Tuesday, October 20, 2015

Pemuda pemudi syurga dicintai Allah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 20, 2015

Hari ini saya mendapat dua berita duka.

Seni Kematian Mukhtar Umar.
.
.
Al-fatihah.
Kuhadiahkan, buat pemuda syurga bernama Mukhtar.

Saya tak mengenalinya langsung, tapi, hati ini begitu kagum dengan cara Allah memanggilnya kembali- cukup indah.

18 Oktober, saya mendapat berita dia sedang koma, kerana jatuh dan pengsan seusai usrah pada Sabtu malam, 17 Oktober.

19 Oktober semalam 12.20pm, masih tidak ada respons. Tiada pergerakan anak mata, refleks gag/anak tekak, atau verbal/pergerakan. Doktor memaklumkan kemungkinan kematian otak telah berlaku.

20 Oktober, pagi ini..
Saya diberitahu melalui mesej whatsapp bahawa bekalan oksigen akan dihentikan. Mukhtar menghembuskan nafas terakhir dan dijemput Allah kembali pada 1.16pm. (atau mungkin lebih awal).

Apa yang indahnya ialah.. saat sakaratulmautnya, dia dihantarkan bertalu2 doa.. Imagine how Allah loves him so much, sehinggakan dia koma semata-mata kerana jatuh.

Teacher Izrayani, menanti diutus ke syurga.

Teacher Izrayani adalah watak penting yang membantu saya dalam proses turning point hidup saya. Beliau Cikgu Homeroom saya semasa Tingkatan 5 di MRSM Serting, 2007. Dia pendengar yang setia, menyantuni saya untuk bangkit dan bersungguh-sungguh dalam matapelajaran yang saya lemah, menyaksikan tangisan saya kerana tak mencapai target, mengajar saya bagaimana untuk bermula sekali lagi..

8 tahun berlalu, saya selalu mencari jalan untuk menghubunginya semula. Luruh rasa hati, mendapat berita cikgu sedang tenat dan tidak sedarkan diri hari ini. Cikgu sakit kanser rahim, tahap 4.

Saya bergegas menziarahi cikgu di Hospital Ampang selepas kerja. Sesampainya, saya terkedu agak lama di sisi cikgu, menatap wajah yang sangat saya rindukan. Cikgu sangat uzur dan tenat.

Ahli keluarga sudah dipanggil untuk berziarah buatbkali terakhir. Cikgu sudah mula menunjukkan tanda-tanda penurunan pergerakan dan respons.

Allah mencintainya, memberitahu bahawa dia akan segera dijemput kembali maka dia harus menyediakan diri walaupun dalam keadaan susah payah, dua tahun belakangan ini. Kanser menjadikan proses menua terlalu cepat, terutamanya kemoterapi yang dilalui. Cikgu memang mempunyai tibi kulit, jadi ubat kemo memberi kesan yang sangat kuat kepada kulit cikgu. Cikgu sangat kurus dan sakit.

Allah pasti menghitung kesabarannya dalam ujian ini, dengan kebahagiaan berada dekat di sisiNya.

Dalam perjalanan balik, memandu, sempat pula saya berfikir mencemburui Mitch Albom, kerana sekurang-kurangnya dia sempat mendengar kata-kata Morrie tentang kehidupan. Sedangkan cikgu saya sudahpun kritikal dan saya mungkin tak ada peluang untuk berbual lagi dengannya.

Sungguh, kematian adalah peringatan terbaik untuk kita mula hidup dan bekerja secara serius.

Semoga syurga buat Teacher Izrayani Ismail dan Abdul Mukhtar Umar.

Al-Fatihah.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea