Hikmah
Harini saya menemui satu lagi mutiara hikmah.
"Jangan biarkan ketidaksukaan kamu dan cela yang ada dalam hati kamu menutup kebenaran yang wajar dibenarkan".
Well, secara umumnya manusia suka menambahburukkan lagi apa yang tak disukainya walaupun hal itu jernih dan baik. Begitu juga sebaliknya, manusia suka mengungkapkan kelebihan sesuatu atau seseorang secara berlebihan walaupun hal yang disukai itu adalah buruk dan meloyakan.
Itu tidak adil namanya.
Mengerti
Allah sentiasa Adil.
Harini saya sakit, sebenarnya, sebab semalam saya dah melalui dua hari yang berat dengan tugasan dan presentation. Kena hujan lagi.
Allah 'bagi' lagi. Mungkin, dengan sakit ini, saya akan lebih beriman. Allah telah mengkhabarkan bahawa, Dia memberi kesenangan kepada hambaNya kerana jika diberi kesusahan, dia akan kufur. Dia juga memberi kesulitan kepada hambaNya kerana, jika diberi kesenangan, hamba itu akan kufur.
Allah Maha Indah.
Hospital
Hampir dua minggu lalu, saya mengunjungi hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar. Pada waktu itu, jiwa saya sarat dengan keserabutan dengan tanggungjawab, tugasan dan hidup. Kadang-kadang, ada waktunya saya tak dapat mengenalpasti apa yang utama dalam hidup ni. Kalau dalam mengenal keutamaan pun, saya rasa masih suka buang masa. Dan Allah izin, Dia pilih saya ke hospital sebagai sukarelawan pada waktu Jumaat malam, 16 Mac.
Apa yang saya temukan sepanjang berjaga di hospital ialah, hospital adalah tempat yang penuh dengan kerisauan dan harapan. Dan ia dipenuhi oleh orang-orang yang mati rasa. Rasa macam jiwa penuh insaf, bila terfikirkan yang mungkin ibu saya pernah mendukung saya sepanjang masa di hospital ketika saya sakit tanpa saya tahu. Hospital adalah ruang realiti di mana manusia berjuang untuk hidup untuk sedikit masa saja lagi. Tidak ada manusia, yang datang sambil tersenyum-senyum. Semuanya datang dengan muka risau, termonyok, dan dalam kesakitan.
Lalu saya mencoretkan sesuatu di ruangan facebook, yang bunyinya seperti ini;
Bila rasa macam hilang erti hidup.. mungkin anda boleh pergi hospital, duduk seharian atau semalaman kat situ..Lepas balik daripada hospital, rasa termotivasi banyak, rasa kembali segar sebab tersedar, masih banyak kerja belum dibuat sebelum mati. Tak ada masa sebenarnya untuk rasa lesu dan terbeban dengan hidup.
Hospital adalah ruang realiti, memberitahu kita bahawa ibu kita pernah semalaman menunggu kita di hospital untuk mendapatkan rawatan. Hospital adalah tempat yang penuh dengan kerisauan dan harapan. Disana juga kita dapat melihat wajah masam anak bila terpaksa hantar ayah yang sakit ke hospital dua tiga pagi. Atau kasihnya anak sampai terpaksa tunggu mak kat wad sehingga berhari-hari.
kenapa nak hilang erti hidup, bila ada yang telah berkorban untuk kesejahteraan hidup kita?
kenapa nak hilang erti hidup, bila ramai yang sedang bermati-matian berjuang, untuk menikmati sesaat lagi, meminta Allah memanjangkan nyawa, biar mampu menebus dosa dan terus beribadah?
engkau sedang menikmati kesihatan. hidupkan jiwamu, dan teruslah bekerja.. tanggungjawab, lebih banyak daripada masa yang ada!
Pasport
Semalam saya ke pejabat imegresen di Bukit Kayu Hitam, untuk buat pasport, kali pertama, untuk menghadiri konferens di Bandung minggu depan. Dan, pada saya, pejabat ini pun adalah satu lagi ruang realiti.
Macam-macam spesifikasi rupanya yang mesti ada kalau nak keluar sempadan ni. Iyalah, kalau orang yang Allah izin urusan mudah macam saya mungkin tak ada masalah, duit pun masih cukup untuk buat gambar baru setelah di-reject, dan lain-lain lagi. Tapi, sepanjang dua jam saya di situ, rasa kasihan pada beberapa orang sebab tak dapat melepasi sempadan untuk menghadiri kematian di Thailand atas sebab IC dah buruk dan pegawai tu kata, "dah mati pun..".. (macam senang je dia cakap macamtu..) Dan ada juga orang yang tak sah taraf tak boleh ke luar negara sebab anak tak ada surat beranak.. juga tak boleh bawa anak kalau tak ada surat nikah.. Dan, saya juga dapat tahu, amatlah sulit hidup ni kalau berkahwin dengan bukan warganegara sebab perlu banyak urusandengan imigresen. Isu cip IC tak boleh dibaca pun satu masalah, terutama bila IC tersebut dah lama. Where's the quality, Malaysia?
Beberapa perkara penting semasa buat pasport ialah, gambar berukuran pasport mestilah terang dan jelas berlatarbelakangkan warna biru dan kalau yang muslimah, warna tudung biarlah hitam supaya orang imigresen tak bising disebabkan scanner tak boleh baca wajah anda yang manis itu. Kalau boleh pasport tu biar yang nampak muka je.
Dr M & Hilal
Saya suka membaca dan suatu hari saya memegang buku tentang kisah sirah di hadapan sahibah jurusan lughah, penuntut di Universiti Insaniah. Lalu dia bertanya, "tulisan siapa ni, kin? tak ada riwayat". Tett. Hati saya tersentuh dengan sebaris kata-katanya, bahawa dia mengingatkan saya bahawa sumber yang dibaca mesti sohih dan penulis yang menulis mestilah yang thiqah (tsiqah). Kalau boleh biarlah ulama' yang mu'tabar. Masih teringat macammana susahnya dan gigihnya para sahabat nak kumpul dan tulis hadith, hatta orang yang menipu haiwan ternakan pun dah rejected dan hilang thiqahnya.
Pernah juga saya termasuk dalam perbincangan dengan makcik sahibah tentang khasiat susu ibu. Lalu saya bertanya pada makcik, "betul ke, saya dengar, kalau susu ibu sebelah payudara kanan itu makanan unuk bayi dan sebelah kiri cuma air susu sahaja?" pastu makcik tegur, "hidup ni mana boleh main rasa-rasa & dengar-dengar je kin, apa kata nanti, bila dah ada anak, kin buat spesimen susu badan sebelah kiri & kanan, labelkan kemudian hantar ke makmal ujian. Masatu barulah tahu maklumat tu sohih ke tidak". Orang ada fikrah Islam memang wonderful!
So, jangan salahkan Dr M kalau apa yang dikatakan beliau tak benar salahkan diri sendiri sebab tak kaji apa yang dibaca.
Ending
Mungkin ini antara entri paling panjang dalam masa dua tahun ini. Maafkan saya sebab banyak sangat menulis, moga ada manfaatnya dalam setiap erti kata. Sebenarnya, saya mengambil peluang untuk menulis ketika mampu, sebabnya, bila jiwa lemah, saya benar-benar tak mampu berkongsi apa-apa dan tulisan-tulisan bermanfaat terbazir menjadi draft.
Moga Allah ampunkan kita.

0 komen best:
Post a Comment