Friday, September 04, 2009

hari-hari jalan-jalan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 04, 2009
tak sangka hati yang tak berapa nak sihat membawa kaki melangkah jauh-jauh.

hari selasa merupakan hari yang tidak ada jadual bagi setiap pelajar UUM, termasuklah para pensyarah. Sebab, kat UUM, hari selasa dikhaskan bagi program SDG (self development group) atau mase kat emaresem dikenali sebagai 'homeroom', dan kat matrikulasi dipanggil 'mentor-mentee'. selalu program ni jarang nak ada, ikut pensyarah aa.. penasihat SDG aku seorang dekan, jadi dia selalu tak ada sebab agak sibuk. [bonuss!!!~~hehe~]. jadi hari Selasa lepas aku gi Jitra, ambil kad pengenalan atau dalam bahasa Londonnya dipanggil IC (identity card). walaupun pergi sekadar mengambil kad pengenalan sahaja, itu sudah cukup buat aku.

hari rabu aku tidak buat apa-apa selain attend class. jadi hari khamis dapat jemputan berbuka di Changlun, di rumah pensyarah penyelaras program KPI...dengan kawan-kawan... thanks alottz buat makcik Azwa yang belanje kami berbuka.. sebenarnya bukanlah makcik Azwa saje, ada lagi kawan-kawan beliau yang turut serta berbuka, bersolat jemaah maghrib dan isya', serta tarawikh. alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Makcik Ana siap bekalkan aku nasi ngan sayur untuk bersahur :) thanks, makcik!

dan. Hari ini Hari Jumaat. semua orang tahu itu. walaupun hari ini hari cuti, tapi aku dan entah berapa ramai orang lagi ada test. midsem Managerial Math. Managerial Math bagi aku tidaklah susah, sebab silibusnya sama je dengan kat matrikulasi.jadi kalau aku fail, memang tatau nak cakap apelahh... dan tadi aku jalan-jalan gi Kangar, Perlis :) thanks kat Encik Firdaus. kalau dia takde, aku dah balik terbongkang dah agaknya lepas ujian tadi.

2 komen best:

nifi a.k.a beliamuda said...

All the best lah untuk test.. entri "putus" dah ditarik balik ke? :)

norashikin rahmat said...

haha. ha'ah. rasa macam something wrong somewhere, jadi dibiar jadi draft. sudah bacakah? hehe. mungkin anda yang pertama dan terakhir, sebab entri tu sekejap je di blog ni. hmm..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea