Tuesday, November 03, 2009

Menjadi Tour Guide UUM: Le Tour de UUM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, November 03, 2009
"Adik-adik, kini anda berada di perpustakaan terbaik di Asia Tenggara!" aku ramah memberitahu, saat berada di pintu masuk Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) UUM. Biar mereka bangga berada di sini. Sampai di tingkat lima, mereka lelah. haha.

"Lepasni kita akan melawat Pusat Islam: Ada penerangan, makan, solat dan rehat di sana. sehingga 2.30pm. Kemudian kita pergi tengok go-kart, dengan kuda ya,"...

begitulah, sedikit sebanyak kata-kata yang aku cakapkan harini. memang penat jadi tour guide. Al-maklumlah, UUM cukup luas.

selepas di Pusat Islam, mereka dibawa ke Varsity Mall UUM. Entah apa mereka beli. Macam-macam betul.

Hari ini UUM menerima kunjungan daripada SMA Mahdzah, Yan, Kedah. Pelajarnya terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan STAM. Sebagai seorang yang memang banyak cakap, aku sedia menerangkan semuanya buat mereka. Begitu juga rakan-rakan. Aku menjadi pengiring dengan gembira, sebabnya tempat-tempat yang tak pernah dilawati pun aku pergi hari ini.

Mereka kecewa tatkala tidak dapat merasai keseronokan bermain go-kart. Litar go-kart sedang renovate. Sampai di Pusat Sukan, mereka tak mahu turun. Penat, keceriaan masing-masing sudah berkurang. Tapi nakalnya masih ada. Bawa lalu kandang rusa pun takmau turun, dan rusa pun tak keluar, duduk bawah atap kandang je.

Destinasi terakhir, kami bawakan mereka ke kandang kuda. Ini kali pertama buat aku memegang, mengusap dan membelai kuda. Kuda juga suka pada aku. Mungkin sebab aku comel kut. hahaha. okok. tipu je. Kuda perlu dimanjakan ye, kawan-kawan. Dan hari ini juga baru aku tahu bahawa penjaga dan trainer kuda di situ bernama Encik Wan, orang yang mendermakan jantungnya kepada seorang budak. Kuda UUM ada banyak, dan mereka ada nama: Martina, Ameen, Alang, Storm, dan yang lain aku tidak tahu. Yang jinak tadi Martina, umur dia 14 tahun. Dan, baru aku tahu kalau kuda juga kena sunat untuk mengelakkannya menjadi liar dan terlalu suka (galak) kepada orang perempuan. Macam-macam betullah. Apa hukumnya ya? itu terlupa aku nak cari tahu.

Kata gurunya: "Kami amat berterima kasih dan berpuas hati dengan layanan anda." Oh, glad! Alhamdulillah...



Dan, siapa tahu aku telah jatuh cinta pada buku Faisal Tehrani: 1511 [kombat]. Kini aku telah separuh membacanya, menandingi Tautan Hati oleh Fatimah Syarha yang masih sekerat (tak sampai 50 mukasurat pun) dibaca. Ah, tak adil betul aku. Buku Kenegaraan Malaysia juga menanti aku untuk berdating dengannya. Apatah lagi Principle of Management yang menjadi kesayangan aku sejak bulan lepas. Tunggu ya, sayangku..

Aku telah usai dengan dua kertas: subjek TITAS dan Baasa Melayu Pengurusan. Hujung minggu ini menemukan aku dengan Kenegaraan Malaysia dan Pengantar Pengurusan. Dan minggu berikutnya dua kertas terakhir: Sains Sosial yang amat aku suka dan juga Matematik Pengurusan.

doakan aku ya, kawan-kawan. salam bahagia!




Myspace Message Generators

6 komen best:

penaberkala said...

tour guide..mst best abis
uum mall dh pergi skali dulu,untung uum ada mall sebesar itu..
kami di sini koperasi dan minimart kecil-kecilan je

selamat berdating dgn buku2 pujaan hati

all the best utk exam!

fahana_ann said...

salam Ikin..NICE POSTING untuk 30 oktober tu..betul, macam2 hingga tersedih teramat..Allah aje yang tahucuba menjadi hambaNYA yang sebenar hamba MENCINTAI TUHAN YANG SATU..tapi sukarnye mendapat cintaNYA...

tourist guide ye...HEHEHE...em, saya pun belum usap lagi kuda2 tu walaupun dah banyak kali lalu..hehe..

norashikin rahmat said...

@penaberkala:

oh, trimasss!
buku2 pujaan hati?
waahh..
tapi itu lebih baik dari berdating dengan lelaki.

jadi tour guide memang best abiss..dengan melayan kerenah adik-adik..

norashikin rahmat said...

@kak farhana,
terima kasih sayang sangat..

nanti ada masa jumlah kita hangout pegi manikan kuda.. saya terus rasa tak sabar nak jumpa Martina ngan Ameen lagi lepas meninggalkan kandang itu semalam..

selain menghayati dan mengingati keunikan penciptaan kuda, kita juga boleh merapatkan ukhuwwah yang sedia tertaut.. call me, okeh? :)

beliamuda said...

"Dan hari ini juga baru aku tahu bahawa penjaga dan trainer kuda di situ bernama Encik Wan, orang yang mendermakan jantungnya kepada seorang budak."

En Wan tu, hidup lagi ke?

norashikin rahmat said...

lorh. mestilah. yang saya jumpa tu, encik wan lah. sbnarnye saye tak catch up pun berita pasal pemindahan hati tu...

student SMA Mahdzah yang tanya.. barulah saye tahu..hehe..
alert betul diaorang tu...

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea