Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang memberi segala rasa dan cinta.
Yang memberi peluang ruh ditiupkan ke dalam jasad yang dikandung.
Sebenarnya agak tak sangka akan diberikan peluang mengandungkan bayi dan anak.. sebab faktor umur dah 35 masa berkahwin, dan suami pun tak ada zuriat dalam perkahwinan yang lalu.. jadi inilah anugerah dan surprise dari Allah.
Rezeki Allah tepat waktu, tak salah alamat.
Selama ni pun memang selalu berniat dan berangan kalau ada anak pun biarlah selepas 6 bulan perkahwinan, nak kenal lama sikit dengan suami sebelum ke fasa menjadi ibubapa. Cumanya banyak sebenarnya perancangan lain andaikata tak dikurniakan anak dalam masa terdekat, i.e. nak travel naik motor dengan suami biarpun hanya kapcai, nak travel pergi Indonesia, nak hiking dengan suami, nak menyimpan duit beli rumah atau pergi umrah/haji, dan banyak lagi impian, walaupun sebenarnya saya bukanlah orang yang ada banyak wishlist pun.. (sebab tak suka berangan panjang dan taknak jadi orang yang ada banyak harapan tertangguh.)
Tapi perancangan Allah lebih baik mengatasi segalanya.
Terima kasih duhai anak..sudi memilih kami menjadi orangtuamu.. ibu ayah tak janji akan memberi yang terbaik, tapi kita akan belajar bersama² hidup menjadi manusia yang disayangi Allah dan Rasul walaupun ibu ayah penuh dengan kelemahan.
Well dah nak ada anak ni kena baca buku parenting dah kan. Ada dua buah buku dah beli masa bujang lagi tapi tak dibaca². Dah buleh start la kot kin..
Gender baby? Belum tahu lagi, masih di trimester pertama.. yang penting awak sihat lah ya bayi ibu ayah.. jangan selalu buat ibu lapar please!

0 komen best:
Post a Comment