Thursday, May 14, 2026

I dont have the energy to be kind..now.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, May 14, 2026 2 komen best

 Oh. Dah Mei 2026,

Tak sangka dah lama tak menulis.


Sejujurnya sejak kahwin dan mula tahu bakal menimang cahaya mata, terus rasa nak protect diri dan keluarga dari dunia media sosial.


Dan tidak lagi teruja untuk update apa² di medsos. Mungkin sebab sudah ada teman hidup untuk curahan rasa setiap hari, jadi terasa cukuplah hanya ada satu orang yang teristimewa tahu sisi diri kita yang perlu diambil berat setiap hari.


Bila anak dah lahir, fuh, lagilah malas dan penat nak bercakap dengan manusia lain. Lagi pula orang yang kita tak kenal rapat tapi terlalu caring.


Kita bukannya tak sudi menerima kebaikan orang lain, tapi setakat harini rasa tak mampu nak menerima dan membalas semula kebaikan dan keramahan orang.


Dan.. melalui fasa awal motherhood ini, barulah saya tahu dan boleh membuat kesimpulan bahawa....... jangan beri nasihat bila tak diminta.....kerana dalam keadaan yang tak mengizinkan, ia adalah hal yang sangat menjengkelkan.


Entahlah. Bukan sombong, dan kesombongan/ketidakramahan bukanlah nature saya. Tapi sejak pregnant dan melahirkan, I earn that new trait..


Adakah ia dipanggil mother instinct?

Orang lain elok je be nice and kind..? They also been through hell to become a mother.


Maybe its just a phase of hormonal imbalance. I hope this doesnt lasts, because I dont want people around me to remember the asshole side of me.

Thursday, October 02, 2025

Global Sumud Flotilla.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 02, 2025 0 komen best

 Oktober 2025. Dua tahun Taufan al Aqsa.

Berpuluh ribu orang Islam mati secara tidak adil dengan pelbagai cara dan pembantaian di Gaza. 

Peperangan yang mengatasi akal logik - tanah berkah yang tidak sampai seluas perlis tak mampu dijajah penjajah haram, dan kuatnya iman penduduk Palestina yang saban hari mempertahankan tanah bertuah itu.

Teringat awal Oktober 2023, Issewel kata bagi seminggu, Gaza akan senang ditumpaskan. Sekarang ternyata - selepas dua tahun, Gaza masih teguh mempertahankan tanah Palestina.. meskipun lapar dan dalam airmata dan darah..

Global Sumud Flotilla adalah delegasi berkumpulan dari 44 negara yang membawa bekalan makanan, ubatan dan keperluan bagi membantu rakyat Palestina yang melarat dan kebuluran.

Entahlah tak pandai nak menulis tentang GSF tapi saya sangat mengagumi keberanian mereka yang berada di atas kapal2 GSF menuju ke red zone Gaza..


Allahul Musta'an.

Wednesday, September 03, 2025

Hello Baby!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 03, 2025 0 komen best

 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang memberi segala rasa dan cinta.

Yang memberi peluang ruh ditiupkan ke dalam jasad yang dikandung.

Sebenarnya agak tak sangka akan diberikan peluang mengandungkan bayi dan anak.. sebab faktor umur dah 35 masa berkahwin, dan suami pun tak ada zuriat dalam perkahwinan yang lalu.. jadi inilah anugerah dan surprise dari Allah.

Rezeki Allah tepat waktu, tak salah alamat.

Selama ni pun memang selalu berniat dan berangan kalau ada anak pun biarlah selepas 6 bulan perkahwinan, nak kenal lama sikit dengan suami sebelum ke fasa menjadi ibubapa. Cumanya banyak sebenarnya perancangan lain andaikata tak dikurniakan anak dalam masa terdekat, i.e. nak travel naik motor dengan suami biarpun hanya kapcai, nak travel pergi Indonesia, nak hiking dengan suami, nak menyimpan duit beli rumah atau pergi umrah/haji, dan banyak lagi impian, walaupun sebenarnya saya bukanlah orang yang ada banyak wishlist pun.. (sebab tak suka berangan panjang dan taknak jadi orang yang ada banyak harapan tertangguh.)

