Monday, July 08, 2013

Bersambil

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 08, 2013 0 komen best
Bersambil bukan bersambal.

Dulu masa baru habis SPM, makcik saya yang memiliki syarikat sewabeli kren mengajak saya untuk bekerja di syarikatnya. Waktu itu, saya bekerja dengan riang ria kerana saya yang paling muda di pejabat dan disambut baik oleh semua orang, tak tahu apapun, orang akan ajar.

Masa itu masih kain putih suci yang mudah diajar dan ditegur.

Semasa praktikal, orang sudah mempunyai expectation kepada kita; tiba-tiba pandai macam robot diprogram setelah empat tahun duduk dalam "kilang mendoktrinkan manusia".

Hilang semua kemurnian.


Bersilat-silat pungpang-pungpang.
Masa di universiti, belajar dan berprogram adalah seni yang terbentuk dalam diri saya. Bersilat-silat dengan program merapu adalah apa yang saya pelajari, meminta Allah memilih saya untuk program yang baik dan menghindari saya dari apa yang tidak sepatutnya. Pada saya; menjadikan akademik yang pertama tetapi program juga bukan kedua adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Kedua-duanya keutamaan.

Ada waktunya terasa ajaib sangat; sebab mampu menyiapkan tugasan dalam kadar yang sangat memberangsangkan, mampu faham ilmu dalam tempoh yang singkat dan diberi peluang mengajar dan kongsi ilmu dengan orang lain.

Sehingga sekarang saya masih mempersoalkan nilai A yang saya dapat walaupun usaha tak setara mana - sehinggalah sahibah saya berpesan, "Kin, kalau kin ingat kin boleh berjaya dengan usaha sendiri, kin salah.."

Usaha semata-mata tak cukup untuk memberikan apa yang saya dapat-gred A yang Allah sahaja tahu apa baiknya pada saya. Mungkin Allah ingin saya tahu bahawa; Allah tidak akan membiarkan hambaNya begitu sahaja. Dia tahu apa yang memotivasikan saya, bahawa adanya kekuatan di celah-celah masa yang saya curi untuk hadir program.

Bila kahwin nanti,  rumah tangga memanglah yang utama. Tapi program juga bukan yang kedua. Bersilat-silat dengan masa agar dapat mencari syurga!

Moga Allah pilih!

Sunday, July 07, 2013

gantung

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 07, 2013 0 komen best
Kesilapan, kalau ianya mandatori, hukumannya ialah gantung sampai mati.

Saya, ketika ini telah diberi amanah menjaga hal ehwal kewangan untuk dua minggu, sementara pemegang amanah yang asal mengerjakan umrah. Well. Kesilapan dalam pengurusan wang memang fatal error. Bahu saya untuk tempoh ini terasa sangat beratnya.

Saya telah melakukan satu kesilapan sepanjang memegang amanah ini. Tidak ikut prosedur pengurusan. Kalau mengikut etika, saya boleh digantung bekerja, didenda atau apa-apa lagi yang setara.

Saya terfikir; apakah yang telah saya lakukan.
Apakah saya sudah merosakkan kepercayaan orang lain.
Kenapa saya cemerkap sangat.
Kenapa tidak berfikir dan terburu-buru.

Pengalaman menghadapi situasi sukar, saya pujuk diri untuk bertenang. Kawan saya selalu kata, "keadaan sebenar bukanlah seperti yang difikirkan. Relaks."

Doa. Masa itulah harapan tidak putus kat Allah.
Meminta Allah meleraikan kekusutan dalam hati, keserabutan dalam jiwa, meminta Dia menghilangkan segala keresahan yang ada. Doa Ma'thurat.
Yang membuat saya terfikir, kepada siapakah saya meletakkan kebergantungan selama ini. Bos tidak ada di Malaysia dan baru terfikir nak ingat kat Allah.
Allah.
Sebenarnya itulah cara Allah mengingatkan saya tentangNya. Bahawa Dia ada untuk menyelesaikan masalah saya. Bahawa Allah mencintai saya dan mahu saya belajar untuk mula bergantung hanyasanya kepada Dia.

Allah memakbulkan doa.
Boss memaafkan saya dengan syarat saya tidak mengulangi kesilapan.

Kebergantungan, hanyasanya kepada Allah.

Friday, July 05, 2013

alignment

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, July 05, 2013 0 komen best
Hari Selasa, abah datang office. Ajak pergi tukar tayar.

Well abah memang kena concern pasal kereta yang anak perempuan dia ni naik. Kalau balik hujung minggu, dia yang sisikan air, tengokkan minyak, check tayar dan apa-apa lagi yang saya tidak tahu.

Di kedai kereta, abah minta apek (ok, bukan apek tapi lengzhai) tukarkan tayar. Check kalau ada tayar yang ada masalah.

Satu tayar saja yang perlu tukar. Sebab dah botak, botak sebelah pulak tu. Puncanya ialah alignment 'lari'. Ketidakselarasan atau alignment yang tak selari akan menyebabkan tayar menampung sebelah bahagian dan risikonya boleh menyebabkan tayar pecah dan saya boleh accident. Sangat bahaya ok.

Abah kata, "belajar transport tapi apa pun tak tahu". Ting! nice point kat situ ok abah.
Abah kata saya hanya tahu bawa saja. Apa pun tak boleh~
Lengzhai tersebut dengan bergayanya menjalankan kerja-kerjanya dengan baik.
Membuatkan saya terfikir, bestnya Allah jadikan manusia, macam macam pandai.

Point to note, dalam hidup kita pun ada alignment yang perlu dibetulkan. Alignment hidup; kelurusan hati dengan Allah. Tanpa dibetulkan alignment yang ini, kelurusan akan menjadi simpang siur, kita mudah tersasar dan jauh dari Allah. Dekat dengan kemaksiatan, dan akan hidup dengan melulu.

Alignment ini diluruskan dengan taubat.

Sunday, June 23, 2013

Aplikasi semasa memandu agar tidak sesat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, June 23, 2013 1 komen best
Alhamdulillah, sejak bekerja di Medicmesir, saya diberikan kepercayan untuk memegang tab samsung 7.0 milik syarikat. Dan sejak bekerja tetap juga, Allah izin, abah beli kereta baru dan saya boleh menggunakan kereta saga silver.


Jadi kedua-dua kelebihan ini saya manfaatkan, terutamanya bila saya masih baru dalam memandu. Untuk memandu dengan yakin dan tidak sesat, saya menggunakan navitotal, atau kadang kadang namanya papago.

Namun kadang kadang ia juga tak boleh diharap.  Sebab membuatkan saya lebih sesat. 
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea