Semasa saya menyertai program RESS'10 baru-baru ni, Ustaz Khairan telah menyampaikan satu topik yang amat ditunggu-tunggu susulan daripada Perubahan Pemikiran Masyarakat Islam: Ke mana arah tuju. 2 persoalan yang ingin saya kongsikan di sini:
1) Ustaz Khairan ada menyatakan bahawa halangan kepada perubahan ialah orang Yahudi, pertubuhan-pertubuhan bukan Islam dan tentangan daripada orang Islam sendiri. Dr. MAZA merupakan seorang yang memperjuangkan gerakan perubahan dalam masyarakat Islam, dan beliau ditentang oleh masyarakat Islam sendiri. Sebagai pemudi yang masih baru dalam perjuangan bagaimana caranya tentangan ini dihadapi?
2) Banyak sekali sistem dalam Malaysia yang mengalami islamisme (diislamkan) padahal konsepnya masih sama dengan konvensional. Contohnya, RFC sebagai alternatif kepada KFC, sedangkan konsepnya masih berbentuk makanan segera yang diproses. Contoh lain ialah Bank Islam, di mana sistemnya masih sama, cuma ia mempunyai nama 'islam'.
Jawapan:
1) Dari sudut Dr. MAZA, perubahan yang hendak dibawa mendapat tentangan kerana perbezaan pendapat. Dari sudut mahasiswi, perubaha yang hendak dibawa dan dilakukan mestilah terancang dan mengambilkira realiti.Tidak sama tahap perubahan yang nak dibawa di kampung dan di bandar. Keseimbangan dalam melakukan dakwah/perubahan juga penting, jangan terlalu slow atau terlalu cepat. Ustaz juga berpesan, jangan samakan mahasiswa dengan orang yang sudah berada di level tinggi. Dalam melaksanakan pembaharuan, janganlah perkara furu' dibincangkan kerana ia tidak menambahkan amal. Ini untuk mengecilkan pintu perselisihan dan membuka pintu kasih sayang.
2) Mengambil contoh kisah Muawiyah bin Abu Sufyan, suatu hari para sahabat mengadu kepada Umar bahawa Muawiyah berpakaian dengan pakaian yang mahal. Jadi untuk menyiasat perkara itu, Umar pergi bertanya sendiri kepada Muawiyah tentang kebenaran berita itu. Maka Muawiyah pun berkata, "Aku ini duduk dalam kalangan orang kafir yang elit, maka aku berpakaian seperti mereka bukanlah untuk bermegah, tetapi untuk menunjukkan kepada mereka bahawa Islam juga hebat."
Natijahnya, kita bukan nak sama dengan musuh, tapi kita nak COMPETE dengan mereka! Kita pun nak tunjukkan bahawa Islam boleh dan Islam itu hebat!
Tentang bank Islam, kenapa sistemnya atau bayaran pinjamannya lebih mahal berbanding bank konvensional: ini kerana bank konvensional mempunyai banyak back up daripada judi, riba dan sebagainya yang tidak diketahui dengan jelas puncanya. Sistem bank Islam bersih daripada semua itu, jadi tak mengapa bayar lebih, asalkan sisitemnya bersih dan selamat. (wallahu a'lam). Dan lagi, sistem ekonomi dunia pada hari ini dikuasai oleh bukan Islam. Jadi sistem Islam menjadi kecil dan terasing. (Maka di sinilah peranan syabab untuk mengubah dan melakukan sesuatu)
Perbanyakkan menggali sirah, kisah sahabat dan hadis sebagai rujukan. Bukan sekadar membaca, tapi jadikan landasan kepada pemikiran dan tindakan.
wallahu a'lam. semoga bermanfaat. Harap ada yang bagi penambahan tentang persoalan ini. jazakumullah.
banyak lagi dapatan daripada program ni. Sila komen atau roger saya kalau nak :) mickin78@yahoo.co.uk