Tapi perancangan Allah lebih baik mengatasi segalanya.

Terima kasih duhai anak..sudi memilih kami menjadi orangtuamu.. ibu ayah tak janji akan memberi yang terbaik, tapi kita akan belajar bersama² hidup menjadi manusia yang disayangi Allah dan Rasul walaupun ibu ayah penuh dengan kelemahan.

Well dah nak ada anak ni kena baca buku parenting dah kan. Ada dua buah buku dah beli masa bujang lagi tapi tak dibaca². Dah buleh start la kot kin..

Gender baby? Belum tahu lagi, masih di trimester pertama.. yang penting awak sihat lah ya bayi ibu ayah.. jangan selalu buat ibu lapar please!

Thursday, July 24, 2025

Pengalaman Mencari Kerja

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 24, 2025 0 komen best

 Saya cuba kembali menulis dalam Bahasa Melayu untuk aktiviti blogging ni.. Cuba untuk tak rojak, tapi itu dah jadi kebiasaan kita kan. Sebba kat tempat kerja kita bercakap bahasa asing. Dan bila menulis BM terasa berkarat sekali bahasa ibunda saya sampaikan kadang2 terpaksa google perkataan Melayu tu apa.

Well semalam saya dimarahi teruk sebab tak siapkan tugasan tertangguh... bukan apa, begitu banyak kekangan sistem yang menyebabkan kerja tak dapat dibuat dengan cepat dan baik. Baru buat satu kerja, kerja lain menanti.. disebabkan sistem2 bodoh yang ada, sekatan2 yang dikenakan dalam level pekerjaan, maka ianya tak dapat dibuat dengan lancar. Siot.

Disebabkan rasa geram membuak-buak, saya layari laman Jobstreet, LinkedIn, dan mula tanya semula orang2 yang pernah courting saya untuk kerja sama ada ada tak kerja kosong sekarang. Company pertama tu cakap ada projek nak masuk nanti tapi belum lagi so cubalah hantar resume dulu.

Mungkin akan hantar Resume harini lepas berbincang dengan suami.

Teringat dulu masa habis belajar saya terus kerja di agensi MedicMesir. Selepas itu berazam takkan kerja dengan kabel/pengaruh/saranan keluarga/saudara-mara, I want to achieve this by myself. Hantar resume di Jobstreet berpuluh2 sehari sampai limit, kemudian hantar email berkajang2, dan apabila dapat panggilan temuduga, beberapa temuduga saya fail dan fucked-up. Sampai satu ketika saya beli dan baca buku panduan menjawab 100 soalan sukar semasa temuduga.. barulah saya mula mendapat panggilan kerja di Kelana Jaya pada masatu. 

Macam culture shock juga tengok perangai orang kerja di MNC, kita bersungguh tapi diorang macam halai balai.. hari-hari cakap pasal keburukan company, setiap bulan ada saja orang resign - macammana nak bersemangat pergi kerja macamtu kan? Kakak sales admin pula ambil kesempatan campak semua kerja kepada saya, penyapu baru yang rajin dan bersemangat - sampailah saya buat silap dalam urusan shipment arrangement. Tiada siapa ajar dan ambil tahu saya buat apa. Hal itu menyebabkan company tak confirm saya walaupun dah kerja 8 bulan. Masih teringat muka berlagak manager kat situ, baik HR mahupun higher management. Serik kerja dengan orang Jepun yang nampak baik dan lembut tapi hakikatnya tak pandai defend diri, hanya patuh dengan orang atasan yang lebih berkuasa.

Selepas resign dari company Jepun, saya dijemput bekerja di company German. Bermulalah satu dunia sebenarnya dalam project logistics. Mula dari bawah, dan disebabkan boss saya kat situ sejenis bercakap tak berhenti, maka cepat juga saya fasih bertutur Bahasa Inggeris. Namun kat situ ada pembuli besar yang jahat - tak tahulah apa yang dengki sangat dengan saya sampaikan setiap pergerakan saya diadukan kepada pihak atasan. Dan boss saya orang Czech pada masatu lebih sibuk dengan urusan defend saya depan management berbanding kerja hakiki kami. Oh.. saya sangat hargai boss tersebut - dia (dan juga kak Lily) tak pernah jemu mengasuh saya setiap hari demi menjadikan saya pekerja yang lebih baik setiap hari. Kawan cina saya sebelum resign berpesan.. kalau tak suka kena buli, kena cepat2 pandai, belajar semua benda yang si pembuli tahu, then semua benda boleh buat sendiri tanpa bergantung dengan si pembuli. Akhirnya saya ambil kata2 itu sebagai pedoman dan penguat, my life is never better after that. 

2.5 tahun di company Germany, boss saya mula ditindas atasan kerana hal-hal politik pejabat. Disebabkan itu, saya pun mengorak langkah ke syarikat lain. Boss Czech ada mengajak saya menyertainya di company baru tapi - biarlah saya mengingat dan mengenang yang baik2 saja tentang dia. Bekerja dua kali dengan orang yang sama tak pernah membawa pengalaman yang baik, sebab situasi takkan pernah sama lagi. Kerja ketiga saya dapatkan atas recommendation Boss Czech - dia yang menulis email kepada syarikat seterusnya mengatakan sikap saya dalam bekerja sangat cemerlang dan tak rugi mengambil saya bekerja - Satu penghargaan besar buat saya.. I will forever in debt with him for that. Kerana itu selepas keluar dari company Germany saya dengar banyak hal buruk tentang Boss Czech tapi tak mengambil hirau tentangnya.. sebab kebaikan yang dibuat untuk saya takkan pernah dapat saya balas.

Saya join Martin Bencher selepas itu.. company Denmark yang baru bertapak di Malaysia dan menjadi pekerja tunggal selama hampir dua tahun. Terasa macam sepanjang kerja di MB banyak makan gaji buta sebab kesusahan bekerja di company Germany menyebabkan terasa bekerja di MB macam kacang mak enon.. semua benda boleh settlekan sendiri, sistem yang mudah dan sangat membahagiakan. Apa saja yang diperlukan- minta saja dari boss yang baik bernama Maxime, orang Perancis. Setiap tahun baru bos tambah staf baru, sehinggalah team kami cukup 5 orang. Terasa 5 tahun berlalu begitu pantas - sebab company sangat best, tak ada banyak politik, tak ada prosedur mengarut, tak ada banyak target merepek. Hanya fokus kerja, hanya buat kerja sendiri. 

Di hujung tahun kelima company dikhabarkan akan dibeli dengan gergasi laut berbintang biru putih - Maersk. Dari situlah bermulanya kehidupan yang penuh keanehan. Situasi baru dan pengumuman baru saban hari dan bulan. Mula terasa stress tapi cuba yakinkan diri untuk bersabar, berjanji dengan team yang saya akan ada untuk proses Merge & Acquisition. 

Sekarang sudah cukup 2 tahun proses M&A, nama MB sudah pupus dan lenyap. Identiti company itu yang saya begitu cintai takkan ada lagi.. yang ada hanyalah kenangan. 

Dan mungkin sudah tiba masanya kita membuka lembaran baru.

Btw, nota kaki: Maersk adalah company terbaik dalam urusan kebajikan pekerja. Ada 13 month salary, ada bonus setiap tahun.. tapi tak berbaloi rasanya untuk stay bila setiap hari kita semakin menjadi orang yang disconnected dengan diri sendiri, mempersoalkan siapa diri kita dan apa yang dicari di sini. 

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea