Dulu masa baru habis SPM, makcik saya yang memiliki syarikat sewabeli kren mengajak saya untuk bekerja di syarikatnya. Waktu itu, saya bekerja dengan riang ria kerana saya yang paling muda di pejabat dan disambut baik oleh semua orang, tak tahu apapun, orang akan ajar.
Masa itu masih kain putih suci yang mudah diajar dan ditegur.
Semasa praktikal, orang sudah mempunyai expectation kepada kita; tiba-tiba pandai macam robot diprogram setelah empat tahun duduk dalam "kilang mendoktrinkan manusia".
Hilang semua kemurnian.
Bersilat-silat pungpang-pungpang.
Masa di universiti, belajar dan berprogram adalah seni yang terbentuk dalam diri saya. Bersilat-silat dengan program merapu adalah apa yang saya pelajari, meminta Allah memilih saya untuk program yang baik dan menghindari saya dari apa yang tidak sepatutnya. Pada saya; menjadikan akademik yang pertama tetapi program juga bukan kedua adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Kedua-duanya keutamaan.
Ada waktunya terasa ajaib sangat; sebab mampu menyiapkan tugasan dalam kadar yang sangat memberangsangkan, mampu faham ilmu dalam tempoh yang singkat dan diberi peluang mengajar dan kongsi ilmu dengan orang lain.
Sehingga sekarang saya masih mempersoalkan nilai A yang saya dapat walaupun usaha tak setara mana - sehinggalah sahibah saya berpesan, "Kin, kalau kin ingat kin boleh berjaya dengan usaha sendiri, kin salah.."
Usaha semata-mata tak cukup untuk memberikan apa yang saya dapat-gred A yang Allah sahaja tahu apa baiknya pada saya. Mungkin Allah ingin saya tahu bahawa; Allah tidak akan membiarkan hambaNya begitu sahaja. Dia tahu apa yang memotivasikan saya, bahawa adanya kekuatan di celah-celah masa yang saya curi untuk hadir program.
Bila kahwin nanti, rumah tangga memanglah yang utama. Tapi program juga bukan yang kedua. Bersilat-silat dengan masa agar dapat mencari syurga!
Moga Allah pilih!

0 komen best:
Post a Comment