Indonesia, khususnya Bandung dan Jakarta, sudah menjadi satu kenangan buat saya. Mungkin, akan datang, kalau Allah izin, saya ingin nak jejak kaki lagi ke sana.
Saya ke sana bersama sekumpulan pelajar UUM yang lain untuk menghadiri 3rd Regional Convention on Student Development yang membincangkan tentang Peningkatan Kepimpinan Pelajar: 'Membangunkan Keperluan dan Integriti'. Program ini merupakan anjuran UUM dengan kerjasama Universiti Padjajaran, Indonesia. Secara keseluruhannya, program ini membincangkan tentang integriti, dihadiri oleh ramai cendekiawan dari serata Asia Tenggara dan pelajar-pelajar daripada universiti-universiti di Malaysia.
Feels great, feels happy, feel good, best and worst at the same time.
Sepanjang berada di sana, saya sentiasa meminta Allah membuka hati dan memberi ibrah daripada apa yang saya lalui dan mampu pelajari daripada kembara yang jauh. Tanpa izin Allah, hati yang tidak terbuka ini akan menjadikan segalanya sia-sia.
Bandung
Kapasiti penduduk di Bandung adalah padat, sangat padat. 27 juta. Dan rakyatnya hidup secara survival. Kecil-kecil sudah perlu mencari rezeki sendiri. Jarang yang meminta-minta tanpa melakukan apa-apa. Ketika kami berhenti di mana-mana hentian rehat, pasti, ada saja anak-anak membawa gitar dan drum kecil, menghiburkan pelancong, menyanyikan apa-apa lagu. Sepanjang perjalanan, kalau waktu malam, melihat orang tidur di kaki lima juga adalah biasa. Bau hancing ketika berjalan kaki juga biasa. Mereka bukan mundur, tetapi sedang mencipta arah kehidupan sendiri.
Hidup ini pendek. Kita hanya melalui setiap detik, cuma sekali saja. Sepanjang berada di sana, saya merasakan betapa tidak adilnya saya berada di situ, makan di dalam hotel mewah, sedang beberapa orang di luar hotel yang jaraknya dengan saya hanya 2-3 meter sedang berjualan, menahan panas dan lapar. Melalui Mahlil (pelajar UNITEN), saya dapat tahu, untuk sehari, nak dapatkan Rp 30 000 (dalam kurang lebih RM10) pun saaangat susah.
Pencopet
One of the most important scene semasa di Bandung ialah kawan saya dirompak tanpa saya dan rakan-rakan perasan. Kepantasan mereka melakukan kerja ini ialah kurang seminit. Jadi, kalau berada di Bandung, sentiasalah berhati-hati.
Integriti
Konferens ini adalah tentang integriti. Soalnya, Integriti itu apa?
Kali pertama saya disuakan dengan integriti ialah ketika di MRSM Muar, ketika seorang lelaki bernama Encik Nizam memberikan ucapan tentang integriti. Integriti itu bermaksud bermaruah. Dan dalam kehidupan masyarakat yang semakin rosak ini, mesej integriti amat bermakna untuk disebarkan. Menyebut dan mendidik manusia untuk berintegriti juga adalah satu bentuk da'wah yang kreatif, since manusia mungkin tak mampu nak terima perkataan 'jadilah manusia berakhlak' atau, 'hentikan rasuah'.
Survive
Secara keseluruhan, hidup ini tentang survival. Saya akan berhenti marah atau rasa irritated bila teringat yang semua orang sedang berjuang, dan mereka berjuang di atas jalan yang dirasakan betul. Untuk menilai betul-salah jalan perjuangan kita, neracanya adalah neraca syara'.
Teruskan, berjuang!

3 komen best:
assalamualaikum ekin,,
mengambil ibrah dalam setiap apa yang dilalui.. barokallahu fik>_<
Orang-orang Bandung sangat cekap dan pantas. lol
berapa org pelajar UUM pergi ke bandung?
ramai. mungkin, lebih 50 atau hampir 100, saya tak pasti exact numbers.
Orang Bandung, sangat gigih. Bagi mereka, hidup ini satu peperangan!
Post a Comment