Saturday, April 30, 2011

Pergaulan dan pengharapan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 30, 2011 0 komen best
Maafkan saya kerana entri ini tertangguh, kerana ia muncul di blog semua orang yang meletakkan link saya di blognya.

Sebagai seorang pelajar logistik, saya perlu bijak bergaul dengan bukan Muslim. Ini kerana course saya ini boleh dikatakan 50-50 orang melayu dan cina. atau rasanya lebih ramai kawan orang cina berbanding orang melayu. Hampir kesemua projek dan tugasan saya akan berganding dengan bukan muslim.

Bergaul dengan muslim dan bukan muslim menjadikan saya macam Dr. Jekyll and Mr. Hyde. Saya mempunyai dua sisi berbeza, iaitu cara dan batas bergaul yang berbeza. Saya tidak ingin menjadikan diri saya sukar didekati nonM, dalam masa yang sama saya sangat mudah didekati M.

Saya selalu ditanya dengan soalan-soalan tentang agama oleh kawan-kawan yang nonM, dan hal ini mencipta satu dimensi baru dalam diri saya: bersedia dengan ilmu. Rasa ingin bersedia ini muncul sewaktu kesedihan menimpa saya kerana berjumpa seorang wanita Jerman dalam satu perjalanan dan dia banyak bertanya tentang Islam dan saya tak mampu menjawab dengan yakin.

Orang islam tanpa ilmu adalah tak berguna langsung untuk agama, kan?

Soalannya; "why do god decide to make someone to go to hell when she was born in a place where there is no muslim or not a muslim area, hence she never know anything about Islam?"

sejujurnya, saya masih mencari jawapan. Soalan ini membuat saya sangat bersyukur dipilih sebagai muslim, diberi peluang mengenal Islam. Mengenal Allah, dan ingin mencintaiNya.

Itu tentang pergaulan.

Pengharapan.
Ada dua perkara yang membuat saya muhasabah.

Pertama, projek. Kedua, tuntutan.

Saya bukanlah golongan yang suka-suka hati ponteng kelas. Namun untuk melaksanakan projek tempoh hari, saya telah memontengkan diri hanya kerana surat-surat yang tak siap-siap dan urgent. Urgent, kerana ia perlu dihantar dalam tempoh terdekat, dan tandatangan pegawai perlu diperoleh segera.

Lihatlah betapa sesuatu projek itu akan hilang keberkatan kerana ketidakbergantungan kita pada Allah. Selepas program, selain post mortem, ialah perlunya kepada muhasabah.

Pakcik Rosdi menghantar satu mesej kepada saya selepas program. Ia masih tersimpan dalam inbox telefon dan inbox hati saya. Katanya, "Modal terbesar kita ialah kekuatan hubungan dengan Allah". Lepas program, beberapa tekanan timbul, saya mula berfikir kenapa ianya berlaku. Rupanya saya telah mengorbankan sesuatu yang besar iaitu ilmu dan kelas, sedangkan surat-surat itu selepas beberapa tempoh ia menjadi kertas-kertas yang sia-sia. Betapa tak yakinnya saya dengan Allah masatu, mungkin kerana kesilapan ini, mungkin Allah tak memberkati program yang dilaksanakan.

Tentang tuntutan, juga tentang kebergantungan dengan Allah. Selepas program, saya perlu memastikan laporan dihantar 10 hari selepas tarikh program. Jika tidak, saya sukar mendapatkan tuntutan wang yang telah digunakan untuk program. Disebabkan beberapa hal, report disiapkan setelah hampir dateline. Saya susah hati. Banyak typo error, kekalutan di sana-sini, dan jiwa saya sakit dengan perasaan yang ditekan-tekan. Kerana bajet kertas kerja dan belanjawan laporan tidak sama. Menurut seseorang, ia akan menyebabkan tuntutan tidak diluluskan. Dalam kekecamukan hati, saya pergi tunaikan solat.

Solat membuatkan muhasabah menjadi lebih lancar. Selepas solat, terus, saya teringat kata-kata Pakcik Rosdi, tidak ada yang perlu dirisaukan bila kita tahu bahawa rezeki itu telah ditentukan Allah. Jalan keimanan dan tarbiyyah ini begitu berharga untuk ditukarkan dengan wang berharga RM200-300.. Kalau Allah tidak mengingatkan saya, maka apalah ertinya saya hidup di bumi ini.. Kata-kata ini membuatkan saya yakin dan faham tentang rezeki.. Jika memang ditakdirkan Allah bahawa saya tidak mendapat wang tuntutan yang digunakan untuk program, apa salahnya, dah memang ia bukan rezeki saya. Allah pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik, kan? Itu pun kalau saya yakin. Dan, kalau tak dapat pun, bukankah saya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah? Duit itu saya dah guna untuk program, bukannya untuk sia-sia, alhamdulillah.

Pujukan Allah sangat sweet.. kita akan lebih tenang dengan rasa keterikatan dan kebergantungan.. Yakin, bahawa Allah memiliki segalanya..

Maka, letakkanlah pengharapan hanya kepada Allah!

Thursday, April 28, 2011

satu matlamat, satu tujuan, satu destinasi: Allah.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 28, 2011 0 komen best
kemenangan yang diperjuangkan, keredhaan yang didambakan dan penyatuan yang 
dirindukan.


Monday, April 25, 2011

Kita manusia, insan, dan pelupa. (Iklan tarbawi dalam kehidupan)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 25, 2011 2 komen best
Kalaulah kehidupan sendiri dapat dilihat rakamannya sebelum hari kebangkitan, pasti kita semua sedang merasai nikmat ketaatan.

Ada masa-masanya seorang sahibah saya suka meluangkan waktu-waktu terluang sesekali berjumpa dalam program yang singkat hanya untuk saya. Dia suka membuatkan saya rasa 'special', kerana kerendahan hatinya memilih saya untuk selalu berkongsi sesuatu.

Dalam perkongsian itu, katanya, jahiliah berjaya bertapak dalam hati kita tanpa sedar kerana kita tak sedar bila masanya ia berlaku. Strategi musuh kita adalah iklan. Konsep iklan, berulang-ulang, berkali-kali, dan kerap walaupun sekejap. Biasanya iklan yang ada di TV dan radio tak sampai satu minit pun.. Tapi ia berjaya menguasai hati untuk teringat-ingat padanya, atau terngiang-ngiang bunyinya di telinga kita. Allah, lemahnya iman kami. Orang yang tak suka dengar atau tengok TV pun boleh terkesan dek kerana seminit dua iklan jahiliyah yang sekejap itu.

Oleh itu, kita perlu menyerang kembali menggunakan teknik yang sama, atau lebih hebat lagi. Iklan tarbawi kepada jiwa.

Sebab itulah dalam kebanyakan usrah, penyampai atau naqib akan banyak kali mengulang hal yang sama. Keimanan. Tarbiyah Dzatiyah. Takrif Islam. Inilah hal yang disebut selalu dengan kasih sayang.
Semua ini bukanlah sengaja nak bagi bosan, tapi kita perlu ingat, hal yang ditekankan selalu adalah hal yang penting untuk kita kenal, tahu, faham dan ingat. Naqib saya sendiri selalu mengulang setiap kali usrah, bahawa tidak ada nikmat lain yang istimewa di sisi Allah selain nikmat iman dan islam, kerana nikmat lain-lain (nikmat makan, minum, tidur, berkelamin dan berhibur) semuanya dikongsi dengan orang lain yang bukan Islam.

Dan kata-kata itu selalu membuat saya rasa istimewa di hadapan Allah kerana terpilih sebagai muslim.

Kita manusia, insan, dan pelupa. Iklan-iklan inilah yang bakal menaungi hati dan terngiang-ngiang selalu dalam pendengaran kita. Promosi-promosi inilah yang akan buat kita rasa rindu, tak sabar-sabar untuk membiarkan diri dan jiwa dibeli Allah..

Allah, ingatkanlah kami.

Saturday, April 23, 2011

kahwin awal

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 23, 2011 0 komen best
"Abah, nora nak kahwin."

Mungkin abah akan kejar saya dengan kayu kalau saya cakap dialog ini kat abah. Atau  abah akan cool macam selalu. Entah, saya tak tahu. Saya tak pernah terfikir nak kahwin pada umur sekarang, sebab tanggungjawab yang ada lebih banyak daripada hal-hal yang membawa saya kepada status 'wajib kahwin'. Buat masa ini lah, kan..

Bila ada kawan-kawan dan sepupu yang umur dah lebih 25 tahun tapi masih belum kahwin, saya tak cakap kata-kata galakan untuk dia kahwin cepat.. namun saya juga tak melekehkan dia. Sekurang-kurangnya dia bukan dalam golongan yang sedang bermaksiat (melakukan hubungan luar tabi'i atau sebagainya yang tak soleh). Bagi saya, tak ada istilah lambat atau cepat dalam perkahwinan, kerana jodoh telah ditentukan pada bila masanya. (namun mesti dengan usaha).

Lambakan novel cinta islamik di pasaran begitu menggalakkan. Begitu juga artikel-artikel di facebook, blog, majalah dan sebagainya. Begitu juga dengan filem. Ini perkembangan yang sangat baik, namun sebagai seorang yang dikurniakan akal, kita perlu bijak memilih. Kadang-kadang ada artikel yang tak dilingkungi batas syara' pun.. contohnya ada scene 'pandangan mata', 'bagi hadiah', 'kirim surat', dan sebagainya..

Hati-hati, kadang-kadang ada juga bahan-bahan bacaan ini menarik hati yang tak kisah tentang cinta muda-mudi untuk 'teringin' merasai keindahan cinta pastu mulalah teringin nak kahwin pada usia muda tanpa kenal hakikat cinta yang sebenarnya.

Cinta yang sebenar adalah cinta berlandaskan iman. Kalau hati dah suka tapi tak mampu (belum berkelayakan untuk nikah), sahabat-sahabat saya selalu berpesan agar perasaan itu tak diraikan.

Semakin kuat rasa suka pada orang, semakin kuat baca Qur'an. Semakin suka solat, semakin suka puasa. Nak cari ketenangan diri dan menahan gelora rasa dalam hati.

Apa yang saya pasti, kita hidup dalam cinta, dan dalam hidup ini, apa yang kita nak cari bukan cinta, tetapi kebahagiaan. Kebahagiaan yang hakiki ialah apabila Allah memasukkan kita ke dalam syurga dan mengizinkan kita melihat wajahNya. (Allah, iznkanlah kami mencapai kebahagiaan ini).

Seorang manusia yang paling derita di dunia akan dimasukkan Allah ke dalam syurga sekejap sahaja kemudian ditanya, "apakah engkau pernah merasai kesusahan di dunia?" lalu dia menjawab, "tidak, tak pernah", manakala manusia yang paling bahagia di dunia lalu dicampakkan ke dalam neraka selama sekejap sahaja lalu dipanggil semula dan ditanya, "apakah engkau pernah merasai kebahagiaan di dunia" dan dia akan berkata, "tidak, tidak pernah sama sekali".

Selangkah di syurga itu lebih baik daripada seluruh dunia dan seisinya, sedangkan dunia itu adalah satu-satunya makhluk yang Allah jadikan dan Allah tidak pandang lagi selepas itu (betapa busuknya dunia). Boleh rujuk Mukasyafah al-Qulb karya Imam al-Ghazali bab 'Kebusukan dunia'.

Konklusinya, kalau nak kahwin, pastikan faham kenapa. Kalau tak, lebih baik jangan selagi belum faham. (boleh baca 'Cinta di Rumah Hasan al-Banna', 'Aku Terima Nikahnya', 'Bercinta Sampai ke Syurga', 'Murabbi Cinta', Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul', dan, banyakkan hadir majlis ilmu).

p/s: kali pertama saya faham tentang kahwin kerana Allah ialah apabila mendengar cerita sahibah saya tentang isteri mujahid Palestin yang berkahwin kerana jihad. Ceritanya membuatkan saya benar-benar, jelas, dan amat faham tentang perkahwinan berlandaskan syara' dan kerana Allah semata-mata. Kahwin, adalah satu isu besar dalam kehidupan seorang muslim yang membuatkan saya tidak terlepas untuk terlibat sama membincangkannya. Kalau anda rasa anda muda lagi untuk tahu soal nikah-kahwin, mungkin anda silap. Sebab saya sendiri rasa masih muda untuk bincang soal kahwin :p (Rasa malu sebenarnya tulis post ni.. tapi... Allah izin~)
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea