Fuh. 7 bulan tak menulis. Pantasnya masa berlalu.
Alhamdulillah kami telah selamat bernikah Januari 2025!
Selepas berkahwin banyak benda nak kena hadam, dan fokus meluangkan masa bersama-sama teman sejiwa.
Teman sejiwa=soulmate.
Well kami berkenalan pada awal Jun 2023, melalui platform Coffee&Bagels. Selepas bersapa serba sedikit, bertukar nombor telefon dan terus ajak berjumpa berdepan².
Usaha mencari belahan jiwa telah saya mulakan beberapa tahun sebelum itu. Bermula dengan melihat sepupu² lebih mudah 5-6 tahun sudah mula berumahtangga, maka saya pun memulakan pembacaan tentang kehidupan berumahtangga & menghadiri kelas² anjuran Sarah Zainal & Aiman Azlan.
Mula2 follow modul Kamalia Kamal tentang "Formula Mengorat Bakal Imam" (mmeehh) tapi lama2 tengok cara dia berinteraksi dengan followers dengan sangat sombong membuatkan saya unfollow dan pangkah terus method dia. Dahla pandai² je buat teori karekter sendiri padahal takde verification pun profile character tu semua.
Then follow Sarah Zainal, Kaunselor perkahwinan yang mula buka modul² cari jodoh, simultaneously dgn Aiman Azlan, relationship coach yang menganjurkan perkahwinan cara betul dan syara'.
Dalam masa yang sama, berkenalan dgn seorang calon.. dah ajak jumpa family, tapi dalam proses perjumpaan antara kedua² orang tua jadi x smooth.. berat hati nak teruskan jadi saya move on. Masa ni, saya hadir kelas "Till Death Do Us Part" kot nama kelas tu oleh Normaliza Mahadi, kaunselor rumahtangga - seorang muslimah yang berjubah, ranggi, yang berpengalaman berbelas tahun dalam bidangnya. Disebabkan hadir kelas ni lah saya berani memberhentikan proses perjodohan diri sendiri.
Kelas Normaliza Mahadi ni macam satu hentakan, jentikan yang kuat untuk saya, yang menyedarkan saya bahawa mindset saya selama ni tentang jodoh dan kehidupan berumahtangga adalah tak betul. Sesi ni meluruskan niat saya bahawa nak kahwin ialah niatnya nak jadi isteri kepada suami saya nanti. Dia ada sebut tentang buku Surrendered Woman/Surrendered Wife by Laura Doyle.. yang bukunya tidak lagi dicetak tapi masih ada di pasaran sebagai buku lusuh/dijual semula.
From then on, lebih mudah saya membetulkan semula persepsi tentang perkahwinan dan lebih berpijak di muka realiti.
Apabila kenal dan bertunang dengan Syu'ib (yang kini suami saya, saya ajak dia membaca buku Sekufu tulisan Aiman Azlan dan Dr Harlina.. Membaca buku ini menguatkan lagi kefahaman kami bahawa kesekufuan bukannya by chance tapi ia boleh dibina dan dibentuk. Ramai orang ingat sekufu tu dari segi latarbelakang material dan keturunan.. sebenarnya ia lebih kepada kerukunan pemikiran danbudaya yang ingin dibentuk dalam rumahtangga nanti.
Alhamdulillah..
Cantik susunan Allah. Kami bersyukur seadanya sebab mengambil langkah mencari ilmu dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan, dan sehingga kini rasanya banyak berbincang bersama dalam segala topik membuatkan masalah segera dileraikan dan kesefahaman mudah dicipta. Kena rajin berkomunikasi, bincang segalanya tentang kewangan dan sebagai isteri saya mesti rajin bersyukur dan mensyukuri kebaikan suami.
Semoga kami terus merasai kemanisan berumahtangga, berusaha saling membahagiakan, berterusan bersama² belajar menjadi hamba Allah dan akhirnya kita bersama di syurga nanti.
Ameen³ yra.

0 komen best:
Post a Comment