Saturday, October 10, 2009

darling drama!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 10, 2009 4 komen best
dalam sibuk-sibuk nak setadi untuk periksa, banyak betul projek DPP EON: Coconut Day, Expose Islam dan 1Malaysia.

kali ini aku terperangkap lagi dalam kancah drama pentas secara ekspres.

macam minggu orientasi haritu, aku ditarik untuk menyertai persembahan lakonan bertemakan apresiasi dan penghayatan Islam. tapi kali ini terasa susah sedikit, sebab semua orang yang cakap nak sertai sibuk dengan beberapa urusan dan hal lain. dan at the very last minute, ramai juga yang tarik diri. ada masalah juga dari segi nak melangsungkan latihan bila orang tarik diri, tapi bila dah hampir tengah malam barulah ada datang para pelakonnye.

guess what? pukul 4 pagi pun tak tido lagi demi 'sudden drama' ini. takpe2. bukan selalu. hehe :D mula-mula nak buat monolog bila ramai tarik diri, tapi oleh sebab peserta kembali ramai, maka rancangan drama pentas diteruskan juga.

jalan cerita drama agak prototaip juga, cukuplah jika dapat memberi penghayatan buat sesama Muslim dan bukan Muslim. aku juga dapat posisi yang sama, iaitu bukan sebagai pelakon, tetapi penglipurlara (story-teller lah). peranan kecil ini, harap dapat menghidupkan cerita dan kefahaman.

Friday, October 09, 2009

test! [edited]

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 09, 2009 2 komen best




harini aku belajar sesuatu yang baru, walaupun terlambat dari orang lain-lah. belajar letak gambar page kat dalam blog. hehe :D merangkak-rangkak juga, maklumlah, lampi sikit. ekkeke :)


terima kasih, thank you, arigato, sye2, nandre, dan syukran kepada encik hanifi-lah yang telah berjaya menyekolah-it-kan saye harini. :)


ni sebenarnya mende yang nak di-show-kan... subjek yang telah berjaya aku add-drop pagi tadi..

alhamdulillah, aku dapat add sume desired subject, dan kawan aku yang lambat beberapa minit sahaja terlepas peluang add subjek penting. aku cuma tak dapat subjek pengantar perakaunan sebab tawaran sudah penuh dan ditutup. redha :)

sebelum tu, jadual periksa yang sudah lama keluar, dan aku pun baru salin beberapa hari lepas:

1 November :TITAS, 2.30 pm
2 November: BM Pengurusan, 8.30 pm
8 November: Pengantar Pengurusan, 8.30 pm
9 November: Kenegaraan Malaysia, 2.30 pm
18 November: Pengantar Sains Sosial, 2.30 pm

20 November: Managerial Mathematics, 8.30pm


semoga berjayalah untuk sume student ipt yang bakal menduduki peperiksaan.
usaha tangga kejayaan!

aku berubah keranaNya, dan kembara malam

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 09, 2009 2 komen best
buat tatapanmu: satu langkah ke majlis ilmu adalah lebih baik dari beramal 100 tahun.

malam tadi DPP EON menganjurkan forum perdana bertajuk 'Aku berubah kerana-Nya' yang bertempat di Dewan Cenderawasih, dibincangkan oleh dua orang panel, Ustaz Isa Rahman dan Dr Jamnul Azhar.

Perubahan merupakan satu fitrah yang Allah tentukan kepada manusia, kerana manusia itu bersifat baharu. Antara isu yang dikupas ialah perubahan menurut islam, kenapa manusia perlu berubah, cara terbaik untuk berubah, dan, sebab dan punca manusia berubah. aku taktahu nak huraikan macammana disini, sebab terlalu banyak ilmu aku dapat, siapa yang hadir beruntung sangatlah :)

Cuma aku ingin tekankan perkataan profesional di sini.
Aku sedar, kini aku berada di menara gading, tapi masih banyak mahasiswa-mahasiswi yang tidak matang, bersikap kebudak-budakan dan tidak bertindak profesional dalam tindakan dalam banyak hal, tidak terkecuali juga aku. Dalam hal mencari titik perubahan, mahasiswa harus bertindak matang, bijak memilih, bijak berfikir, dan bijak bersosial. Seperti yang dikatakan oleh ustaz panel, buat apa pandai tapi tak cerdik, tak pandai pilih kebaikan... kata-katanya itu merujuk kepada siswa-siswi kini yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti, tapi merokok, terjebak dengan dadah, maksiat, dan perkara-perkara mungkar..tidak berubah walaupun memiliki ilmu, tetapi tidak digunakan.

Perubahan terbahagi kepada dua, berubah kepada kebaikan, atau keburukan. telah Allah berfirman dalam surah As-Syams: "..dan telah aku ilhamkan kepada manusia untuk memilih jalan kebaikan atau keburukan.."

cara terbaik untuk berubah:
-ada turning point
-ada identiti, iaitu perubahan secara in-out atau out-in,
-ada management of changes! (ada hijrah diri dari buruk-->baik, baik-->lebih baik, lebih baik-->terbaik.
-mengingatkan diri bahawa perubahan adalah fitrah, manusia yang tak mahu berubah bermakna tidak ada nilai tambah dalam diri.
-penting: berubah dalam lingkungan syarak, dengan cara yang diredhai Allah.

punca dan sebab perubahan terbahagi kepada beberapa bahagian; berubah kerana takut, malu, semangat, dan manusia, dan yang terbaik, berubah kerana Allah. Kalau kita berubah kerana selain Allah, kemungkinan untuk kembali ke takuk lama adalah besar, malah mungkin menjadi lebih buruk. Tapi jika perubahan kita adalah ikhlas Lillahi Ta'ala, insya-Allah, perubahan kita itu akan dibantu oleh Allah walaupun dalam kesusahan.. bukan sahaja mendapat kekuatan untuk istiqamah dalam perubahan yang dilakukan, malah juga mendapat pahala :)

Allah berfirman: "Jika seseorang buat sesuatu bukan kerana Aku, di akhirat kelak Aku suruh dia meminta pahalanya dari orang yang dia buat sesuatu kerananya"... jadi.. buatlah sesuatu kerana Allah!

berubah bukan sahaja dari segi niat, tetapi juga tindakan.
tindakan bukan kerana kebiasaan, tapi kerana ilmu.
buat kerja bukan kerana budaya, tapi kerana Allah.

bertawakkal dalam merubah diri kearah yang lebih baik, berdoalah supaya hati berada di landasan Allah, supaya iman dikuatkan dan hati ditetapkan. amalkan membaca: Laa haula walaa quwwata illaa billaah..

forum tu berakhir pada pukul 11.30, dan sampai saja di pintu bilik, kawan-kawan sedang bersiap mahu pergi add-drop subjek, susun jadual untuk semester depan..dan Ainul bertanya aku: "ko tak pegi add-drop ke?"
aku jawab: "pegi, tapi taktahu macammana, laptop takdek"
"jomlah".

pukul 11.40, kami berangkat mencari port wireless yang sesuai. mula-mula singgah di DKG 5. bila connection amat teruk dan tenat, kami berkeputusan pergi ke DKG 4 plak. haha. memang kembara malamlah. tak pernah aku tengok orang pegi dewan kuliah secara berjemaah waktu malam gitu.. pukul dua pagi pun masih ramai pelajar.  Portal UUM memang amat susah untuk di-access malam tadi, sampaikan Aqilah amat kecewa dan putus asa bila subjek wajibnya sudah tiada tempat.

dan aku selamat meng-add-drop subjek pada tepat pukul 3.40 pagi. terima kasih banyak kat kawan-kawan: Aqilah, Ainul dan Abang A'an.

sampai ke EON pukul 5.05 pagi, dan kami bertiga terus menyiapkan food untuk KEPEON. dan aku, tidak tidur sehingga post ini ditulis. :O 


menerima perubahan sebagai satu fitrah, kembali kepada kekuatan yang stabil dan KEPEON di hatiku :)

Thursday, October 08, 2009

umat islam harus cemerlang!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 08, 2009 0 komen best
*Umat islam harus cemerlang;


Hari ini;

Mesti lebih baik dari semalam;



**Jangan buang masa;

Siapa kata kita tidak boleh;

Kita ada Allah maha kuasa;

Kita punya kuasa tenaga;

Doa sebagai senjata;



Umat islam sentiasa boleh; 2×



***Umat islam zaman lampau;

Taat perintah Rasullulah;

Bersama berusaha;

Bersatu tuju wawasan;

Dunia dan akhirat;



Wawasan dunia dan akhirat;

Akhirnya islam cemerlang;

Seluruh dunia;



Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu;

Wawasana agama bekalan masa depan dan akhirat;



Kuat usaha jujur dan amanah;

Senstiasa mengharap keredhaan Allah;



Akidah ibadat harus sempurna;

Ibadat tanpa akidah wawasan syaitan;



Ulama warisan ambiyat;

Pegangan mereka harus di ikut;

Ajaran sesat wajib hindari;



Umat islam sentiasa boleh….
---------------------------------------------------------
credit to aliff afira, aku ambil lirik ini dari blognya :)
dalam exam final ini, aku meletak harapan yang tinggi. jadi, kena usaha kuat-kuat!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea