sedang baca:
ni sume buku-buku yang sedang baca. Shelf untuk yang sedang dicari, aku tapandai nak post.. 1511H [kombat] oleh faisal tehrani, aku dah tempah dari library- sedang dipinjamlah. yang ada cuma 1515.. dalam masa yang sama, sekarang aku membaca Tautan Hati oleh Fatimah Syarha, baru beberapa page sebab sebelum pukul 3 petang tadi sibuk menelaah untuk test Principle of Management. Sempat tak sempat, aku kalau dah panjat library tu, tarik juga buku fiksyen paling kurang dua buah: Loving him (Kate O'riordan) dan The Zahir oleh Paulo Coelho.
Sejak Kak Reen show aku buku 'Like The Flowing River' oleh Paulo Coelho, aku terus terpikat nak baca buku-bukunya. Buku-buku dia banyak tentang pemikiran, persepsi dan pengalaman. Aku pernah half-read buku Paulo Celho yang bertajuk 'The Devil and Miss Prym', tentang seorang lelaki dari bandar yang datang ke sebuah tempat peranginan terpencil di kawasan pergunungan dengan membawa 10 blok emas.Persoalannya, nak buat apa dengan 10 blok emas tu, kan? lelaki tu tanam blok-blok emas tu di beberapa tempat di kawasan berbukit, kemudian memberitahu perempuan yang dikenali sebagai Miss Prym tu tentang blok-blok emas yang ditanam. Katanya, dia membuat kajian sama ada manusia yang aman damai di sebuah tempat terpencil, mungkinkah akan menjadi jahat kerana harta yang sedikit... Best, tapi aku tak masa nak habiskan pembacaan sebab sibuk dengan test dan assignment. last-last aku pulang je bukunya...
tentang Tautan Hati oleh Fatimah Syarha, aku meminjam dari fasilitator TITAS aku, Kak Farhana. Memang dah lama mencari, tapi tak terjumpa. Bila dia menyebut tentang buku ni dalam perbincangan, terus aku minta pinjam. hehe.. :) Sebenarnya seseorang telah menyarankan aku membacanya sejak aku form 4, katanya bacalah buku Ayat-ayat cinta dan tautan hati kalau aku suka membaca novel..bagus untuk mendidik.. Ayat-ayat cinta pun aku pinjam dari Iman masa kat matrikulasi, dan ternyata menonton filem dengan membaca adalah hal yang berbeza, sebab yang difilemkan banyak sangat menyimpang dari landas islam yang sebenar..
Aku grab 'Loving him' semalam sebab review dia menarik.. jalan cerita macam lebih kurang je dengan 'Where Rainbows End', jadi aku nak try.. release tension di celah-celah kesibukan menelaah..
Tuesday, October 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

10 komen best:
huh,mmg hantu membaca sungguh la die ni
btw,slmt membaca..jgn lupa nnt review apa yg dibaca
tak smpt nk baca novel2 nih,huhu
banyaknya buku nak kena baca...
yg novel tautan hati..sangt2 best.. >>>best dari ayat-ayat cinta..
bkaitan ur english novel..thanx,maybe boleh jadi my rujukan..coz after baca novel Harry Potter's series, xtau novel apa yg best..
@encik penaberkala,
insya Allah..nanti saya review.. semoga saya sempat mengahabiskan baca semua nih. tak sabar nak baca semuanya :)
tapi baca review dengan baca sendiri berbeza, penghayatan berbeza, dan penguasaan terhadap bahasa juga semakin bertambah. :)
@encik beliamuda:
haha. tak cukup banyak lagilah :) kalaulah otak saya boleh scan je suma buku tuu...
@encik terry bogart.
awaklah orang yang men-suggest-kan buku-buku itu. thanks.
jiwa perempuan dan lelaki dari segi penghayatan dalam pembacaan dan genre tak sama. tapi untuk paulo coelho, mungkin ia sesuai juga untuk anda..selamat mencuba dan membaca :)
saya dah separuh membaca The Zahir oleh Paulo Coelho. sesuai untuk dibaca oleh lelaki. terutama dalam menghargai kewujudan orang lain dalam hidup. Encik Luqman, untuk andalah :)
skang kat tanagn saya dah ada 'The Devil and Miss Prym".. susah gak nak dapat buku ni coz kena booking on9... credit to u coz promote buku ni..
xkan approve je?.. (sapa suh kenakn org dulu)...
hampeh punya encik terry..pulang paku buah keras ye.. erm...patutlah senyap berhari2, rupanya study miss prym ye. Sila buat homework anda: blog your review ab0ut the devil n miss prym.hahaha. Mungkin b0leh juga buat review ab0ut 'everyone w0rth kn0wing?'.. I am also w0rth kn0wing ab0ut the best thing of what u hv read.. :)↲Encik luqman, try la the alchemist by paulo coelho. Best selling over the world tau. Kalo xdek kat library, tryla cari kat b0okstore. Xsilap ikin bukunya xmahal pun..dlm byk2 buku p.c0elho, alchemist paling best. 2nd, the zahir. Thumbs up!!
Post a Comment