Ketika di bangku sekolah, saya suka membaca siri motivasi tulisan H.M. Tuah. Namun semakin saya meningkat dewasa, buku-bukunya tidak lagi saya minati, mungkin kerana saya telah bertemu dengan inspirasi yang lebih hebat dari itu. Namun saya masih berpegang kepada kata-kata yang ditulisnya, "bertenang-tenang itu daripada malaikat dan gopoh gapah itu daripada syaitan".
Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Berapa lama kita akan tenang kalau ingat yang selain Allah?
Manusia, suka mendengar kata-kata yang baik-baik sahaja. Tak kisahlah sama ada waktu itu dia sedang mengamuk, gusar, ragu, marah atau sedang gembira, manusia hanya mahu mendengar yang baik-baik saja. Dan kadang-kadang, kita perlu berkongsi ketenangan atau meminjamkannya kepada orang lain, dengan harapan semoga dia tenang. Ketenangan bukan milik kita, dan ia hanya diperoleh dengan meminta daripada Yang Memiliki Ketenangan. Sebabtu kita perlu selalu diingatkan dan saling berpesan-pesan.
Tension macammana pun hidup ni, atau susah mana pun ujian yang melanda, kita kena percaya, bahawa ia adalah hadiah dari Dia, Yang Memiliki segala cinta. Sebabtu, walau macammana sakit pun nak menghadap kerenah manusia, kita kena tenang-tenang dulu..
Sebenarnya, post ni khas ditulis buat Ilham Zakaria yang telah menganjurkan program bersama UNIC. Bila dijemput Ilham untuk jadi pemerhati program, banyak juga yang saya belajar. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Saya belajar untuk bertenang dan memotivasikan orang.
Kata Abbas asSissi, kalau nak memberi, kita mesti memiliki :)

0 komen best:
Post a Comment