Tuesday, August 20, 2013

tak penting

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, August 20, 2013
Saya yakin anda semua suka tengok muvie. Atau pernah menonton apa-apa cerita. Atau membaca sebuah buku cerita yang sangat menarik sampai kita tenggelam dalam cerita itu, khayalan penglipurlara.

Kita selalunya terpengaruh dengan watak utama. Kalau anda lelaki, anda akan mudah terpengaruh dengan watak maskulin dalam cerita. Begitu juga perempuan dengan macam-macam watak dengan kerenah pelbagai. Ada tiga buah buku yang ceritanya, wataknya begitu banyak membentuk sikap saya sekarang. Dan buku-buku itu membuatkan saya terpengaruh dengannya kerana adanya persamaan kehidupan watak-watak itu dengan kehidupan sebenar saya. Keadaannya, dan watak-watak sampingan cerita.

Bezanya cerita saya dengan kisah dalam buku, ialah hidup saya real, sedangkan cerita dalam buku adalah khayalan yang mempunyai banyak sebab untuk digarapkan menjadi buku.

Hanya buku yang baik dapat memberi kesan kepada pembacanya. Dalam ertikata lain; "hanya penulis yang baik dapat menulis buku yang baik". Tulisan yang baik, datang dari hati yang baik.

Bezanya cerita kita dengan kisah dalam buku, ialah cerita dalam buku adalah ilham penulis.
Yang menulis cerita kita adalah Allah. Karya Maha Agung. Dialah yang menentukan apa watak kita dalam kehidupan orang lain. Mungkin, orang yang berpapasan dengan kita pada hari ini, yang kita pandang dengan sambil lewa, adalah orang terpenting bagi kita pada masa depan, kita tidak tahu.

Kalau semua orang tahu apa endingnya, maka tidaklah kita bersusah payah membuat sesuatu dengan lebih baik, maka takkan adalah harapan dan pengharapan kepada Rabb kita~

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea