Tembikai berbentuk empat segi akibat dari inovasi dan idea manusia yang melakukan penanaman dan 'shaping' tembikai dari awal ia ditanam, tumbuh dan berbuah.
Pakcik yang menghantar dan mengambil saya untuk ke kelas memandu merupakan seorang bekas tentera. Katanya, dalam tentera ada satu jenis skuad yang digelar sebagai 'elit', tidak bercampur dengan askar biasa mahupun orang awam, yang dilatih hanya untuk menembak orang jika diarahkan. Dia hanya akan bergaul dengan orang awam selepas pencen dan menjalani kursus peneutralan semula diri, ala2 brainwash.
Kasihan, kasihan benar rasanya hidup yang disistemkan seperti itu. Tembikai empat segi.
Saya bimbang menjadi seperti itu.
Course saya ada memperuntukkan baju korporat untuk dipakai pada event tertentu. Bajunya pendek separas punggung, berwarna putih, dan berlengan tiga suku (separas siku). Pada saya, baju itu tak menepati syara' langsung. Senang-senang je saya disuruh pakai inner yang tight itu.
Sudah tentu sahaja suara minoriti untuk meminta kelabuhan baju tidak terdengarkan dan berbunyi enteng. Masih teringat, seorang kakak senior berkata, " akak takkan singkatkan lagi apa yang telah dilabuhkan..".
Bimbang rasanya saya menjadi 'tembikai empat segi' macamtu. Depan Allah nanti, bila saya disoal, takkan nak jawab, "aku pakai singkat sebab event planner yang suruh, katanya wajib!"

4 komen best:
Sama kes dengan bersalaman antara laki n perempuan, dikatakan corporate ethics.
korporat sebenar tak keparat..
em, patutnya kena faham yg mana lebih wajib.. huhuhuhu
huhu..ikin so cmna....ikin mesti xselesa kan...harap2 anis xkena cm 2..susah gak kan...islam itu mudah tapi jgn permudahkannya...
Post a Comment