Dalam salahsatu transisi hidup saya yang paling tersembunyi, saya mempunyai seorang kenalan alien - kerana dia seorang yang sangat berbeza berbanding orang lain. Cara fikir, cara bercakap, cara menyampaikan hasrat, jenis buku bacaan, tulisan.. dia memang spesis alien dari planet Marikh.
Disebabkan saya sukakan motivasi, saya suka mendampingi manusia yang inspiring. Jadi saya suka memintanya memberikan saya wisdom words - for which, dia akan bagi secret code, contohnya 9:111 dan saya kena carilah apa maksud wisdom words tu.
Dia membuatkan saya faham bahawa
motivasi terbaik datang dari Allah, hanya Allah dan cuma Allah. Yang Inspiring tu Allah, yang bagi rasa best tu Allah..
Allah Maha Cinta.
Dah. Jom baca Qur'an.

0 komen best:
Post a Comment