Thursday, July 09, 2009

hududkah?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 09, 2009 0 komen best

Apakah lelaki yang mencuri harus dipotong tangannya?
Mengapakah?
Bagaimana jika dia mencuri bukan dengan tangannya?
Adakah akan dipotong anggotanya jika dia mencuri dengan mata, dengan telinga, dengan kulit, dengan hati, dengan akal, dengan jiwa, dengan kaki?
Aku tidak pernah tahu jika akal tahu mencuri.
Senipis rambut, begitulah iman.
Serapuh kaca, begitulah iman.
Secantik syurga, begitulah iman.
Kucing liar dan kucing belaan, adakah sama?
Begitulah iman.
Peliharalah.

Wednesday, July 08, 2009

musim kerisauan bertalu-talu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 08, 2009 0 komen best

duhai hati, tahukah engkau yang dulu hanyalah segumpal darah mati.
semakin engkau dewasa, terlahir engkau kedunia bagai kain putih suci.
tapi semakin hari kau semakin kotor oleh tangan hina dan bisikan jahat..
dimana hati dan imanmu, wahai pemuda?
Kelmarin aku ikut ceramah taaruf KPI (kolokium pusat Islam) UUM. dari slide itu, aku temukan ilhamnya.. entah kenapa kita masih selesa dengan tertindasnya saudara2 seagama di Palestin, Iraq, Iran, Afghanistan dan di serata dunia..entah esok lusa, tiba giliran kita..aku tak pasti kenapa kita ada kerisauan yang bermusim, dimana kita hanya menunjukkan sensitiviti kita apabila orang lain turut berasa lemas dengan isu yang terbangkit dan apabila isunya bagai reda walaupun masalahnya masih berterusan, kita kembali terlalai dan merasa selesa. siapa kita yang sebenarnya? adakah kita si hipokrit yang tidak ada tanggungjawab? tentang persoalan boikot dan sebagainya..sebenarnya kita lemah dalam menafsir pemikiran diri sendiri. adakah otak kita dikaki? sebenarnya musim kerisauan tidak pernah berakhir.

Monday, July 06, 2009

my kmj memories

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 06, 2009 0 komen best
ni muvie yang aku wat sesaje mase cuti haritu..tetiap kali aku tengok smula pic2 ni, aku jadi rindu..terutama kat zubaidah, najwa n husna. gelagat diorang tu macam dah terbayang2 kat kpale aku..semoga masing2 bahagia dengan jalan hidup yang dipilih..jangan lupe kat aku suda laa.


Sunday, July 05, 2009

dunia baru

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 05, 2009 0 komen best
sekarang aku bergelar mahasiswi universiti utara Malaysia secara rasminya sejak sesi ikrar pelajar di DMAS beberapa hari lalu.

harini, kuliah pertama aku. minggu suaikenal adalah minggu orientasi paling seronok pernah aku lalui selama aku hidup. walaupun penat, tapi best! slambe je tido mase taklimat kat dmas: perangai-buruk-aku. aku participate minggu tu melalui persembahan dpp EON terchenta: memang best! dengan kerjasama abang bidin, kak azah, abang ceplos, ajks2 dan kengkawan actor yang sporting habis, alhamdulillah, kitorang dapat hasilkan satu persembahan yang boleh dikatakan sebagai terbaik dalam masa enam jam (spontan woo..). thanks to tok imam yang tolong aku kurangkan kegugupan menjadi narrator. ada mesej tersirat sebenarnya di sebalik persembahan yang kelakar tapi sekejap itu. aku gabungkan idea2 dari cerita2 yang pernah aku baca sebagai jalan cerita disamping menambah idea si encik fasilitator. aku digelar scripwriter: maklumlah, aku kan budak yang suka menyibuk gitu.. ahaha.. untuk dpp EON: two thumbs up! petang ni aku ada kelas kul 5, so...sampai bertemu lagi. chiaww!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea