Sunday, October 11, 2009

Rinda (edited til end)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 11, 2009
"Abang, adik lapar....."
sayu aku mendengar Rinda merengek kelaparan. sudah tiga hari dia tidak menjamah apa-apa, kali terakhir dia cuma menjamah sekeping roti basi yang aku curi dari sebuah kedai runcit.. ingatkan roti sedap, rupa-rupanya dilonggok di hadapan kedai kerana sudah expired. Hampeh. Aku sendiri pun entah sudah berapa lama tidak makan. Aku melihat Rinda, matanya berkaca-kaca sambil memegang perutnya, menahan lapar.

"Adik tunggu sini sekejap, abang belikan adik makanan. Sekejap je, abang janji."  Rinda mengangguk-angguk, patuh. Aku menyuruh Rinda duduk di kaki lima sebuah kedai. Kupesankan kepada pakcik penjual di kedai itu supaya tengok-tengokkan adik kecil aku. Hari sudah petang, tetapi langit sudah tidak cerah, sedikit mendung, menandakan hujan bakal turun.Dua tiga kali aku menoleh, memastikan adik kesayangan aku berada di tempatnya.

Aku tidak tahu bagaimana mahu menunikan janji pada Rinda. Aku tidak ada duit. Si kecil empat tahun itu, tidak mengerti apa-apa. Aku ingin cepat, kerana Rinda ditinggalkan seorang diri. Aku melewati deretan kedai yang sibuk, dan makanan banyak terjual. Hati berkata: "Tidak, aku tak boleh mencuri lagi. Ini untuk Rinda.".. Lalu kutanyakan pada penjual, pemilik kedai juga, mungkin. "Pakcik, mm..maafkan s..saya..berikan saya sedikit makanan, bb..boleh?" "Ah, tak ada makanan di sini.. Pergi!" melihatkan wajah seperti pengemis ini, pakcik itu menengking aku, sehingga pelanggan di situ memandang kami. "..tt.ta..tapi, pakcik..adik ss..saya..sudah lama dia tak makan" aku tidak kisah diherdik, demi Rinda, aku sanggup. "kalau mahu makan, perlu bayar. tak ada duit, boleh pergi" pakcik itu mengendurkan sedikit suaranya, walaupun wajahnya masih tegang. malu dengan pelangga, mungkin. aku berjalan keluar dari kedai itu dengan langkah longlai. "Blahla wei, banyak lagi kedai lain yang best." hati menyumpah. "Adik!" belum dua tiga langkah aku berjalan, seseorang memanggil. "duit adik ni, tadi tercicir" Lelaki itu menunjukkan aku wang kertas RM 10. aku hairan. "Abang, ini bukan saya punya". "Ambillah, duit adik. jangan khuatir." aku memandangnya, dan lelaki bersun glass itu tersenyum manis. Aku mengerti maksudnya. Antara sayu dan gembira, aku menyalami pemuda berhati baik itu. Kuucapkan terima kasih yang tak terhingga, lalu kukatakan aku harus berlalu cepat demi adik kecilku.

Dengan cepat, aku membeli nasi berlaukkan telur goreng. Di mata terbayang-bayang wajah kecil Rinda yang makan penuh semangat. Semua itu hanyalah berharga RM 1.50, selebihnya aku simpan. Buat beli makanan pula untuk esok dan seterusnya. Air suam yang aku minta bungkus, nasib baik free of charge.

Aku berlari-lari melewati batas-batas kedai. "Rindaaa, tunggu abang.." hati tidak sabar, tiga lot kedai terasa amat jauh berbatu-batu. Satu bangunan saja lagi. aku melintas, dan tiba-tiba sebuah kereta muncul entah dari mana merempuh aku, dan aku tidak sempat mengelak.
...............................................................................................
Sejak itu, aku tidak lagi bertemu Rinda. Adik yang kurindui itu, entah ke mana hilangnya. Kerana insiden itu, aku ditemukan Allah dengan Mama Zira, yang bertanggungjawab membesarkan aku hingga kini. Mama Zira dan suaminya, Pak Man tidak mempunyai anak dan menerajui perniagaan membaiki alat-alat komputer di Bangi. Aku pula, kini menjadi jurutera Komputer, dan dalam masa yang sama meneruskan usaha perniagaan pasangan bahagia itu, demi membalas jasa mereka. Merekalah yang bersusah-payah menghantar aku kembali ke sekolah dan membiaya kos pelajaran aku di kolej, dek kerana keputusan SPM yang tidak mencapai tahap yang membolehkan aku masuk ke universiti. Kata Mama Zira, ilmu tu penting..

Tentang Rinda, aku tidak pernah berputus harap mencari. Pada hari aku dilanggar kereta Mama Zira yang masa itu ingin berkejar untuk menemui seseorang di tempat berdekatan, aku tidak sedarkan diri tiga bulan kerana hentakan yang kuat di kepala. Kata doktor, aku koma. Setelah sedar, aku yang pada masa itu belum cukup sihat dan boleh berjalan menggesa Mama Zira membawa aku ke kedai tempat Rinda ditinggalkan. Tapi...kedai itu sudah tidak lagi beroperasi di situ. Kata pemilik kedai sebelahnya, kedai itu tiba-tiba tutup kerana beban hutang. Rumah pemilik kedai yang berada di atas kedai juga kosong, tak berpenghuni. Rinda... aku amat merindui kesayangan aku itu. Masih segar diingatan, wajah comel Rinda yang bersenyum apabila aku mendukungnya di belakang apabila dia mengadu penat berjalan. Cuma dia sajalah jantung hati aku setelah ibubapa kami kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik kami tidak sanggup membela kami walaupun masing-masing mempunyai harta melimpah ruah. Aku dan Rinda dihantar ke rumah anak yatim Seri Setia di sebuah pekan kecil, dan harta mama dan abah kami diambil bagi membayar  hutang syarikat yang merupakan syarikat usahasama adik beradik abah. Pampasan insurans yang sepatutnya kami dapat, aku pun tidak tahu mana perginya. Sebab peguam yang abah gunakan merupakan peguam syarikat juga. Pada masa itu, aku masih mentah. tidak mampu melawan mahupun menghalang, cuma memendam rasa di dalam hati.


Seminggu di rumah anak yatim Seri Setia, aku tidak betah. Meskipun penghuni di situ mengalami nasib yang sama, tetapi mereka sedikit berbeza. Aku mengalami tekanan perasaan yang teruk, kerana dipaksa melakukan hal yang tak pernah sama sekali terlintas di fikiran. Maklum, dulu bibik sentiasa ada untuk melakukan semuanya di rumah. Aku kekok melakukan semuanya. Tidak ada kawan, malah pembuli tidak terkira ramainya. Rinda, pada masa itu sudahpun empat tahun. Setelah lama di Seri Setia, cuma seorang saja kawan yang amat memahami aku, Aman. Bersama-sama Aman, aku belajar melakukan semuanya. Aman memberi aku semangat untuk terus hidup. Aman menghalang aku dari dibuli. Mujur sahaja Aman berbadan sasa, tidak seperti aku yang kurus meleding. Suatu hari, aku menyatakan hasrat kepada Aman untuk mencuri keluar sehari dari Seri Setia. Kukatakan padanya, aku ingin membawa Rinda ke satu tempat. "Aku tolong ya" kata Aman, menawarkan diri. Dengan pertolongan kawan Aman, Rinda mudah diambil dari tempat tidurnya, dan bersusah payah aku membawanya keluar dari Seri Setia tengah malam itu. Kuucapkan berbanyak terima kasih kepada Aman, dan jauh di sudut hati aku memohon seribu kemaafan kerana satu penipuan. Seri setia bukanlah tempat yang indah untuk didiami, lalu buat apa lagi kalau aku kembali ke situ..Cukuplah sebulan yang memeritkan.

 Malam itu aku membawa Rinda berjalan mengikut arah kaki melangkah. Kalau ke kiri, kekirilah kami. jika Rinda mengadu penat, aku berhenti supaya Rinda berehat. Sewaktu berjalan, Rinda bertanya, "Abang, kita nak pegi mana?" "Abang nak bawa Rinda ke suatu tempat, Rinda nak ikut?" aku tidak ada jawapan yang khusus untuknya. Malam itu, aku ingin melangkah sejauh mungkin dari Seri Setia.

...............................................................

"Annas buat apa,nak?"
panggilan Mama Zira menarik aku kembali ke dunia nyata. Tiba-tiba orang yang aku panggil Mama Zira berada di sisiku yang sedang berteleku, termenung sendirian. "Tak ada apa-apa, Mama. Annas rindukan Rindalah, Ma. Bila Annas dapat jumpa dia?" aku, seperti selalu meluahkan rasa rindu yang terbuku di hati. "Maafkan Mama Zira, Annas. Mama yang menyebabkan kamu adik-beradik terpisah." setiap kali, itu juga jawapan Mama Zira. "Mama, jangan salahkan diri..tu semua takdir. Kalau tak kerana kemalangan tu, Annas tak jumpa Mama harini..yang membesarkan Annas..semua tu takdir, Mama.." aku teringat pesan Aman yang menasihati aku supaya menerima takdir yang tersurat. "takpelah, Ma. Annas nak siap-siap, nak pergi kedai, tengok-tengok kedai dan tolong Ayah Man.." "Yelah. Tengahari nanti, Man nak makan apa? Mama masakkan." Hari Sabtu, mamang aku selalu membantu di kedai komputer Ayah Man, dan kami tak melepaskan peluang makan bersama di rumah. biasanya, Mama Zira akan masakkan yang special untuk aku. maklumlah, anak kesayangan, walaupun bukan anak kandung.. "Ma, masak asam pedas ikan parilah. dah lama tak makan asam pedas mama tau." "yelah..nanti Mama borong ikan pari kat pasar tu..Annas pesan kat Ayah Man tu, jangan lupa balik makan.." sambil berlalu, Mama Zira tersenyum, maklum sangat dengan kegemaran aku itu..

Aku menunggang motor ke kedai Ayah Man. sampai sahaja di pintu kedai, aku melihat Boon, pekerja kami sedang marah-marah kepada seorang pelanggan. "...mana boleh ini macam maa..kalu lu tatak bayar, macammana saya mau cakap sama bos.. ini barang sudah lama wa repair..lu cakap mau ambil dulu baru bayar, mana boleh ini macam.." Aku masuk, meletakkan helmet diatas meja. "Kenapa, Boon?" aku bertanya. "bos, ini amoi aa, suda tiga bulan tak ambil ini laptop. ini hali cakap mau ambil tapi takmau bayar.." Boon menerangkan dengan pelat cinanya. Aku memandang amoi yang yang dikatakan Boon. 'Manis orangnya' kata hati aku yang menafsir luaran gadis itu. Dia menunduk, mungkin kerana dimarah Boon tadi. Tudungnya menutup wajahnya yang menunduk. Aku bertanya Boon, "dia repair apa?" "format saja.." kata Boon. "berapa kau charge?" gadis itu tiba-tiba memotong, "takpelah bang, apek. Abang ambil jelah laptop tu.. saya tak mampu nak bayar.." Boon membalas,"wa charge mula-mula rm40, vista maa..bila dia kata tak boleh bayar, wa turun lagi jadi RM30. sikalang wa kasi RM25, itupun dia kata tak boleh bayar." Aku mengeluarkan dompet, menarik keluar sekeping not RM50, menghulurnya pada Boon. "lebih you ambillah. Saya belanja." Boon tersenyum lebar, mengucapkan terima kasih. Dia mengambil komputer riba si gadis yang telah dibaiki, memasukkan ke dalam beg laptop dan menghulurkan kepada gadis itu. "Terima kasih, encik," tertunduk-tunduk si gadis kepada aku, mengucapkan terima kasihnya. "Belajar lagi ke?" tanyaku. Dia mengangguk. Komputer riba bagaikan 'nyawa bagi pelajar untuk menyiapkan tugasan. Tiga bulan membiarkan komputernya di sini, pasti kerja-kerjanya banyak tertangguh. "Di mana?" jawabnya, "UKM". Wah, pandai nih.. kata hati memberi persepsi. umurnya pasti..sebaya Rinda.. Ah.. Rinda juga yang diingati.. aku mengangkat kepala, ternyata si gadis sudah pergi.

----------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini Mama Zira mengajak aku pergi ke rumah adiknya di Kuala Lumpur. Sampai sahaja di tempat yang dituju, Mama Zira memperkenalkan aku dengan adik lelakinya yang membahasakan dirinya Pak Su Kamil. Sebenarnya, aku tidak pernah mengetahui kalau Mama Zira mempunyai adik lelaki. Pak Su berumur dalam lingkungan 40-an, dan apabila dia tersenyum, aku terasa amat dekat sekali dengannya. seperti pernah bertemu. Semasa dalam perjalanan balik, ketika aku memandu, Mama Zira bercerita, "Pak Su tu belajar, kemudian bekerja di luar negara..masa habis belajar ingatkan nak balik Malaysia, rupanya dia dah kahwin dengan orang sana..Mama tak boleh nak menghalang, lagipun kami dua beradik aja.." Aku mempunyai keyakinan bahawa lelaki itu memang pernah aku temui. tiba-tiba aku teringat. "Mama, masa mama langgar Annas, mama kata masatu mama nak jumpa seseorang, kan? Sape orangtu, ma?" Mama terdiam sejenak, kemudian membuka mulutnya, berkata, "Pak Su kau itulah. Katanya, nak jumpa di sebuah restoran sebelum berangkat pergi New Zealand. Tapi, sebab mama dah terlanggar kamu, mama tak dapat jumpa dia sampailah hari ini." "Ma, Annas rasa macam pernah jumpalah dengan Pak Su sebelum kemalangan, dia beri Annas duit untuk beli makanan untuk Rinda, adik saya" Aku memutar kembali ingatan ke waktu itu. "Betul ke, Annas? Subhanallah, jodoh betullah kamu..Ajaibnya, kerana kamulah mama tak dapat jumpa Kamil, dan hari ini, kerana kamu juga mama jumpa dia.." mama bagaikan teruja. "Mama, Pak Su Kamil tu, baik ya orangnya.."  Aku mengabiskan kata-kata.
..........................................................


Tadi aku menemui lagi gadis tempoh hari. Kali ini bukan di kedai komputer Ayah Man, tapi di sebuah kedai makan. Ketika itu aku singgah makan tengah hari, dan aku lihat dia sibuk mengemas pinggan mangkuk kotor, mengelap meja dan menyusun kerusi. Dia bekerja di situ rupanya. Aku ingin memanggil dia dan bertegur sapa, tapi, seperti tempoh hari juga dia hilang dari pandangan.
.....................................................

"Ya Allah, temukanlah aku dengan Rinda..." doaku tidak pernah putus. Aku yakin, Rinda masih hidup. Aku tidak mahu hidup sebatang kara di dunia ini.. Aku terasa amat bersalah kepada Rinda. Sejak bertemu gadis itu tempoh hari, aku semakin kerap berdoa dan solat sunat, meminta petunjuk dari Tuhan supaya menemukan Rinda dan memakbulkan doaku..
......................................................

"Kau ni bodoh ke ape? Tolol betul. Tak boleh harap! Kau ingat, mangkuk ni mak bapak kau yang beli?!"  Aku menjenguk ke satu bahagian belakang dapur restoran apabila aku melewatinya selepas keluar dari tandas. Kali ini, aku singgah lagi ke Restoran Atap Kayu, tempat aku melihat si gadis itu bekerja tempoh hari. Di sudut dapur, aku terlihat si gadis menunduk, kerana dimarah seorang wanita memakai apron, tukang masak agaknya. Dia memarah lagi, "Dahlah bodoh, bahlul, tak reti bersyukur, nama pun anak pungut!" Ini sudah lebih..Aku tidak tahan melihat si gadis dicerca. Aku melihat airmata si gadis terlerai di pipinya, lantas aku masuk ke ruang itu, menarik tangannya dan keluar dari situ. Sempat aku melihat wajah bengis si pemarah yang berkata, "Kau nak pergi mana tu?!"
.....................................................
Gadis itu sudah berhenti menangis. Aku membawa dia ke kedai Ayah Man. Gusar juga aku membawa lari anak dara orang. Tak minta izin pula tu. Waktu begini Ayah Man tidak ada di kedai, pergi membuat tempahan barang untuk stor agaknya. Cuma Boon sahaja yang ada, sibuk dengan kerja-kerja 'membedah' peralatan komputer yang dihantar pelanggan. Aku mmemberinya sebotol air mieral, membiarkan dia melayan perasaan. Kashan. Dia seperti gadis malang yang tidak ada penghujungnya... "Saya panggil awak abang, boleh?" Aku yang menunduk, mengangkat muka kerana dia tiba-tiba bersuara. "Boleh," tanpa ragu-ragu, aku menjawab. "Abang ni, sudah dua kali bantu saya. Saya minta maaf, saya tak mampu nak bayar semula duit abang. Saya tak tahu lagi ke mana nak pergi lepas ni.." Percaya dengan aku, dia meluahkan semuanya. "Restoran tu, milik keluarga angkat saya, saya bekerja demi membalas budi mereka.." perlahan-lahan, dia bercerita. Semakin banyak kata-katanya, seperti telah seribu tahun tidak bercakap. "Awak anak angkat? Mana keluarga asal?" Aku tertarik mendengar ceritanya. "Saya hanya tahu saya ada seorang abang. dia tinggalkan saya pada ayah angkat saya yang pada masa itu pekedai runcit. Saya masih kecil, jadi bila sudah mula bersekolah baru ayah ceritakan semuanya. Ayah sudah meninggal, sekarang saya cuma tinggal dengan ibu angkat."

Keyakinan aku amat tinggi. Hati rasa berbunga-bunga. Hari ini, Allah makbulkan doaku. Aku tahu itu dia. Tidak ada keraguan lagi.

"Rinda, ini abang, dik...."

Airmata tidak dapat ditahan lagi, airmata aku luruh. Aku tidak segan. Ini airmata gembira... Ya Allah.. bahagianya!

Air muka gadis kecil itu berubah. "Kenapa abang menangis?"
"Maafkan abang, dik... abanglah abang Rinda yang Rinda nantikan..." 16 tahun, bukan masa yang pendek.

Rinda. Hari ini, rindu terlerai....

3 komen best:

nifi a.k.a beliamuda said...

berkarya ya.. tunggu sambungannya~

norashikin rahmat said...

a'aa...sedang menaip. sabar ya.
tadi berhenti sebab nak pegi kelas.

norashikin rahmat said...

sekarang kisah rinda sudah tamatlah. cuma ada sambungan, nantikan ya :)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea