Saya cuba kembali menulis dalam Bahasa Melayu untuk aktiviti blogging ni.. Cuba untuk tak rojak, tapi itu dah jadi kebiasaan kita kan. Sebba kat tempat kerja kita bercakap bahasa asing. Dan bila menulis BM terasa berkarat sekali bahasa ibunda saya sampaikan kadang2 terpaksa google perkataan Melayu tu apa.
Well semalam saya dimarahi teruk sebab tak siapkan tugasan tertangguh... bukan apa, begitu banyak kekangan sistem yang menyebabkan kerja tak dapat dibuat dengan cepat dan baik. Baru buat satu kerja, kerja lain menanti.. disebabkan sistem2 bodoh yang ada, sekatan2 yang dikenakan dalam level pekerjaan, maka ianya tak dapat dibuat dengan lancar. Siot.
Disebabkan rasa geram membuak-buak, saya layari laman Jobstreet, LinkedIn, dan mula tanya semula orang2 yang pernah courting saya untuk kerja sama ada ada tak kerja kosong sekarang. Company pertama tu cakap ada projek nak masuk nanti tapi belum lagi so cubalah hantar resume dulu.
Mungkin akan hantar Resume harini lepas berbincang dengan suami.
Teringat dulu masa habis belajar saya terus kerja di agensi MedicMesir. Selepas itu berazam takkan kerja dengan kabel/pengaruh/saranan keluarga/saudara-mara, I want to achieve this by myself. Hantar resume di Jobstreet berpuluh2 sehari sampai limit, kemudian hantar email berkajang2, dan apabila dapat panggilan temuduga, beberapa temuduga saya fail dan fucked-up. Sampai satu ketika saya beli dan baca buku panduan menjawab 100 soalan sukar semasa temuduga.. barulah saya mula mendapat panggilan kerja di Kelana Jaya pada masatu.
Macam culture shock juga tengok perangai orang kerja di MNC, kita bersungguh tapi diorang macam halai balai.. hari-hari cakap pasal keburukan company, setiap bulan ada saja orang resign - macammana nak bersemangat pergi kerja macamtu kan? Kakak sales admin pula ambil kesempatan campak semua kerja kepada saya, penyapu baru yang rajin dan bersemangat - sampailah saya buat silap dalam urusan shipment arrangement. Tiada siapa ajar dan ambil tahu saya buat apa. Hal itu menyebabkan company tak confirm saya walaupun dah kerja 8 bulan. Masih teringat muka berlagak manager kat situ, baik HR mahupun higher management. Serik kerja dengan orang Jepun yang nampak baik dan lembut tapi hakikatnya tak pandai defend diri, hanya patuh dengan orang atasan yang lebih berkuasa.
Selepas resign dari company Jepun, saya dijemput bekerja di company German. Bermulalah satu dunia sebenarnya dalam project logistics. Mula dari bawah, dan disebabkan boss saya kat situ sejenis bercakap tak berhenti, maka cepat juga saya fasih bertutur Bahasa Inggeris. Namun kat situ ada pembuli besar yang jahat - tak tahulah apa yang dengki sangat dengan saya sampaikan setiap pergerakan saya diadukan kepada pihak atasan. Dan boss saya orang Czech pada masatu lebih sibuk dengan urusan defend saya depan management berbanding kerja hakiki kami. Oh.. saya sangat hargai boss tersebut - dia (dan juga kak Lily) tak pernah jemu mengasuh saya setiap hari demi menjadikan saya pekerja yang lebih baik setiap hari. Kawan cina saya sebelum resign berpesan.. kalau tak suka kena buli, kena cepat2 pandai, belajar semua benda yang si pembuli tahu, then semua benda boleh buat sendiri tanpa bergantung dengan si pembuli. Akhirnya saya ambil kata2 itu sebagai pedoman dan penguat, my life is never better after that.
2.5 tahun di company Germany, boss saya mula ditindas atasan kerana hal-hal politik pejabat. Disebabkan itu, saya pun mengorak langkah ke syarikat lain. Boss Czech ada mengajak saya menyertainya di company baru tapi - biarlah saya mengingat dan mengenang yang baik2 saja tentang dia. Bekerja dua kali dengan orang yang sama tak pernah membawa pengalaman yang baik, sebab situasi takkan pernah sama lagi. Kerja ketiga saya dapatkan atas recommendation Boss Czech - dia yang menulis email kepada syarikat seterusnya mengatakan sikap saya dalam bekerja sangat cemerlang dan tak rugi mengambil saya bekerja - Satu penghargaan besar buat saya.. I will forever in debt with him for that. Kerana itu selepas keluar dari company Germany saya dengar banyak hal buruk tentang Boss Czech tapi tak mengambil hirau tentangnya.. sebab kebaikan yang dibuat untuk saya takkan pernah dapat saya balas.
Saya join Martin Bencher selepas itu.. company Denmark yang baru bertapak di Malaysia dan menjadi pekerja tunggal selama hampir dua tahun. Terasa macam sepanjang kerja di MB banyak makan gaji buta sebab kesusahan bekerja di company Germany menyebabkan terasa bekerja di MB macam kacang mak enon.. semua benda boleh settlekan sendiri, sistem yang mudah dan sangat membahagiakan. Apa saja yang diperlukan- minta saja dari boss yang baik bernama Maxime, orang Perancis. Setiap tahun baru bos tambah staf baru, sehinggalah team kami cukup 5 orang. Terasa 5 tahun berlalu begitu pantas - sebab company sangat best, tak ada banyak politik, tak ada prosedur mengarut, tak ada banyak target merepek. Hanya fokus kerja, hanya buat kerja sendiri.
Di hujung tahun kelima company dikhabarkan akan dibeli dengan gergasi laut berbintang biru putih - Maersk. Dari situlah bermulanya kehidupan yang penuh keanehan. Situasi baru dan pengumuman baru saban hari dan bulan. Mula terasa stress tapi cuba yakinkan diri untuk bersabar, berjanji dengan team yang saya akan ada untuk proses Merge & Acquisition.
Sekarang sudah cukup 2 tahun proses M&A, nama MB sudah pupus dan lenyap. Identiti company itu yang saya begitu cintai takkan ada lagi.. yang ada hanyalah kenangan.
Dan mungkin sudah tiba masanya kita membuka lembaran baru.
Btw, nota kaki: Maersk adalah company terbaik dalam urusan kebajikan pekerja. Ada 13 month salary, ada bonus setiap tahun.. tapi tak berbaloi rasanya untuk stay bila setiap hari kita semakin menjadi orang yang disconnected dengan diri sendiri, mempersoalkan siapa diri kita dan apa yang dicari di sini.

0 komen best:
Post a Comment