Sunday, October 23, 2011

10-1=0

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 23, 2011

Ketika kali pertama mengenal tarbiyyah, saya diperkenalkan dengan sepuluh sifat ini. Ia dihurai secara khusus satu demi satu, dimana setiap daripadanya berakar daripada dalil al-Qur'an dan Hadis.

Bilamana dalam hidup saya tidak dapat mencapai salahsatu daripadanya, kehidupan saya terasa sungguh kuchalana..

Sebagai contoh;
saya tak boleh menjadi bermanfaat kepada orang lain tanpa menyusun urusan dengan baik dan menjaga masa serta melawan nafsu. Tidak mungkin saya mencapai akhlak yang mantap tanpa memiliki aqidah yang sejahtera, ibadahyang sohih dan luas pengetahuan.

Kesemua 10 sifat ini saling menampung antara satu sama lain. Tarbiyyah itu suatu hal yang istimewa, mana mungkin saya ingin menyimpannya untuk diri saya seorang sahaja.

Untuk mencapai kesemua 10 sifat ini, kita boleh bermula step-by-step, mendalami peribadi Muwasofat Tarbiyyah satu demi satu. InsyaAllah, Allah bersama dalam setiap langkah ini..

Ketahuilah, teman-temanku, bahawa; Tarbiyyah tidak dapat meberikan segalanya tapi segalanya boleh diperoleh daripada tarbiyyah!

2 komen best:

Anonymous said...

Salam..

maaf..saya budak baru belajar..
boleh akak terangkan tentang 10 muwasafat tarbiyyah..?

sy selalu dengar cuma tidak begitu tahu secara details..

jazakillah~

Unknown said...

Thanx. perkongsian yg bagus. :)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea