Monday, January 10, 2011

Meraikan kejatuhan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 10, 2011
ehh...~ meraikan kejatuhan? Apa punya tajuk laa kan saya ni?

Tak ada orang yang kalau dia terjatuh semasa berjalan atau berlari kemudian tak bangkit semula melainkan orang sakit atau pengsan. Semua orang akan cuba bangkit setelah jatuh, untuk mencapai semula keseimbangan dan kembali kepada kekuatan yang asal.

Nampaknya Allah izinkan saya mengalami kejatuhan untuk keputusan semester lepas. Mungkin sebab saya memang mengalami kejatuhan hampir sepanjang semester dek kerana satu subjek yang menelan duit dan mencalarkan persahabatan dan kepercayaan saya pada orang. hoho..saya masih ingat lagi rupanya peristiwa menyakitkan hati itu..

Takpe, takpe.
Kejatuhan akan lebih mematangkan diri ini, saya menghargainya. Apa yang mesti saya lakukan ialah, analisis kesilapan dan kelemahan, dan mencuba lagi untuk semester ini yang bakal membuka tirainya beberapa hari saja lagi. Oh, UUM, aku rindu! hehe..~

See? Saya memberi semangat kepada diri sendiri untuk terus berusaha. Kenapa saya tak sedih dan redha? Kerana saya bersyukur, semua itu adalah usaha saya sekadarnya atas izin Allah.. (Walaupun ada satu dua subjek yang saya tahu pensyarahnya mengelat, bagi saya markah lebih dari yang sepatutnya).

So, friends, when you fell down, remember, Allah is always there to raise you up. Keep believing, keep shining, keep fighting!

Setelah jatuh, bangkitlah perlahan-lahan, jangan terus berlari, takut nanti tersungkur!

2 komen best:

Islamic_Muslimah said...

Thanks ikin, entry yg amat memberangsangkan diri ini yang jua jatuh dan jauh dari semuanya..


"So, friends, when you fell down, remember, Allah is always there to raise you up. Keep believing, keep shining, keep fighting!" - i'll ^_^

norashikin rahmat said...

Masa duduk exam, memang dah ada feel yang result akan merosot. Well, everyone know their own achievement and strength.

Apa yang ikin belajar ialah, bersedia untuk apa-apa risiko..

Thanks Kak Hana, kita sama-sama bangkit ye.. semoga Allah bantu ^_^

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea