Saya, ketika ini telah diberi amanah menjaga hal ehwal kewangan untuk dua minggu, sementara pemegang amanah yang asal mengerjakan umrah. Well. Kesilapan dalam pengurusan wang memang fatal error. Bahu saya untuk tempoh ini terasa sangat beratnya.
Saya telah melakukan satu kesilapan sepanjang memegang amanah ini. Tidak ikut prosedur pengurusan. Kalau mengikut etika, saya boleh digantung bekerja, didenda atau apa-apa lagi yang setara.
Saya terfikir; apakah yang telah saya lakukan.
Apakah saya sudah merosakkan kepercayaan orang lain.
Kenapa saya cemerkap sangat.
Kenapa tidak berfikir dan terburu-buru.
Pengalaman menghadapi situasi sukar, saya pujuk diri untuk bertenang. Kawan saya selalu kata, "keadaan sebenar bukanlah seperti yang difikirkan. Relaks."
Doa. Masa itulah harapan tidak putus kat Allah.
Meminta Allah meleraikan kekusutan dalam hati, keserabutan dalam jiwa, meminta Dia menghilangkan segala keresahan yang ada. Doa Ma'thurat.
Yang membuat saya terfikir, kepada siapakah saya meletakkan kebergantungan selama ini. Bos tidak ada di Malaysia dan baru terfikir nak ingat kat Allah.
Allah.
Sebenarnya itulah cara Allah mengingatkan saya tentangNya. Bahawa Dia ada untuk menyelesaikan masalah saya. Bahawa Allah mencintai saya dan mahu saya belajar untuk mula bergantung hanyasanya kepada Dia.
Allah memakbulkan doa.
Boss memaafkan saya dengan syarat saya tidak mengulangi kesilapan.
Kebergantungan, hanyasanya kepada Allah.

0 komen best:
Post a Comment