyampaiannya berkesan. bedah buku ni bermaksud mengupas isi kandungan sesebuah buku.. yang istimewanya buku Law of Attraction ni diterbitkan dalam banyak versi: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab, dan baanyak lagi.. hukum tarikan ni menyatakan bahawa segala yang terjadi dalam hidup kita sebenarnya kita yang menarik ia supaya terjadi. Seperti yang orang Islam tahu tentang qada' dan qadar, orang Barat percaya bahawa kita hidup dalam satu aturan. telah Allah sebutkan dalam al-Qur'an, "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka berusaha untuk mengubahnya." Aku pun tak mahir nak terangkan tentang Law of Attraction ni, tapi ketahuilah bahawasanya ia merupakan ilmu yang amat menarik untuk dipelajari. hukum tarikan sebenarnya terjadi dalam kehidupan kita tanpa kita sedar. contohnya, kalau kita katakan pada orang,"aku nak kahwin, tapi takdek duit"..maka sampai bila-bila tak kawinlah jawabnye.. kalau orang miskin selalu kata begini,"saya ni miskin..." maka memang miskin jelah engkau.. tapi kalau orang kaya, selalu membincangkan soal prosperity, kebahagiaan, misi dalam hidup. maka dia berjaya. Law of Attraction, sekali lagi, bertindak balas dengan apa yang kita kata dan mengenai apa yang kita fikirkan. kalau kita benar-benar menguasai hukum tarikan ini, ia akan menjadikan kita salahsatu daripada dua: sama ada menjadi seorang yang positif atau negatif. maka, kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita tarik.

3 prinsip yang dinyatakan oleh Micheal J.Loisier tentang hukum tarikan:
1. kenalpasti apa yang kita mau
2. beri perhatian pada impian
3. membenarkannya.

sedar atau tak, dalam masa kurang dari 3 jam, tiba-tiba kertas yang disediakan dah takde ruang untuk aku buat catatan. sungguh leka aku mengaut ilmu. ekeke.

satu lagi yang amat menarik, setelah tamat bedah buku, seorang profesor bangun memberikan sedikit ilmunya. dia memberitahu cara 'download ilmu'. profesor ni merupakan seorang pakar terapi, dia mengatakan bahawa hidup adalah ilusi dan tentang meletakkan masa pada ruangnya. segala yang dia katakan amat membuka minda. katanya, dalam hidup ni tiada orang yang bertepuk sebelah tangan. setiap orang akan memberi tindak balas sesama sendiri, kalau kita rasa menyampah kat seseorang maka orang itu pun sebenarnya merasakan hal yang sama walaupun tidak menyatakannya secara terang. aku cuma sempat bertanya satu soalan kepada prof ni: "kenapa saya berkawan dengan seseorang ini, walaupun saya merasakan dia teramat baik pada saya dan tidak pernah buat salah pada saya, tetapi saya rasa amat sukar bagi saya untuk merasa senang dengan kehadirannya." jawab prof: "itu bermakna dia tidak ikhlas berkawan dengan anda, ada sesuatu yang dia mahukan di sebalik persahabatan anda."

lagi, beberapa tips yang diberi profesor iaitu cara untuk mengenal personaliti orang.
-kalau orang itu suka sebut 'bosan', dia merupakan orang yang suka dengar muzik. dia mempunyai masalah resdung, gigi, gusi dsb. orang begini cepat meninggal.
-kalau orang yang sentiasa negatif pemikirannya, sentiasa bersedih, dia mempunyai masalah pernafasan. tak caye, tanyalah.
-orang yang sentiasa tak yakin dengan dirinya biasanya mempunyai sakit sendi dan tulang.
-orang yang suka sebut perkataan 'biarlah', biasanya tinggi kolesterol dan mempunyai masalah penghadaman. dia selalu berasa lenguh. tak caye suro orangtu check bahagian tulang belikat.
-orang yang tak boleh duduk diam, suka bergerak-gerak contohnya suka gerakkan tangan, ketuk2 meja, goyang-goyang kaki, biasanya menghidap sakit fizikal seperti masalah prostat, buah pinggang, kencing tak lwas dan macam2 lagi.. orang begini biasanya cerewet.

ada banyak lagi ilmu yang diperoleh dari seminar ni..sebenarnya ada 2 sesi, pagi dan petang, tapi sebab petang aku ada exam kertas pengantar pengurusan, jadi tak dapat ikut serta. kata urus setia, sesi kedua bertajuk "ke arah ijazah kelas pertama" oleh pelajar 4 flat. tapi, mungkin Allah nak ganti dengan yang lain, aku dapat jemputan ke program "membentuk pelajar ijazah kelas pertama" selama 4 hari di Pulau Perhentian, hujung minggu ini, insya-Allah. semoga aku menjadi FIRST CLASS STUDENT!

maklumat lanjut tentang prof Ariffaizal di blognya: http://www.rawatankesihatan.com/. jangan salah bangun pagi, okeh!

Monday, August 10, 2009

medical check report

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 10, 2009 2 komen best
medical check merupakan hal yang wajib bagi semua pelajar baru di UUM. harini aku medical check. penat betul sebab ramai sangat orang kat pusat kesihatan (PKU).

sampai-sampai aje trus daftar. yang pertama sekali ukur tinggi n berat, kemudian test untuk hepatitis yang resultnya keluar 2 minggu lagi. kemudian, check gigi. pastu, urine test ngan x-ray. lastly, check ade selsema atau batuk atau demam.

guess what? aku underweight dengan berat 41 kg n tinggi 151 cm. ekekke. 2 kali aku ukur sebab tak caye punye pasal. mase dokter hamik darah, aku cam neves gak aa..tengok tempat lain.. banyak gak darah aku dia amik, satu tiub. bayar untuk test hepatitis rm 25. first time buat test ni..katanya penting. hmm... dokter gigi kata gigi aku gred A, dan tahap kesihatan aku normal. alhamdulillah..sumenye baik-baik aje..

aku amat penat harini. esok ade test. doakan aku yea!

Saturday, August 08, 2009

ketagihan berkayak, wall-climbing, ber-assignment dan berkelab

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 08, 2009 3 komen best
heheii...salamm....
dah beberapa hari aku cuba mengepost sesuatu yang berguna di sini, sayangnya sudah beberapa kali post-post itu menjadi draft sahaja. kesian post-post yang tak siap itu.

beberapa hari ini, selain sibuk dengan berkelas-kelas, hidup aku amat meriah dengan kehadiran sahabat-sahabat yang entah kenapa mereka wujud pada waktu aku perlukan mereka dalam hal yang terlintas di kepala aku. ada saja yang mengajak, mengusung aku beraktiviti di sana sini, termasuk membawa aku terjebak ke kancah assignment terbiar dimana semua orang lepas tangan. apa yang paling menyeronokkan ialah aku dah wall climbing tahap kedua-wooohooo!! sukenye saye! second phase wall climbing agak susah berbanding fasa pertama, sebab dalam mencapai batu yang di atas, aku mudah tergelincir. tapi kali ni sudah tak menggigil lagi. aku bercita-cita mendaki fasa ketiga-fasa kemuncak. hehee....tak sabar!

tadi malam aku tak tidur siapkan assignment. tugasan tamadun Islam&tamadun Asia yang bertajuk isu makanan halal. sudah masuk bahagian terakhir, dimana aku hanya perlu menyunting(editing), menyusun dan kemudian hari ini menunjukkan kepada encik ketua yang sedikit sebanyak membantu juga. dalam menyiapkan assignment, aku muhasabah diri.. maklum, ber-assignment malam-malam buta sendirian.. sambil buka nasyid-nasyid dan tazkirah-tazkirah.. ada satu tazkirah tu tajuknya pesan ibu.. terindu juga kat ibu aku kat rumah..teringat juga tujuan aku datang sini nak belajar..aku semakin sedar yang aku memang sayangkan ibu..minta simpanglah dari dugaan cinta manusia.. hujung minggu ini semua orang akan mula bercuti mid-sem. dan aku hanya akan pulang waktu cuti raya nanti. tabah, yea.....

semalam meeting kelab go-kart aku skip. pagi ada seminar keusahawanan di Pusat Kegiatan Pelajar. apa yang aku faham dari seminar tu, building networking must be start from now in order to make bussiness. aku kan nak buka perniagaan.. tapi encik penceramah tu galakkan buka retail bussiness..perniagaan fast-food.. katanya low-risk bagi orang yang baru berjinak nak bussiness. dia kata dia buat franchising 'big apple donut'. aku pun tak pasti kalau aku pernah dengar outlet ni, dan katanya bahan buat donut tu dia sendiri pun tak tau, secret recipe katanya. kata encik penceramah lagi, bahannya halal-persoalan: kalau dia sendiri tak tau ape bahan yang digunakan, macam mana dia begitu pasti yang ramuannya halal??...rase macam kecewa plak dengan pengusaha berbangsa melayu beragama islam yang begini, tidak memeriksa sendiri dengan teliti ramuan makanan yang akan dijual kepada muslimin..dalam minggu depan ni ada banyak juga aktiviti dan tugasan yang perlu dihantar, dan semakin aku sibuk, semakin terasa masa terisi dengan baik-baik.. taklah aku buang masa dengan hal tak berfaedah.. kata seseorang kepada aku: Allah akan tanya apa yang kita lakukan semasa muda.

Tuesday, August 04, 2009

pengalaman pertama wall climbing.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, August 04, 2009 2 komen best
dah beberapa hari tak menge-post entri di blog. tiba-tiba terasa pelangi hilang satu warna.

hari ini cukup penuh dengan hal yang tak dirancang. sekarang aku sibuk menyiapkan assignment, entah kenapa terasa susah menyiapkan kerja yang mudah. pagi petang sibuk ber-assignment, tapi kerjanya macam belum ada yang progress. semoga Allah permudahkan kerja aku dan mereka.

tadi petang aku takde perancangan lepas asar. jadi aku fikir nak berjalan melepaskan lelah, dan stres yang agak terasa kebelakangan ni. oleh sebab Aqilah sibuk dengan tugasan, Fara ada hal dan Ainul sibuk di library, jadi aku yang tinggal sorang ni takmau la tido kat bilik, mau jalan-jalan. ingatkan nak main kayak, tapi ade family day. nak ber-go-kart, kul 6 dah tutup. nak main beskal pun beskal dah habis. jadi..aku teringat kat dinding berbatu.. dan.. akhirnya aku ber-wall-climbing.

aku sampai puncak! rasa tak percaya!

motivasi yang aku peroleh dari wall climbing ni adalah.. dalam mencapai target yang kita impikan, yang pertama kita kena tahu teknik. yang kedua kita perlu berani. yang ketiga tidak ada istilah putus asa. yang keempat kita perlukan semangat. yang kelima kita perlukan dorongan dari bawah. yang keenam kita perlu ada azam. yang ketujuh kita jangan takut jatuh.

instruktor aku adalah perempuan. lepas turun, menggigil juga aku kegayatan. aku seronok, yang penting aku dapat isi masa lapang, mencuba sesuatu yang baru dan melupakan apa yang aku nak lupakan buat sementara waktu.

aku amat memerlukan keberanian, semangat dan dorongan sekarang. doakan aku!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea