Sejujurnya, saya sendiri rindu untuk menulis sesuatu yang benar-benar lahir dari hati untuk dituliskan di sini. Kerana; "hanya kata-kata yang lahir dari hati yang sampai kepada hati". Untuk beberapa entri sebelum ini, ia adalah manifestasi daripada apa yang saya mampu tuliskan sebagai nota yang ingin dikongsi.
Hari ini, saya dapat menghadiri sebuah bengkel penulisan yang dikelolakan oleh Encik Yusman, bekas pengarang akhbar NST dan Fatimah Syarha Noordin, seorang penulis. Banyak yang saya ingin kongsi tentang penulisan, insyaAllah untuk entri seterusnya. Kata kak Ha, kadang-kadang, 'pause' itu adalah satu fasa muhasabah untuk kita memperoleh tenaga (boost up) supaya dapat menghasilkan gerakan yang lebih baik lagi. Yang penting, kekalkan momentum berfikiran positif.
Fatimah Syarha ada ditanya tentang bagaimana beliau membahagikan masauntuk menulis dan kerja-kerja lain, dan katanya; "saya pernah cuba untuk ingin memberi alasan pada diri lantaran kesibukan yang teramat, rasa macam tak ada masa nak menulis. Allah izin, bila sya pergi library, saya melihat banyak kitab yang ditulis ulama' sampai berjilid-jilid. Jadi saya rasa malu pada diri sendiri.. sebab ulama' tu semua ada 24 jam juga, sama je macam kita semua."
Seseorang itu sentiasa punya masa untuk apa yang disukainya.
Dia mencontohkan suaminya, Dr. Farhan Hadi. "suami saya, lebih sibuk daripada saya. Pergi kerja pagi dan kadang-kadang sampai lewat malam, ada waktunya perlu on-call dan sebagainya. Tapi bila balik rumah, dia pasti akan memperuntukkan waktu untuk menulis sekurang-kurangnya setengah jam atau satu jam. Kadang-kadang tulis satu perenggan je sehari".
The sweetest is, sometimes they sit to each other to writes and try to win who finished first. Berlumba menulis..!
Saya, amat rindu, dan sangat rindu.. memetik kata-kata Dr. Farhan Hadi, 'rindu adalah perasaan paling ikhlas yang terbit dalam hati..'. Mungkin ini benar-benar fasa untuk bermuhasabah, duduk dan beriman sejenak..

2 komen best:
suke ayat last tu..
saye pun suka~
Post a Comment