di UUM, atau lebih tepatnya di DPP EON, aku menyertai pasukan biro promosi untuk projek Spring Wonderland
Projek ni walaupun akan dilangsungkan pada bulan 3 tapi perancangannya telah bermula seawal pelantikan Chin, pengarah projek sebagai JPM DPP. Untuk menyertai projek ni, setiap orang perlu melalui proses interview. Sesudah penapisan, aku terpilih untuk berada dalam team promosi. Malah menjadi setiausaha pula.
Bekerja dengan orang cina taklah susah pun. Dalam 20 orang ahli biro, cuma aku sahaja seorang perempuan Melayu muslimah. Sebab bekerja dengan merekalah aku terasa sangat keperluan untuk belajar bahasa Mandarin, takyahlah susah2 Ah Kek translate kat aku. Biasanya, mesyuarat akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu hanya kerana aku berada dalam mesyuarat tu, cuma kadang-kadang cik ketua, Yun akan minta izin aku untuk beri penerangan dalam Bahasa Cina.
Pernah sekali, Huei Yan macam merajuk sebab pemantau kami, Steven melarang dia memberi penerangan cadangan dalam bahasa mandarin. Masatu, mesyuarat kedua. Aku ingatkan Huei Yan tak suka aku, tapi rupanya aku silap sebab dia sebenarnya seorang yang sangat nice.
Sebelum meeting biasanya Kai Yun akan beritahu apa yang akan dibincangkan dalam meeting akan datang. Masa meeting perbincangan akan dilakukan sebaik-baiknya, dan selepas meeting aku akan buat report. Waktu jumpa diorang kat mana-mana, tak segan2 diorang tegur aku dulu. Berada dalam kumpulan ini mengajar aku sedikit sebanyak tentang cara bekerja orang cina. Ada bezanya dengan budaya kita sendiri. Mungkin aku senang bekerja dengan mereka sebab aku mudah menerima orang lain, dan aku sendiri berdarah cina dari keturunan sebelah ayah. Dan diorang suka aku sebab diorang kata aku comel [okok, ni mungkin tipu..ekkeke]
Mereka selalu membantu aku dengan senang hati :)
Walau macammana bagus pun sesuatu program dan pelaksanaan tugas, tetap juga ada kelemahannya. Setakat ni, cuma satu yang aku kurang nak setuju. Untuk hari pameran Spring Wonderland nanti, aku dikehendaki memakai formal, dengan baju blaus putih, tudung putih, suar slack hitam dan kasut hitam bertutup. Kalau nak gi cari dan pinjam kat orang, aku tak ada masalah, tapi..erm.. aku tak setuju.. hmm..
Tak sabar nak habiskan tugas ni.
Saturday, January 30, 2010
Friday, January 29, 2010
please enjoy yourself
korang boleh ke buat lagu macam elmo? heheh~
lalalala lalalala ikin's song... ehhehe~ :D
Categories
merepek mode
malam ini, aku dan dia
sudah menjelang pagi. dan kerja mengulas jurnal ini masih belum siap.
Aku perlu mengulas dua jurnal untuk tugasan Management of transport. Mungkin sebab kali pertama mengenali jurnal, maka perlu bertaaruf dan kalau boleh bercinta dengannya, menghurai satu demi satu persoalan dan penyataan berselirat yang ada. Best, sebabnya aku mengupas isi jurnal yang bertajuk 'warehouse management technologies'. Selain mengetahui teknologi apa digunakan dalam warehouse bagi mengawal penstoran barang, aku juga tahu aplikasinya. Kalau nak tau, proses identifikasi barang kat airport kini menggunakan RFID tag yang mengurangkan 99.9% kesilapan, berbanding sistem kuno yang menyebabkan banyak kos digunakan untuk penghantaran semula barang akibat pertukaran dan kesilapan. (bear in your bussiness head, error costs, okeh.) Kalau zaman sekarang masih guna lagi konsep manual dalam pergudangan, alamat tak jalan aa bisnes.. Jadi kita kena bersyukur dengan kewujudan teknologi pergudangan.
Aku dengan roommate, sama-sama tak tido. Pagi-pagi buta gini, buat hal masing-masing. Terkial-kial aku meneliti jurnal warehouse management tu, dan dia dengan laptopnya. Ai...pening la saye.. jurnal..jurnal..
Pagi-pagi buta gini, aku mintak coklat si roommate. terima kasih, roommate.
Aku dengan roommate, sekarang jarang makan sama-sama. Kalau aku sorang-sorang kat bilik, kipas adalah pada maximum level:5. tapi kalau roommate ada, maksimum pun 3. itupun atas permintaan aku. Selalu dia on kipas level 1-2 je.
sambil buat jurnal, dengar lagu "for the rest of my life" by Maher Zain from my feveret blog. erm..sweet juga lagu tu.. dengar sampai bosan dah..ekkeke.. [i was always thinking that love was wrong?]
saja meleceh kat blog ni kejap aje~ sambung jurnal la, budak! :P

assignment,
study
Thursday, January 28, 2010
cara-cara membuat sandwich sardin yang sedap
(Nota penulis: Since this is the TOP POST throughout the year.. ada sedikit penambahbaikan perlu dibuat. Ia sedikit formal dan tak terlalu menceceh seperti sebelum ni.)
Berikut adalah cara penyediaan sandwich sardin yang mempunyai rasa yang sangat marvellous, saya jamin. Penyediaan ini adalah untuk kapasiti satu tin sardin bersaiz besar.
Berikut adalah cara penyediaan sandwich sardin yang mempunyai rasa yang sangat marvellous, saya jamin. Penyediaan ini adalah untuk kapasiti satu tin sardin bersaiz besar.
- Pertama sekali sediakan satu tin sardin, sebiji timun, sebiji bawang besar, 2 biji limau nipis, dua biji cili merah (ikut kesukaan) dan Sos cili secukupnya. Pastikan sardin yang anda beli adalah halal dan diyakini. (nota: biasanya saya menggunakan sos cili jenama Kimball).
- Potong2 cili merah kecil2 bentuk cam dadu/empat segi kecil-kecil, sama juga untuk timun dan bawang. (jangan lupa basuh dulu bersih2 sebelum potong).
- Keluarkan ikan sardin dari tin, asingkan ikan dan sosnya. Hancur-hancurkan ikan sardin menggunakan garfu. Jangan buang sosnya.
- Selepas ikan siap dihancurkan,campurkan semula ikan sardin tadi dengan sosnya, kemudian gaulkan dengan semua timun, bawang dan cili merah yang dah dipotong kecil2 tadi. Perahkan limau nipis ke dalam sardin.
- Tambah sedikit sos cili secukup rasa. Lagi banyak sos cili, rasanya lebih manis dan sedap. (Jangan tambah garam, aji no moto atau sebarang perasa lain.. tapi kalau nak tambah juga, saya tak larang..)
- Siap untuk dimakan! Hidangkan bersama roti yang anda suka.
- Jangan lupa makan dengan sopan dan tertib, dan jangan lupa baca basmalah. Sangat digalakkan untuk makan secara berjemaah bersama keluarga.
notakaki:
-Untuk hidangan dua atau tiga tin, boleh sediakan mengikut kesesuaian kauntiti sandwich yang hendak sisediakan.
-boleh juga kalau nak masak sardinnya sebelum atau selepas hidangan siap, lebih afdhal..
Semoga berjaya! ^_^

Subscribe to:
Posts (Atom)