semalam buka portal UUM, ini merupakan petikan dari portal:
takziah juga buat kawan aku, Sofea yang baru sahaja kehilangan teman tersayang kerana sakit barah otak. semoga roh arwah teman sofea dan ibu kepada TNC dicucuri rahmat oleh Allah. ammiin.. kita yang masih hidup haruslah mengambil kematian sebagai peringatan.TAKZIAH TAN SRI DR. NORDIN KARDI13 SEPTEMBER 2009/23 RAMADAN 1430H
===================================
"UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA"
(FIRST CHOICE UNIVERSITY)
TAKZIAH TAN SRI DR. NORDIN KARDI
PROUUM ONLINE : SELURUH warga Universiti Utara Malaysia (UUM) mengucapkan takziah kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor UUM dan keluarga atas kepulangan bonda beliau ke rahmatullah hari ini, 13 September 2009 (Ahad) bersamaan 23 Ramadan 1430H (lebih kurang jam 2.30 petang) kerana sakit tua.
Jenazah kini berada di Lot 20, Lorong Haji Aseri, Kampung Sungai Tunku, Teluk Intan, Perak dan akan dikebumikan esok (14 September 2009 (Isnin) bersamaan 24 Ramadan 1430H) jam 10.30 pagi.
Bas disediakan untuk menziarah di Pos Utama UUM, jam 8.00 malam ini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Hajah Rasidah Haji Rodzi (04-928 3004/012-430 7789), Encik Azahari Abu Hassan (04-928 3069/019-430 0024) atau Puan Siti Aizian Ismail (04-928 3001).
Bersama kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat di sisi Allah SWT dan tergolong bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
DARIPADA :
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-9283014 / 3066 / 4078
FAX : 04-9283016
E-MAIL: prouum@uum.edu.my
semalam aku juga ada menelefon ibu tersayang. katanya dia di hospital, melawat Uncle Khalid, suami Auntie Tan. Uncle Khalid merupakan suami kepada sepupu abah dan pada pemerhatian aku, mereka amat rapat. aku kira dia merupakan saudara kesayangan abah, walaupun cuma sepupu ipar. Uncle Khalid dah lama sakitnya, cuma kali ini sakitnya datang semula. dia berpesan kepada aku: belajar baik-baik. Semoga Uncle Khalid sabar menghadapi sakit dan cepat sembuh.
"beruntunglah orang yang sakit..."

4 komen best:
kenal tak Prof Emeritus Dato' Dr Mohd Nawi?
erkk..sapekah itu?
saya cari dalam portal, carian staf. tiada dalam data pun?
hmm..ada penerangan lanjut tak, encik belia?
pernah mengajar di UUM. Dalam Sains Politik rasanya.. Prof Emeritus dianugerahkan kepadanya pada majlis konvo(?) UUM bulan 3 lepas kot..
sekarang berada di UMK.. rasanya naib canselor.. kurang pasti~
ohoh..dah takdek dalam senarai staf rupanya..takenal lah, encik belia..saye sign in sebagai warga uum pun bulan 7..
Post a Comment