Perasaan menjadi promoter? seronok bila orang nak dengar apa yang kita nak sampaikan. Selama ni, bila ada je orang nak promote barang kat saya, mesti saya cuba lari. Teringat lagi masa saya baru semester satu, ada ekspo dan di pintu masuknya ada promosi Digi Campus secara besar-besaran dibuat. Ada sorang abang tu jadi promoter, dia cakap english punyalah fluent. Masalahnya, dia memakai make-up, jadi saya tak selesa. Jadi, bila lalu lalang keluar masuk ekspo tu, mesti saya akan cuba escape dari tempat digi tu.
Teringat juga, masa saya keluar dengan kawan saya di stesen KTM, baru je dapat flyers dari pemberi tu, terus je saya buang kat tong sampah berdekatan.. kawan saya menegur, "nak buang pun agak-agak aa, dekat sangat ko buang.. kecil hati orang tadi.."
Sejak saya banyak terlibat dengan kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti kampus, semakin banyak kerja belakang tabir yang saya tahu. Saya tahu, bukan mudah merancang dan mendapatkan persetujuan pihak tertentu, mencari penajaan, membuat laporan, mendapatkan keyakinan orang lain... Sekeping flyers yang diedarkan tidaklah hanya bererti sekeping kertas sahaja, di sebaliknya mengandungi banyak makna sebenarnya. Bukan sedikit usaha yang dilakukan untuk menghasilkan flyers, ia merangkumi perancangan maklumat, percetakan, kualiti kertas, kos, tenaga, dan kalau yang dipotong kecil-kelcil, ia perlu kepada usaha menggunting pula..
bukan mudah sebenarnya. Sayapun mula tahu nak berasa terkilan kalau orang membuang-buang kertas flyers yang saya beri.
Jadi, apabila anda mendapat sekeping kertas flyers, fikirkanlah berkali-kali sebelum membuangnya. Hargailah orang yag berada di sebalik sekeping kertas yang macam tak ada makna tu..sekurang-kurangnya kumpullah,jadikan koleksi,kemudian kitar semula..kalau malas nak kitar semula, bagi la pada makcik cleaner kerana mereka lebih mengerti apa ertinya duit yang diperoleh daripada penjualan bahan yang boleh dikitar semula.
well..manusia memang tak tahu menghargai barang free walaupun ia hanyalah sekeping kertas flyers.

2 komen best:
kerja2 menampal poster event pun payah gak. sedih bila tengok poster kena koyak cmtu je..
jadilah penampalposter~ :P
oh? kenape mesti jadi penampalposter plaks?
alhamdulillah, sepanjang saya kat UUM ni, tak ada fenomena poster dikoyak2kn.. biasanya poster rosak kerana fenomena alam:hujan&panas.
Post a Comment