Friday, November 20, 2009

ilham hening malam..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 20, 2009
Malam begini setelah lelah menghadap sekalian kertas dan nombor, aku menghadap laptop ini pula. sebenarnya hendak menge-post satu puisi yang ditulis dalam perjalanan pulang dari admin ke DPP tadi...oleh sebab sedang berjalan, maka aku hanya menulisnya dalam telefon bimbit...takut tak dapat menulisnya saat duduk dan menghadap kertas dan memegang pen. dalam erti kata lain, takut hilang ilhamnya... apa-apapun, hayatilah...

Musim tidak lagi menjadikan kita camar hitam
Dan segala awan pun tak dapat menandingi awan mendungnya..
tak tersangka,
pasir juga yang selama ini dia gilap.
silap.
Dalam sepantai pasir, tak terjumpakan si mutiara sebutir yang selama ini digilainya
Impian.
Tinggal jadi harapan bodoh cuma.
Masihkah pelangi dapat menyinar?
Ah..Tertipu lagi rupanya.

Dia menutur langkahnya lagi.
Kasihan dia, pincang.
Ada satu bunyi bergelantangan dari langit,
terus tulinya bersuara...
"Pekakmu, butamu, bisumu, tempangmu, kudungmu...
..itu semua alasanmu untuk menjadi cacat.
Menjadi normallah,
kerana Tuhan tidak zalim..."

6 komen best:

fahana_ann said...

em,,mandalam maknanya..em, tak eti nak komen lebih tapi, sedap ayat susunannya..

norashikin rahmat said...

terima kasih, kak fahana... :)

kak fahana bali lambat lagi ye?

terry bogart said...

ada org bergurindam ..wee

aduhai rumah,
aku ingin pulang..
tapi..apakah daya..
examku xabisssssss..........

ada brand x?..he3

beliamuda said...

(^_~)v

susah nak dirungkai...

norashikin rahmat said...

to terry: sy dh smpai rumahlah. Awk h0mesick ke, encik terry bogart?

norashikin rahmat said...

encik beliamuda: hmm...pnjg kalau saya nak rungkaikan. Saya fikir nak kasi kat penggubal antologi sastera untuk silibus sekolah, biar bdak2 skola kaji mknanya..heheh..(^_^)V

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea