Wednesday, February 14, 2024

It is the best of times, it is the worst of times.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, February 14, 2024 0 komen best

Dalam satu detik yang takkan kembali, kita hanya boleh dan hanya mampu melalui satu perkara - kebaikan atau keburukan, kesedihan atau kegembiraan. Dan itulah takdir kita pada masa itu yang takkan kembali - maka kita pilihlah nak buat buruk ke nak buat baik kan..

Hence, the title. 

Saya terjumpa ungkapan ini semasa membaca karya seorang pelukis komik bernama Nizam tentang perempuan yang disukainya menghidap penyakit Anoreksia Nervosa. Xsure Nizam Bachok ke bukan.. Disebabkan komik tulah saya tahu yang Anorexia Nervosa boleh membawa maut & melarang diri saya untuk suka-suka body-shaming orang.

Well kata2 ni, kata Nizam, diinspirasi dari Charles Dickens, penulis dari Britain yang menulis tentang kepayahan hidup dan kritikan sosial zaman Victoria dalam karya-karyanya.....yang belum pernah saya baca lagi.

Baru-baru ni ketua usrah membincangkan topik surah Al-Asr, yang menggambarkan keadaan waktu Asar. Dimana - Waktu Asar adalah waktu yg sibuk dan huru hara, waktu manusia mengira untung rugi pada hari tersebut.

Well in my daily life pun memang waktu Asar lah waktu yang kita terkejar2 nak siapkan semua kerja & packu up thing hadap jem sebelum sampai rumah pada waktu Maghrib nak menjelang Isya'.

So. Untuk hidup kita yang singkat ini - hargailah, kerana masa lalu tidak akan kembali lagi. Dan untuk mengatasi isu kerugian masa, maka sentiasalah berusaha untuk berada dalam kebaikan, bekerja bersama² Islam jika mahu keberuntungan hidup di akhirat, dan, jangan tinggalkan amalsoleh, kin!


Tuesday, February 13, 2024

Hearing good news and see people bloom

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 13, 2024 0 komen best

 Pagi-pagi dapat berita baik.

Junior masa kat deugro Projects yg sekarang kat Kuehne Nagel dapat advanced career dia pergi jaga site & develop team kat Indonesia. Razzaq.

Razzaq ni sejak kenal kat uni dulu memang orangnya murah rezeki. Masa nak ajak dia masuk deugro Projects dulu pun, semata2 sebab masatu dia belum kerja tetap & company tengah cari pekerja. Keluar dari deugro lepas setahun sebab stress kerja, dia pergi jadi ejen Prudential.. which, masatu aku sakit hati la jugak. penat2 train dia jadi logistician, sebabkan tak tahan kerja stress, dia keluar & pergi jadi ejen takaful. Dont get me wrong, aku tak kisah pun kerja apa2 asalkan halal but this specific guy ada big potential yang kalau dia give up macamtu je mmg sayaaaanggg sangat. Bidang logistik ni tak ramai orang melayu Islam yang ceburi sampai jadi management. 

Tak lama lepastu dia call cakap dapat panggilan Kuehne Nagel.. aku terus semangat balik, memanggg berbunga-bunga rasa hati. From then on, memang tak henti-henti dia dapat tanggungjawab yang berat2 dalam company, from his profile of project management. Bila dia dapat panggilan interview company oil & gas pun, aku suruh dia pergi tapi dia tolak.. dapat counter offer, naik pangkat. 

Well Razzaq ni dia bukanlah lelaki gagah perkasa ultra male tau.. dia anak bongsu lemah lembut orangnya.. hobi masak, kemas rumah. Jaga mak dia. Kak Lily cakap dia murah rezeki sebab jaga mak dia. Tak kahwin lagi sebab dia utamakan pandangan mak dia dalam memilih pasangan, kalau mak dia tak suka, dia terus tolak pasangan dia tu. Semoga dia dapat jodoh terbaik sebab jaga ibu dia.

Another good news pulak sebab dapat tahu yang Syed Faizal masuk Kuehne Nagel jugak from my recommendation. Alhamdulillah.

Syed Faizal ni dulu, aku pernah interview dgn dia,.. maksudnya dia boss, & aku pergi interview nak masuk team dia kat Big Bad Wolf - company pameran buku terbesar kat Asia Tenggara. Tapi aku tak pergi - sebab boss aku tak setuju aku downgrade dari project logistics pergi exhibition logistics. Bila Cov19 sampai, the tables turned....pameran buku tak dapat diajalankan, Syed Faizal nak pindah kerja so dia tanya aku deugro OK ke tak. Masatu aku dah lompat company & kerja dgn Maxime. Kiranya SF masuk deugro lepas setahun lebih aku keluar. Lama jugak dia bertahan kat deugro, 4 tahun kot. Kitorang xpernah kerja bersama2 tapi trailing tu ada. Walaupun dia lebih tua dari aku banyak tahun tapi aku dapat catch up pace dia dengan agak laju.

Seeing people grow as a beautiful and better person, is always my ultimate happiness. Always!

Tuesday, January 30, 2024

And the new system hit my nerves

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 30, 2024 3 komen best

I can be patient with how difficult my work can be.

But ever since I am not reporting directly to my boss Maxime anymore, and reporting to my other colleague as direct superior, I feel unmotivated.

I know that leadership style from one person to another is different. Not because of their nationality, ethnicity, colors.. But one person is uniquely different from one to another. Everyone is raised differently. Grow up differently. Nurtured differently. And accepting things differently.

If a person is receiving the proper support he or she needed, they will grow as a good leader, insignificantly.. because they are made to believe that they are true leader to his people.

Maybe I am just lucky to live in this non-intimidated world for five years...where work system has never pissed me off. I am pampered with whatever I needed, trusted with all the tasks, receive merits for what I did, ride the learning curves, and grow as a person. Even more, I am lucky to have wonderful team with professional skills who mind their own business, and great leader who always shown supports, works hand in hand, and lead us by example.

But this merge and acquisition is truly challenging for me.

My new immediate reporting line keep saying, "owh this new system is different".

I am trying not to complain, because I don't do complaining. But writing objectives every months & being reviewed about it to get salary and performance review is sucks. I hate it.

I just want to do my work and be happy about it - and not being intimidated every WEEK about task reports and objective review. No one in their right project mind have time to do it. 

We are busy, and this is absurd.

.

.

.

To divert myself from this absurdity, I will just feed them with whatever objectives, which, they dont even care about it, and focus on my work. And when I couldn't handle this anymore, I will just, go.

Monday, January 29, 2024

People grow. And be better.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 29, 2024 1 komen best

 Ada waktunya dalam hidup ni yang manusia berkembang secara vertical, dan ada waktunya dia menumbuh secara horizontal. 

Dan dalam setiap perkembangan itu, manusia belajar sesuatu yang baru, dan menjadi orang yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Ada orang menjadi lebih baik dengan berkahwin, ada orang menjadi lebih baik meskipun masih single, ada orang menjadi lebih manusia semasa dalam proses melahirkan dan membesarkan anak, ada orang menjadi manusia yang lebih manusiawi semasa membela orang tuanya.

We are all in a better journey, with or without realizing about it.


 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea